Anda di halaman 1dari 2

DOA KONVENSYEN KUMPULAN PENGGERAK IBU BAPA

KOMUNITI KEBANGSAAN (KPIBKK) 2019

ُ‫صا َل َحات‬ ‫ْال َح ْمدُ َ هّلِلَ الهذَي بَنَ ْع َمتَ َه تَتَ ُّم ال ه‬
‫ق َب ْال َح هق َو‬َ ِّ ‫َاص َر ْال َح‬
َ ‫س َبقَ ن‬َ ‫سيَِّ َدنَا ُم َح هم ٍد ا َ ْلفَا َتحَ َل َما أ ُ ْغ َلقَ َو ا َ ْلخَا َت َم َل َما‬ َ ‫اَلله ُه هم‬
َ ‫ص َِّل َعلى‬
‫اط َك ْال ُم ْست َ َق َيم َو َع َلى آ َل َه َح هق َق ْد َر َه و َم ْقدَ َار َه ْال َع َظيم‬ َ ‫ص َر‬ َ ‫ْال َهادَي إلى‬

Segala puji dan puja persembahkan Rabbul Izati untuk hari-hari yang
berlalu dari usia kami, kasih sayang dan rahmat kirimanMu atas segala
nikmat rezeki, kesihatan, dan keamanan serta kelapangan hingga kami
tidak terhitung satu demi satu. Selawat dan salam untuk junjungan mulia
Nabi Muhammad S.A.W agar dipilih kami penerima syafaat baginda.

Allahu Ya Qawi Ya Jabbar


Kami merafakkan kesyukuran di atas izin dan inayah-Mu sehingga kami
dapat berhimpun di sini bertemu muka, bertaut hati dan jiwa, berkongsi
ilmu dan hikmah dalam pertemuan bersejarah ini, dalam MAJLIS
KONVOKESYEN KPIBKK 2019 di dewan yang mulia ini. Kami
mengharap pada-Mu agar konvokesyen ini berjaya menjadi wadah
pencetus kesedaran dalam kalangan kami ke arah merealisasikan
hasrat pendidikan negara ini sebagai pendidikan bertaraf dunia melalui
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)

Allahu Ya Ghaffur Ya Karim


Langit yang kami junjung ini milikmu, bumi yang kami pijak ini milikmu,
pangkat dan kebesaran yang kami pegang adalah dengan keizinanMu,
anak-anak yang engkau pertanggungjawabkan kepada kami adalah
milikMu, rezeki yang kami nikmati saban waktu adalah dengan
keizinanMu dan segala kesempurnaan di langit , dibumi dan di alam
yang tidak terjangkau oleh akal kami adalah milikMu jua Ya Allah,
justeru kami memohon kepada-Mu Ya Allah, pagarilah kami dengan
hamparan iman dan taqwa. Satukanlah fikrah kami, eratkanlah ikatan
ukhuwah sesama kami, cantikkanlah nilai akhlak kami, afiatkanlah
kesihatan kami dan perkukuhkanlah saf-saf kami

Allahu Ya Sami’u Dua


Di pengakhiran doa kami ini, suburkanlah kasih sayang dan hormat
menghormati antara kami. Limpahkanlah segala bentuk kemakmuran
untuk negera kami, kepesatan ekonomi, dan kesejahteraan penduduk.
Mudah-mudahan diangkat martabat kami menjadi khairu ummah. Kami
memohon jua ke hadhrat mu atas zat-Mu Yang Maha Penyayang, agar
dikurniakan kepada barisan kepimpinan tertinggi kementerian yang
diketuai oleh YB Dr. Maszlee Malik, Menteri Pendidikan Malaysia
keafiatan dan kecergasan jasad, kejituan semangat, kebulatan tekad,
untuk terus memimpin Kementerian ini, agar tranformasi Pendidikan
dapat dilaksanakan dengan jayanya selaras dengan slogan Menerajui
Perubahan. Maka Ya Allah perkenankanlah titipan doa ini dan terimalah
kerja buat kami sebagai amal ibadah bekalan bertemu denganMu nanti.

ْ ‫اَلله ُه هم‬
ُ ‫اجعَ ْل َج ْم َعنَا َهذَا َج ْمعًا َم ْر ُح ْو ًما َوتَفَ ُّرقَنَا َم ْن َب ْع َد َه تَفَ ُّرقًا َم ْع‬
َ‫ص ْو ًما َوال‬
ْ ‫ش َقيًّا َوالَ َم‬
‫ط ُر ْودًا َوالَ َم ْح ُر ْو ًما‬ َ ‫تَ ْج َع ْل فَ ْينَا َوالَ َم َعنَا‬
َ ‫اب النه‬
‫ار‬ َ َ‫عذ‬ َ ‫سنَةً َو َقنَا‬ َ ْ‫سنَةً َو َفى ا‬
َ ‫آلخ َر َة َح‬ َ ‫َربهنَا َءاتَنَا َفى الدُّ ْن َيا َح‬
َ‫ب ْال َعالَ َميْن‬ ‫ار َيا َر ه‬ ُ ‫غفه‬ َ ‫َوأَ ْد َخ ْلنَا ْال َجنهةَ َم َع اْالَب َْر َار َيا‬
َ ‫ع َزي ُْز َيا‬

Anda mungkin juga menyukai