Anda di halaman 1dari 1

DOA SEMPENA PERTANDINGAN ROBOTIK PERINGKAT NEGERI 2011

.
Segala puji bagi Allah, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w, kaum keluarga baginda serta para sahabat sekalian. Al-hamdulillah, dengan penuh khusyuk dan tawadduk kami bersyukur di atas segala nikmat dan rahmat yang telah engkau kurniakan, di mana dengannya dapatlah kami berkumpul pada petang yang penuh barakah ini untuk sama-sama meraikan Majlis Penutupan Pertandingan Robotik Sekolah-sekolah Negeri Sembilan bagi Tahun 2011 yang telah berlangsung dari semalam.


Sesungguhnya, dengan izinMu jua, pertandingan ini dapat dilaksanakan dengan baik serta berjalan dengan lancar dan mencapai objektif yang telah digariskan di bawah iradah dan inayahMu.


Ilhamkanlah dalam fikiran kami Ya Allah, idea-idea yang kreatif, positif, proaktif dan inovatif. Semarakkanlah dalam jiwa dan minda kami, keazaman dan komitmen yang tinggi. Kurniakanlah kepada kami kesihatan serta kekuatan fizikal dan minda, semangat dan daya juang. Padukanlah tenaga dan pemikiran kami. Eratkanlah silaturrahim dalam kalangan kami, semoga dengannya kami dapat menyempurnakan tugas-tugas kami, bagi menghasilkan pelajar-pelajar yang cemerlang dan diteladani, serta mampu menuju ke mercu persada mata dunia.


Ya Allah kami berharap agar Engkau terimalah usaha kami ini sebagai usaha murni dan amal ibadah di sisiMu. Jadikanlah pertandingan yang kami laksanakan ini sebagai pemangkin agar dapat melahirkan pelajar-pelajar yang kreatif dan inovatif di dalam semua bidang. Ya Allah, Ya Tuhan kami, seandainya di dalam majlis ini terdapat perkara yang mengundang kemurkaanMu, maka ampunkanlah kami, sesungguhnya Engkau Maka Pengampun Lagi Maha Penyayang. Jadikanlah kami di antara hamba-hambaMu yang sentiasa mendengar dan mengikut perkataan yang baik.

Anda mungkin juga menyukai