Anda di halaman 1dari 5

Tazkirah Aidil Adha: Berkurban Mempertahankan Islam, Bukannya Menjadi

Korban
10/25/2012 |

Hari Raya Qurban atau Aidil Adha merupakan hari raya yang terbesar di dalam Islam selain
Aidilfitri. Ia disambut bermula dengan takbir raya pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat
sunat Aidil Adha serta khutbah raya di pagi 10 Zulhijjah, disusuli dengan ibadah korban yang
boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.
Aidil Adha merupakan perayaan yang istimewa kerana ia adalah hari untuk umat Islam
memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dan kesabaran anaknya Nabi Ismail dalam
menunaikan perintah Allah s.w.t. Al Quran telah menjelaskan mengenai ibadah qurban;
"Dan bagi tiap-tiap umat telah Kami syari'atkan penyembelihan Qurban supaya mereka
menyebut nama Allah terhadap binatang ternak yang telah direzkikan Allah kepada
mereka, maka Rabb-Mu adalah Allah yang satu karena itu berserah dirilah kamu kepadaNya. Dan berilah kabar gembira kepada orang-orang yang tunduk patuh." (Surah AlHajj: 34)
Dalam hadis juga menyatakan;
Tiada amal anak Adam yang lebih disukai Allah pada hari Aidiladha melainkan ibadat
korban... (Riwayat At-Tirmizi)
Berbicara soal pengorbanan, umat Islam dituntut untuk melakukan ibadah qurban haiwan sebagai
tanda bersyukur terhadap nikmat Allah. Namun di dalam konteks semasa yang lebih luas,
ummah diseru untuk terus berkorban melindungi akidah dari gejala-gejala yang boleh merosakan
iman dan taqwa sehingga boleh jatuh syirik dan murtad.

Amalan jahiliyah seperti membakar lilin (caddle light vigil) bagi tujuan berkabung atas kematian
kaum kafir atau sebagai tanda protes terhadap sesuatu merupakan amalan kaum Yahudi, Nasrani
dan Majusi. Begitu juga amalan menghembus lilin di atas kek ketika menyambut hari lahir.
Dalam Islam, tiada istilah simbolik dan tolak ansur dalam perkara-perkara bidaah, khurafat,
syubhat dan syirik kerananya kita boleh murtad dan berdosa besar. Rasulullah pernah S.A.W
bersabda:
Sesiapa yang mengada-adakan (mereka-reka) perkara yang baru dalam urusan kami dan
perkara tersebut bukan tergolong di dalamnya maka ia adalah tertolak. (Riwayat
Muslim)
Halal itu nyata dan haram itu nyata dan di antara keduanya terdapat perkara syubhat,
kebanyakkan manusia tidak mengetahui (Riwayat Muslim)

Umat Islam wajib berkorban mempertahankan maruah. Malangnya semangat kebangkitan


membela Islam kini telah mengakibatkan kita banyak membuat perkara-perkara yang tidak diajar
oleh sunnah. Umat Islam lebih suka berdemonstrasi menunjuk perasaan dengan sepanduksepanduk dan slogan-slogan yang menzahirkan tuntutan dengan beriktikad bahawa cara itu
adalah suatu jihad. Suara-suara mengutuk, mengecam dan jerit pekik hanya menjatuhkan maruah
kita di mata penganut agama lain. Amalan ini sememangnya dilaknat Allah dan Rasul-Nya.
Sabda Rasulullah s.a.w;
Akan muncul nanti tiga perkara (buruk) sebagai tanda hampir kiamat iaitu tempat
makmur (masjid) telah lengang dan tempat lengang (pasar dan tempat hiburan) telah
makmur (dikunjungi ramai), orang berjuang dan berjihad secara tunjuk perasaan
(demonstrasi) dan seseorang menggesel amanah seperti unta menggesel badannya di pokok
kayu
(Riwayat At-Tabrani)
Rasulullah bersabda lagi; :
Sesungguhnya Allah benci kepada orang yang keji dan membuat perkara keji dan
menjerit-jerit di jalanan (Riwayat Ibnu Abi Dunya)
Islam tidak mengajar ummahnya mencetuskan huru-hara. Sebaliknya mengajar untuk
bermusyawarah dan berbincang. Setiap tuntutan akan diteliti dan dilaksanakan jika ia membawa
kebaikan kepada ummah. Berikanlah sokongan dan cadangan membina, bukan membinasakan
apa yang ada.

Islam juga mengajar kita menunjuk kekuatan melalui solat berjemaah, berpadu tenaga dan
membuat pelbagai persiapan supaya musuh gerun dan takut mencabar maruah Islam. Firman
Allah;
Siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa saja yang kalian sanggupi dan dari
kuda-kuda yang ditambatkan untuk berperang (yang dengan persiapan itu) kalian
menggentarkan musuh Allah dan musuh kalian serta orang-orang selain mereka yang
tidak kalian ketahui sedangkan Allah mengetahuinya. (al-Anfal:60)
Malangnya, kaum kuffar kini bebas menghina Islam, sedangkan ramai umat Islam tidak merasa
tercabar apabila agamanya dihina. Apakah ini menunjukkan ummah telah kehilangan jati diri
kerana sibuk dengan urusan keduniaan dan berpolitik atau kita sememangnya sudah lemah iman
ataupun ancaman kaum kuffar terlalu kuat?
Kita terlalu banyak bercakap, memprotes sana sini dan itu ini tetapi amat kurang tindakan.
Bertambah malang lagi ada pula segelintir kita sanggup bersengkongkol dengan musuh-musuh
Islam sehingga sanggup mengorbankan maruah agamanya kepada golongan kuffar hanya untuk
merasai betapa nikmatnya disanjung dan berkuasa.

Janganlah kita riak mendakwa kononnya telah berjaya mentarbiyahkan golongan bukan Islam.
Sebaliknya, terlalu banyak hak ummah tergadai semata-mata mahu berkompromi menjaga hati
mereka. Adakah kita mahu menunggu bila saat berkuasa baru kita mahu berbicara soal umat
Islam atau setelah ketiadaan kuasa baru kita menyesal tak sudah setelah kehilangan segalagalanya?
Sempena Aidil Adha ini, marilah kita terus berkorban demi agama, bangsa dan negara.
Berbaktilah dengan ikhlas dan bersyukurlah dengan segala nikmat yang diperolehi. Usahakan
agar mendapat lebih baik lagi.
Jangan kita menjadi korban percaturan musuh-musuh Islam yang manis muka di hadapan kita
tetapi hati mereka penuh muslihat. Setiap umat mempunyai kewajipan mempertahankan
kesucian Islam dan tunggak-tunggaknya.
Semoga Allah terus memberi hidayah dan kekuatan ukhwah buat kita semua untuk terus
mempertahankan akidah dan maruah ummah dari kejahatan musuh - musuh Islam.
Selamat menunaikan ibadah qurban dan semoga jemaah kita mendapat haji yang mabrur di
Baitullah. Amin. AllahuakbarAllahuakhbarAllahuakbar Walillahiilham.
*Renung-renungkan dan sebar-sebarkannya.

Amalan Pada Hari Raya Aidil Adha


*
- Solat hari raya dan sembelih korban
Dari Al-Barra, katanya; "Saya mendengar Nabi berkhutbah. Kata beliau:
"Pekerjaan kita hari ini (10 Zulhijjah) ialah solat. Sesudah itu pulang dan
menyembelih korban. Sesiapa yg berbuat demikian bererti telah
menjalankan agama kita." (Sahih Muslim)
- Tidak makan sehingga selesai solat 'idil Adha.
Diriwayatkan dari Buraidah ra. ia berkata : Adalah Nabi keluar untuk solat
'idil fitri selepas makan terlebih dahulu dan tidak makan pada 'ldil adha
sehingga beliau kembali dari solat hari raya. (H.R : Ibnu Majah, At-Tirmidzi
dan Ahmad)
- Tidak melalui jalan yang sama waktu pergi dan balik solat hari
raya.
Diriwayatkan dari Jaabir ra. ia berkata : Adalah Nabi apabila keluar untuk
solat hari raya ke mushalla, beliau menyelisihkan jalan ( yakni waktu pergi
melalui satu jalan dan waktu balik melalui jalan yang lain ). (H.R : Bukhari )
- Perempuan juga digalakan menghadiri perhimpunan solat hari
raya.
Diriwayatkan dari Ummu 'Atiyah ra. ia berkata : Rasulullah sallallahu `alaihi
wa sallam memerintahkan kami keluar pada 'idil fitri dan 'idil adha, semua
gadis-gadis, wanita-wanita yang haid, wanita-wanita yang tinggal dalam
kamarnya. Ada pun wanita yang sedang haid mengasingkan diri dari tempat
solat, mereka menyaksikan kebaikan dan mendengarkan khutbah. Saya
berkata : Ya Rasulullah bagaimana dengan kami yang tidak mempunyai
jilbab? Beliau bersabda : Pinjamlah daripada saudara mara kamu. (H.R :
Jama'ah)
- Perbanyakkan Zikir
"Tidak ada suatu hari yang lebih agung di sisi Allah dan tidak pula ada
amalan-amalan yang lebih dicintai ALLAH selain amal yang dikerjakan pada
sepuluh hari terawal bulan Zulhijjah, maka perbanyakanlah padanya tahlil
(La ilaha illallah), takbir (Allahu Akbar) dan tahmid (Alhamdulillah)". (HR
Imam Ahmad)
Allahu Akbar. Allahu Akbar. Allahu Akbar. Walillah hilham.
Salam 'idil Adha dari Lenggang Kangkung sekeluarga.

Anda mungkin juga menyukai