Anda di halaman 1dari 1

DOA SEMPENA MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PIBG

‫بِس ِْم هللاِ الرَّحْ َم ِن ال َّر ِحي ِْم‬


‫صالَةُ َوال َّسالَ ُم َعلَى َسيِّ ِدنَا ُم َح َّم ٍد َو َعلَى آلِ ِه َوَأصْ َحابِ ِه َأجْ َم ِعيْن‬ َّ ‫ َوال‬، َ‫اَ ْل َح ْم ُد هللِ َربِّ ال َعالَ ِم ْين‬

‫ َوتُبْ َعلَيْنا ِإنَّكَ َأ ْنتَ التَّوَّابُ ال َّر ِح ْي ُم‬، ‫ اَللَّهُ َّم َربَّنَا تَقَبَّلْ ِمنَّآ ِإنَّكَ َأ ْنتَ ال َّس ِم ْي ُع ْال َعلِ ْي ُم‬،
‫ بِبَ َر َك ِة ْالقُرْ ءآ ِن ْال َع ِظي ِْم‬، ‫ص َرا ٍط ُم ْستَقِي ِْم‬
ِ ‫ق وَِإلَى‬ ِّ ‫َوا ْه ِدنَا َو َوفِّ ْقنَا ِإلَى ْال َح‬

Ya Allah, Tuhan kami terimalah doa kami dan amalan kami, sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar
lagi Yang Maha Mengetahui. Dan terimalah taubat kami, sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Menerima Taubat
lagi Maha Mengasihi. Dan tunjuki dan bimbinglah kami kepada kebenaran dan kepada jalan yang lurus dengan
berkat al-Quran yang agung.

َ ‫ َو َذه‬، َ ‫ َو َجالَ َء َأحْ زَانِنا‬، َ ‫ص ُدوْ ِرنا‬


‫َاب هُ ُموْ ِمنا َ و ُغ ُمو ِمنا‬ ُ ‫ َونُوْ َر‬، َ ‫اَللَّهُ َّم اجْ َع ِل ْالقُرْ آنَ َربِي َع قُلُوْ بِنا‬

Ya Allah, Jadikanlah al-Quran sebagai penyejuk hati kami, cahaya yang menyinari dada kami, penghibur duka
kami dan penghapus kesedihan dan kegusaran kami

‫ َو َعلِّ ْمنَا ِم ْنهُ َما َج ِه ْلنَا‬، ‫ اللَّهُ َّم َذ ِّكرْ نَا ِم ْنهُ َما نُسِّينَا‬، ‫ َواجْ َع ْلهُ لَنَا ِإ َما ًما َونًورًا َوهُدًى َو َرحْ َمة‬، ‫ان‬ ِ ‫ اللَّهُ َّم ارْ َح ْمنَا بِالقُرْ َء‬،
َ ْ ً َ ْ
َ‫ َواجْ َعلهُ لنَا ُح َّجة يَا َربَّ ال َعال ِمين‬، ‫ار‬ َّ ْ ‫َأ‬ َّ َ ‫اَل‬ ْ
ِ َ‫َوارْ زقنَا تِ َوتهُ َءانَآ َء ال ْي ِل َو طرَافَ النه‬ُ

Ya Allah, kasihanilah kami dengan berkat al-Quran, dan jadikannya sebagai pimpinan, cahaya, petunjuk dan
rahmat untuk kami. Ya Allah, ingatkanlah kami apa yang telah kami lupa dari al-Quran, dan ajarlah kami apa yang
kami tidak tahu tentang isi al-Quran, dan kurniakanlah kami keupayaan untuk membacanya pada waktu malam
dan siang, dan jadikanlah al-Quran itu sebagai pembela untuk kami.
Wahai Tuhan pemelihara sekalian alam.

‫اللهم يا منزل الكتاب‬

Kami merafa’kan kesyukuran kehadrat-Mu di atas segala limpahan rahmat dan nikmat serta diberikan keizinan di
hari yang berbahagia ini dapatlah kami menghadirkan diri bersempena Mesyuara Agung Tahunan PIBG. Kami
memohon kepada-Mu, agar Engkau mengurniakan taufiq dan hidayah kepada kami agar segala usaha kami
dalam menjayakan mesyuarat ini mendapat keredhaan dan ampunan-Mu.

‫اللهم يا منزل البركات‬

Kami rafa’kan tangan kehambaan mengharapkan ihsan-Mu agar Kau jadikan mesyuarat ini berjalan dengan baik
dan lancer serta dapat menghadirkan pandangan dan buah fikiran yang bernas demi kejayaan dan
kecemerlangan anak-anak Generasi Ulul Albab kami baik dalam pembinaan sahsiah, adab dan akhlak mahupun
aspek pembinaan ilmu, akademik serta thaqafah. Seterusnya, Kau anugerahkanlah kepada anak-anak kami
kecemerlangan demi kecemerlangan yang lebih bermakna dalam pelbagai bidang pada masa-masa akan datang.

‫اللهم يا رحمن يا رحيم يا ودود‬

Berkatilah usaha-usaha kami, mudah-mudahan (dengan usaha-usaha kami) sekolah ini berjaya menjadi wadah
yang melahirkan Generasi Al-Quran Yang Unggul. Ya Allah, Perbaikilah segala kesilapan kami, jernihkanlah
hubungan antara kami, jinakkan dan lembutkanlah hati-hati kami dan tunjukkanlah kami jalan yang membawa
keselamatan dan keharmonian dalam menyelesaikan masalah yang timbul di antara pihak pentadbir, guru-guru
dan juga ibu bapa/penjaga anak-anak Generasi Al-Quran di sekolah ini.

ِ َ‫ك َربِّ ْال ِع َّز ِة َع َّما ي‬


‫ َو َسل ٌم‬، َ‫صفُوْ ن‬ َ ِّ‫ ُس ْبحنَ َرب‬، ‫صحْ بِ ِه َو َسلَّ َم‬
َ ‫صلَّى هللاُ َعلَى َسيِّ ِدنَا ُم َح َّم ٍد َو َعلَى َءالِ ِه َو‬ َ ‫األخ َر ِة َح َسنَةً َوقِنَا َع َذ‬
َ ‫ َو‬، ‫اب النَّار‬ ِ ‫َربَّنَا َءاتِنَا فِي ال ُّد ْنيَا َح َسنَةً َوفِي‬
ْ ْ ْ
َ‫ َوال َح ْم ُد ِهللِ َربِّ ال َعالِ ِم ْين‬، َ‫َعلَى ال ُمرْ َسلِ ْين‬

Anda mungkin juga menyukai