Anda di halaman 1dari 1

Dengan rahmat, taufik, inayah dan izin MU, kami, seluruh warga Politeknik Kota Kinabalu

memanjatkan rasa kesyukuran kepada MU kerana dapat kami sama-sama berhimpun dan
berkumpul di dewan ini untuk menyempurnakan satu majlis perhimpunan bulanan pada
kali ini. Kami mohon kepada MU jua ya ALLAH semoga majlis yang dirancang ini mendapat
keberkatan dari MU dan berjalan dengan lancar.
Ya ALLAH, melalui perhimpunan ini juga, kami melahirkan kesyukuran kami kepada MU,
kerana diberi peluang untuk memartabatkan perkhidmatan awam di negeri dan negara ini.
Jadikanlah kami golongan yang produktif dan berkualiti, golongan yang Berjaya
menjalankan tugas dengan sempurna dan berkesan. Ya ALLAH, hindarkanlah kami
daripada sifat lemah dan malas serta bertangguh dalam menjalankan tugas.
Anugerahkanlah kami kekuatan ilmu, iman dan cetusan idea yang bernas bagi
meningkatkan kecekapan dan mutu kerja kami. Terimalah segala kerja dan khidmat bakti
kami dengan sempurna dan dikira sebagai amal ibadah kami kepada MU ya ALLAH.

Jadikanlah kami Ya ALLAH, dari kalangan hamba-hamba MU yang bersyukur dan taat
melaksanakan perintah MU. Jauhilah kami Ya ALLAH, dari melanggari perintah MU.
Kurniakanlah Ya ALLAH kepada kami, rezeki yang halal dan berpanjangan, zuriat dan
generasi yang beriman, serta segala kebaikan di dunia dan di akhirat.
Tanamkanlah di hati kami sifat sabar dan tabah dalam menghadapi ujian dan dugaan.
Padukanlah tenaga dan usaha kami untuk terus menabur budi kepada agama, bangsa dan
Negara.
Ya ALLAH, kepada MU jua kami pohonkan keselamatan dan kesejahteraan kami, negeri
dan negara kami daripada segala bahaya bencana. Tunjukilah kepada kami, ibu bapa kami,
ahli keluarga kami, rakan-rakan dan sahabat-sahabat kami serta para pemimpin kami
hidayah ke jalan yang lulus, jalan yang Engkau berikan nikmat lagi diredhai.

Anda mungkin juga menyukai