Anda di halaman 1dari 2

Doa Mesyuarat / Perhimpuan / Perjumpaan Badan Pengawas Tahun 2022 /

2023
Sekolah Agama Kampung Jawa

‫هللا الرَّ حْ َم ِن الرَّ ِحي ِْم‬


ِ ‫ِبسْ ِم‬
‫صالَة َُوال َّسالَ ُم َعلَى َس ِّي ِد َنا م َُح َّم ٍد َو َعلَى آلِ ِه‬ َّ ‫العاقِ َبة ل ِْل ُم َّتقِي َْن َوال‬ ِ ‫اَ ْل َح ْم ُد‬
َ ‫ َو‬, ‫هلل َربِّ ال َعالَ ِمي َْن‬
‫َوَأصْ َح ِاب ِه َأجْ َم ِعي َْن‬

Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada-Mu kerana telah mengizinkan kami untuk berada
dan menjayakan Majlis Mesyuarat Badan Pengawas pada tahun ini. Sesungguhnya Ya Allah
pada pagi ini kami berkumpul kerana-Mu Kami berkumpul untuk mengisi seluruh hidup kami
dengan keredhaan-Mu ,

Ya Allah Ya Ghaffar

Ampunkanlah dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, dosa guru-guru kami dan seluruh umat
manusia yang berada di bumi Mu ini. lengkapkanlah budi pekerti kami, sempurnakanlah
usaha kami, puaskanlah hati kami terhadap rezeki pemberian-Mu dan jangan biarkan hati
kami terpedaya oleh apa yang Engkau hindarkan daripada kami.

Ya Allah Ya Sami’un ‘Alim

Berkatilah usaha-usaha kami , mudah-mudahan (dengan usaha-usaha ini) anak-anak didik


kami akan menjadi insan yang elok budi pekertinya dan indah akhlaknya. Engkau jadikanlah
anak-anak didik ini menjadi seorang manusia cemerlang akademiknya, gemilang sahsiahnya
dan terbilang agamanya. Mudah-mudahan mereka dapat berbakti untuk Negara dan
agama-Mu Ya Allah

Ya Hayyu Ya Qayyum Ya Zal Jalaliwal’ikram

Jadikanlah Pemimpin Kecil Sekolah ini sebagai wahana untuk membentuk perpaduan
nasional , bermusyawarah, bertukar-tukar pendapat dan menyumbangkan buah fikiran,
tenaga dan sokongan ke arah meningkatkan kelancaran pengurusan sekolah kami .
Ya Allah , Ya Faliqul Habbi wan nawa ,

Berkatilah usaha-usaha kami , mudah-mudahan (dengan usaha-usaha kami ini) , barisan


pemimpin kami akan menjadi pemimpin yang bertanggungjawab , mempunyai keyakinan
diri yang tinggi , ketabahan yang padu, dan bersedia mencurahkan bakti kepada sekolah
yang tercinta ini . Sekaligus menjadi pemimpin yang cemerlang, terbilang , pemimpin yang
disegani dan dihormati, samada dalam aspek kepimpinan dan pengurusan organisasi
seterusnya mampu melahirkan barisan pemimpin yang berketrampilan dan berwibawa .
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim,

Ya Allah , jadikanlah perhimpunan kami ini sebagai perhimpunan yang diberkati dan
dirahmati . Dan jadikanlah perpisahan kami selepas ini sebagai perpisahan yang Engkau
pelihara daripada bahaya dan keburukan.

‫ َوالَ َت ْج َع ِل اللَّ ُه َّم ِف ْي َنا َوالَ َم َع َنا‬، ‫ص ْو ًما‬ ُ ‫ َو َت َف ُّر َقـَ َنا مِنْ َب ْع ِد ِه َت َف ُّرقا ً َم ْع‬، ‫اج َعلْ َج ْم َع َنا َه َذا َج ْم ًعا َم ْر ُح ْو ًما‬
ْ ‫اَللَّ ُه َّم‬
‫شقِ ًّيا َوالَ َم ْط ُر ْودًا َوالَ َم ْح ُر ْو ًما‬ َ ‫ َوالَ َمنْ َي ْت َب ُع َنا‬.

َ ‫س َنة ًَوقِ َنا َع َذ‬


‫اب ال َّنار‬ َ ‫س َنة ً َوفِي األخ َِر ِة َح‬
َ ‫ِ ر َّب َنا َءاتِ َنا فِي ال ُّد ْن َيا َح‬
َ

َ ‫ َوا ْل َح ْم ُدهَّلِل ِـ َر ِّب‬، ‫سلَّ َم‬


َ‫العالَ ِم ْين‬ َ ‫صلَّى هللاُ َعلَى ُم َح َّم ٍد َو َعلَى َءالِ ِه َو‬
َ ‫ص ْح ِب ِه َو‬ َ ‫َو‬

Anda mungkin juga menyukai