Anda di halaman 1dari 1

‫بسم هللا الرحمن الرحيم‬

Alhamdulillah, kesyukuran yang tidak terhingga kita panjatkan ke hadrat Allah SWT kerana
dengan limpah dan kurnianya kita dapat memasuki fasa baru hijrah iaitu tahun baru 1442
hijrah.
Firman Allah Taala yang bermaksud:
“Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah
kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-
musuhan (semasa jahiliyah dulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga
kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu
orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka
(disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu
(disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat
keterangan-Nya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayahNya.” (Ali-Imran: 103)
Kesatuan umat Islam juga digerakkan oleh Rasulullah SAW melalui tindakan proaktif
mempersaudarakan kaum Aus dan Khazraj, selain menyatukan golongan Ansar dan
Muhajirin di Madinah. Persengketaan Aus dan Khazraj yang sekian lama itu berjaya
diruntuhkan oleh Baginda SAW melalui persaudaraan, manakala rasa terasing orang
Muhajirin dapat dipadamkan melalui persaudaraan dengan orang Ansar, sekali gus
memudahkan Rasulullah SAW mewujudkan suasana aman dan sejahtera di Madinah.
Umat yang menjiwai makna kesatuan ialah umat yang sentiasa terbuka minda, berlapang
dada serta saling menghormati antara satu sama lain. Umat yang memahami harga
sesebuah perpaduan yang tiada ternilai harganya pasti tidak akan membuat desakan yang
boleh menerbitkan bibit-bibit permusuhan yang boleh meranapkan kesatuan ummah.
Kesejahteraan ummah mahupun negara menuntut keikhlasan dan istiqamah semua pihak
bagi memastikan semangat perpaduan dan kesefahaman antara sesebuah komuniti terus
terpelihara. Hanya melalui roh dan semangat inilah, masyarakat di Malaysia khususnya
umat Islam mampu terus hidup dalam suasana yang tenteram, sejahtera dan harmoni.
Bertemakan “Ummah Rabbani Negara Harmoni” pada tahun ini juga menuntut kita selaku
warga SK Sentosa perlu bekerja di dalam satu pasukan dengan ikhlas dan bersungguh-
sungguh agar matlamat organisasi tercapai di dalam melahirkan Daie, Ulama’ dan Umara’.
Justeru saya dan wakil pentadbir SK Sentosa menyeru kepada semua sama ada guru,
mahupun murid supaya sentiasa bersatu padu dalam menangani apa jua permasalahan
yang berlaku. Marilah kita mencari persamaan dan bukannya perbezaan yang mana ianya
akan menggugat kesatuan yang kita bina. Perlu diingat membina itu memakan masa dan
meroboh itu sekelip mata yang mana kesatuan ummah itu memerlukan masa yang agak
lama untuk kita memupuk dan menyemainya manakala untuk berpecah belah itu memakan
masa yang cukup singkat sahaja.
Dengan kedatangan tahun baru hijrah ini juga marilah sama-sama kita merapatkan saf dan
berazam agar tahun ini lebih baik dari tahun sebelumnya. Tingkatkan keazaman di mana
pada tahun hijrah ini kita akan meningkatkan lagi prestasi ibadah kita kepada Allah Taala.
Pepatah melayu yang sering kita dengar “Bersatu Kita Teguh, Bercerai Kita Roboh” dan
selari dengan cogan kata JPN pada tahun ini iaitu ‘We Deliver’ memberikan seribu makna
untuk kita memastikan SK Sentosa mampu bertapak dan bertahan demi meneruskan
kecemerlangan institusi pendidikan dalam apa jua bidang di Perak. Marilah kita bersama-
sama menggembleng tenaga demi melihat SK Sentosa cemerlang di masa hadapan untuk
generasi akan datang.
Selamat Menyambut Tahun Baru Hijrah 1442 Hijrah.
SK Sentosa Milik Kita Bersama. Di Sini Lahirnya Permata yang berharga.

Anda mungkin juga menyukai