Anda di halaman 1dari 4

,

Ya Allah Ya Karim Ya Wadud


Kami memanjatkan kesyukuran kepada-Mu kerana telah menjayakan program kami dalam
Majlis Anugerah Teknologi Pendidikan Bahagian Teknologi Pendidikan n. Melaka 2016

Ya Allah Ya Rahman
Kami memohon kepada-Mu , agar Eangkau berkati majlis itu dengan limpahan rahman dan
rahim-Mu, semoga segala usaha kami dalam menjayakan majlis itu mendapat keredhaan
dan hidayah-Mu. Tidak juga lupa kepada para pendidik yang telah lama menyumbang
khidmat dan menabur bakti mereka di sekolah-sekolah N. Melaka..

Disaat ini juga kami rafakan tangan kehambaan mengharapkan ihsan-Mu agar Engkau
teruskan dan lanjutkan kecemerlangan yang sudah kami capai samada dalam bidang
Pengurusan Strategik,Pengurusan Kewangan,Pengurusan Pusat Sumber Pendidikan,
Pengurusan Bestari, Pengurusan Media Pebdidikan, Pengurusan Latihan mahupun aspek
pembinaan sahsiah insan dan seterusnya menganugerahkan kepada kami kecemerlangan
demi kecemerlangan yang lebih bermakna dalam pelbagai bidang pada masa-masa akan
datang.

Ya Allah , Ya Ghaniyyu Ya Hamid ,

Jadikanlah para pendidik serta pelajar-pelajar yang menerima hadiah dan sijil penghargaan
pada hari itu sebagai pelajar-pelajar yang bersyukur di atas pengiktirafan tersebut. Dalam
erti kata lain, jadikanlah mereka pelajar-pelajar yang akan sentiasa berusaha dengan gigih
dan tekun untuk meningkatkan potensi dan prestasi mereka dalam bidang akademik
mahupun ketrampilan peribadi yang luhur. Malah kami memohon daripada-Mu Ya Allah
dengan penuh ketaakulan agar majlis anugerah itu akan menjadi katalis dan sumber
inspirasi kepada pelajar-pelajar lain supaya mereka sama-sama mengerah keringat dan
menggembleng tenaga untuk mencapai kecemerlangan demi mengharumkan nama
sekolah-sekolah N. Melaka.
Ya rahman ya rahim

Kami mohon keampunan Mu, kami mohon kerahmatan Mu, kami mohon taufik
dan hidayah Mu. Kau ampunkanlah dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, dosa
anak anak kami, dosa saudara mara kami, dosa ahli keluarga kami, dosa guru guru
kami dan dosa semua kaum muslimin dan muslimat.

Ya Allah, Ya Tuhan Kami,

Permudahkan urusan kami di dunia dan urusan kami di akhirat. Jadikanlah kami
manusia yang sentiasa bersyukur kepada Mu. Jadikanlah kami manusia yang
sentiasa mencintai Mu ya Allah. Ya Allah, jadikanlah apa yang kami lakukan ini
sebagai suatu amal ibadah yang diterima Mu.

Ya fatah ya alim

Ikhlaskan hati anak anak kami untuk mempelajari ilmu Mu. Tetapkan niat dihati
mereka agar apa yang mereka lakukan ini semata mata kerana Mu ya Allah.
Semata mata kerana Mu ya Allah. Semata mata kerana Mu ya Allah.

Kami mohon kepada Mu, permudahkanlah mereka faham apa yang diajar oleh
guru-guru mereka ketika mereka berada di dalam kelas. Lapangkanlah dada
mereka untuk menerima ilmu Mu ya Allah.

Ya Allah,

Tidak lama lagi, anak anak kami akan menduduki peperiksaan PMR, SPM dan
peperiksaan-peperiksaan lain ya Allah. Kami mohon kepada Mu ya Allah, bantulah
anak anak kami dalam peperiksaan yang akan mereka hadapi ya Allah. Peliharalah
kesihatan anak anak kami dihari peperiksaan nanti. Permudahkanlah mereka
menjawab soalan ketika peperiksaan nanti. Berikanlah ketenangan kepada
mereka ketika menjawab soalan, jauhilah mereka daripada perasaan resah dan
gelisah ketika menjawab soalan peperiksaan. Dorongkanlah hati mereka untuk
menjawab setiap soalan sepertimana skema jawapan.
Ya Allah Ya latif

Lembutkanlah hati pemeriksa yang memeriksa kertas jawapan anak kami nanti.
Dorongkanlah hati dia untuk memberi markah yang lebih kepada anak anak kami.
Tutuplah matanya daripada melihat kesalahan yang anak kami lakukan. Berilah
keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan anak anak kami. Mudah-mudahan
dengan keputusan yang cemerlang ini, mereka dapat melanjutkan pelajaran ke
peringkat yang lebih tinggi lagi, semoga ia sebagai pembuka jalan untuk mereka
menjadi hamba Mu yang soleh dan menghampirkan diri mereka kepada Mu.

Jadikanlah anak anak kami pelajar yang cemerlang ya Allah, cemerlang di dunia
dan cemerlang di akhirat. Kami mohon kepada Mu, Kau perbaikilah akhlak anak
anak kami. Jadikanlah mereka pelajar yang cemerlang dan mempunyai sahsiah
diri yang baik. Tanamlah sifat mahmudah dalam diri mereka dan buanglah sifat
mazmumah dalam diri mereka. jadikanlah anak anak kami seorang pemimpin di
kalangan orang yang bertakwa.

Ya Aziz

Apa yang kami doakan ini bukan untuk diri anak anak kami sahaja, tetapi apa yang
kami doakan ini juga untuk anak anak sahabat kami ya Allah. Berikanlah mereka
kejayaan yang cemerlang di dunia dan di akhirat. Sesungguhnya, anak kami inilah
harapan kami. Kami mahu mereka Berjaya ya Allah. Kami mahu mereka
mengubah nasib keluarga kami ya Allah. Berikanlah taufik dan hidayah Mu yang
berkekalan ya Allah.

Ya Allah,

Jadikanlah anak kami anak yang soleh ya Allah. Yang menyejukkan mata kami
memandangnya ya Allah. Jadikanlah anak kami ahli syurga ya Allah. Dorongkanlah
hati mereka untuk melakukan amalan amalan yang membawa mereka ke syurga
Mu ya Allah. Jauhkanlah hati mereka daripada melakukan amalan amalan yang
membawa mereka ke neraka Mu ya Allah. Tetapkan lah hati mereka untuk
menunaikan solat. Janganlah Kau melalaikan mereka dengan perkara perkara
yang tidak berfaedah ya Allah.
Ya Malek

Kami tidak mampu untuk mengawasi anak anak kami setiap waktu ya Allah. Kami
serahkan anak kami untuk berada dibawah penjagaan Mu ketika mereka tidak
bersama kami ya Allah. Gerakkanlah hati mereka untuk berada di tempat tempat
yang Engkau redhai. Dan jauhilah mereka daripada berada di tempat tempat yang
Engkau murkai.

Ya Allah,

Perkenankanlah doa doa kami ini. Kami memohon kepada Mu kerana Engkaulah
tuhan kami. Kami meminta kepada Mu kerana Engkaulah yang menciptakan kami.
Kami merayu kepada Mu kerana Engkaulah yang Maha Mengkabulkan doa doa
kami ini.

Jika Engkau tidak memakbulkan doa kami ini, siapa lagi yang akan
memakbulkannya. Jika Kau tidak mendengar doa kami ini, siapa lagi yang akan
mendengarnya. Bantulah kami ya Allah. Ya Rahman. Ya Rabbul Alamin.

Anda mungkin juga menyukai