Anda di halaman 1dari 4

TEKS PENGACARA MAJLIS PENUTUP

KURSUS JURULATIH BOLASEPAK FAM (2010)

2 MEI 2010

Tindakan

Para peserta kursus mengambil tempat. (jam 12:30)

Makluman awal

Para hadirin sekalian. Majlis akan dimulakan sebentar lagi. Sukacita sekiranya
para hadirin dapat mengambil tempat masing-masing. Majlis memohon kerjasama
daripada tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin sekalian dapat mematikan telefon
bimbit atau tukarkan ke mod senyap sepanjang majlis berlangsung agar tidak
mengganggu majlis. Kerjasama hadirin sekalian amatlah dihargai. Terima kasih.

Setelah diberi isyarat ucapan pengumuman

Diumumkan ketibaan Yang Berusaha En. Mohd. Fakhruddin Bin Abdullah, ketua
unit GERKO , Para Pensyarah dan tetamu-tetamu Jemputan.

Hadirin diminta berdiri.

Bagi memulakan majlis, marilah sama-sama kita menyanyikan lagu Negaraku &
negeri Pulau Pinang.

Perarakan masuk perasmi & vip setelah perasmi dan vip duduk

Hadirin dipersilakan duduk.



.
Yang Berusaha Berusaha En. Mohd. Fakhruddin Bin Abdullah , Ketua unit
GERKO, Yang Berbahagia En C.Nadarajan, Ketua Jurulatih Kursus bolasepak FAM
2010, Yang berbahagia En. Mahamad Ali Bin Abd.Rahman, para pensyarah, para
Pembantu jurulatih serta para peserta kursus sekalian.

Para tetamu seterusnya para peserta yang dirahmati Allah sekalian. Sirih berlipat
sirih pinang, sirih dari Pulau Mutiara, pemanis kata selamat datang, awal bismilah
pembuka kata.

Al-Quran diturun sebagai penyuluh, Membaca dikurnia pahala dan juga rahmat,
Angkat doa jari sepuluh, Doa diminta biar selamat. Untuk keberkatan dan kesejahteraan
majlis, dipersilakan Ustaz Ahmad Rafiuddin Bin Abu Halipah untuk memimpin bacaan
doa.

Dipersilakan...

Bacaan doa

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Ustaz Ahmad Rafiuddin Bin Abu Halipah di
atas bacaan doa itu tadi.

Majlis diteruskan dengan persembahan video sepanjang kursus bolasepak FAM


bagi tahun 2010 ..Marilah sama-sama kita saksikan persembahan video ini.

Ucapan pengarah Kursus Jurulatih bolasepak FAM

Hadirin yang dimuliakan,

Majlis diteruskan lagi dengan mempersilakan Nurudin Bin Aziz, Pengarah Kursus
Jurulatih Bolasepak FAM 2010 untuk menyampaikan ucapan aluan.

Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Ucapan Jurulatih kursus bolasepak FAM 2010

Terima kasih diucapkan kepada Nurudin Bin Aziz, Pengarah Kursus Jurulatih Bolasepak
FAM 2010 di atas ucapan aluan itu tadi. Seterusnya majlis diteruskan dengan
mempersilakan En C.Nadarajan, selaku wakil Jurulatih Kursus Bolasepak FAM untuk
menyampaikan ucapannya.. Dengan segala hormatnya majlis mempersilakan.

Ucapan Perasmian Penutup ( En Fakhruddin Bin Abdullah)

Terima kasih diucapkan kepada En C.Nadarajan, selaku Ketua Jurulatih Kursus


Bolasepak FAM atas ucapan yang disampaikan sebentar tadi.

Kini menyusul pula ucapan perasmian penutup. Untuk itu, majlis dengan segala
hormat dan takzimnya mempersilakan Yang Berusaha En Fakhruddin Bin Abdullah,
Ketua Unit Gerko IPG Kampus Tuanku Bainun untuk menyampaikan ucapan
seterusnya merasmikan Kursus Bolasepak FAM Dengan segala hormatnya
dipersilakan

Pemberian Cenderamata

Terima kasih diucapkan kepada En Fakhruddin Bin Abdullah, Ketua Unit Gerko
IPG Kampus Tuanku Bainun atas ucapan yang diberikan sebentar tadi. Kini tibalah
masa yang ditunggu-tunggu iaitu penyampaian hadiah dan cenderamata kepada
Jurulatih Kursus dan pensyarah dan tetamu jemputan. Untuk menyempurnakan majlis
ini, dijemput Yang Berusaha En Fakhruddin Bin Abdullah, Ketua Unit Gerko IPG
Kampus Tuanku Bainun dengan diiringi oleh En. Mahamad Ali Bin Abd.Rahman, untuk
menyampaikan cenderamata kepada para jurulatih.

Dipersilakan...

Majlis dimulakan dengan penyampaian cenderamata kepada Ketua Jurulatih


Kursus bolasepak FAM 2010. Dijemput En. C.Nadarajan, untuk menerima cenderamata
daripada En Fakhruddin Bin Abdullah.

Dipersilakan.. .

Seterusnya dijemput En. Gobiraj, selaku pembantu jurulatih untuk menerima


cenderamata. Dipersilakan..Seterusnya Dijemput En A.Matiaragen dan En Omar,selaku
pembantu jurulatih dan En Noor Mohd b Sultan, untuk menerima cenderamata
dipersilakan..
Majlis diteruskan dengan penyampaian cenderamata kepada para pensyarah,
pertamanya di jemput En. Mahamad Ali Bin Abd.Rahman, seterusnya En Kuppusamy
A/L Krisnan, seterusnya En Abdul Salis Bin Abdul Halim dan seterusnya En Hasni Bin
Mohamed Noor.

Terima kasih diucapkan kepada En Fakhruddin Bin Abdullah.kerana sudi


menyampaikan cenderamata kepada para jurulatih dan Pensyarah. Sebagai
penghargaan pihak majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Nurudin Bin Aziz,
Pengarah Kursus Jurulatih Bolasepak FAM 2010 untuk menyampaikan cenderamata
kepada En Fakhruddin Bin Abdullah Dipersilakan...

Terima kasih sekali lagi En Fakhruddin Bin Abdullah dan terima kasih juga
kepada Nurudin Bin Aziz, Pengarah Kursus Jurulatih Bolasepak FAM 2010 kerana sudi
menyampaikan cenderamata sebentar tadi.

Majlis Penutup

Sekalung budi penghargaan terima kasih pihak majlis kalungkan kepada Yang
Berusaha En Fakhruddin Bin Abdullah, Ketua Unit Gerko IPG Kampus Tuanku Bainun
kerana sudi hadir ke majlis pada petang ini. Terima kasih juga kepada semua tetamu-
tetamu jemputan, Jurulatih-jurulatih Kursus Jurulatih bolasepak FAM 2010, Para
pensyarah serta para peserta yang mengambil bahagian, jawatankuasa perlaksana dan
seluruh pihak yang telah menjayakan Kursus ini dengan jayanya.

Sebelum majlis bersurai marilah sama-sama kita menyanyikan lagi IPG Kampus
Tuanku Bainun dengan iringan muzik..semua hadirin diminta berdiri..

Seterusnya, dijemput kepada Yang Berusaha En Fakhruddin Bin Abdullah, Ketua


Unit Gerko IPG Kampus Tuanku Bainun dengan diiringi oleh En Mahamad Ali bin Abd
Rahman, Pensyarah Unit Gerko IPG Kampus Tuanku Bainun dan tetamu-tetamu
jemputan ke jamuan makan tengahari. Semoga Kolaborasi diantara IPG Kampus
Tuanku Bainun dan Persatuan Bolasepak Pulau Pinang dapat diteruskan dalam
program-program yang akan datang. Kalau ada kepuk di ladang, Boleh juga
menumpang mandi, diberi Allah umur panjang, boleh kita jumpa lagi. Selamat pulang ke
destinasi masing-masing. Semoga tiba dengan selamat.Akhir kalam, marilah kita tutup
majlis ini dengan sama-sama membaca Surah Al-Asr & tasbih kafarah.

Sekian. Wabillahi taufiq wal hidayah wassalamualaikum w.b.t.

Anda mungkin juga menyukai