Anda di halaman 1dari 1

DOA RASMI PROGRAM JOM KE SEKOLAH PERINGKAT KEBANGSAAN 2019

SMK BANDAR TASIK KESUMA

‫الر ِحي ِْم‬


َّ ‫الرحْ َم ِن‬
َّ ِ‫س ِم هللا‬
ْ ‫ِب‬

َ‫ص َحابِ ِه أَجْ َم ِع ْين‬


ْ َ ‫علَى آ ِل ِه َوأ‬ َ ‫علَى‬
َ ‫سيِِّ ِدنَا ُم َح َّم ٍد َو‬ َ ‫سالَ ُم‬ َّ ‫ َوال‬, َ‫ب ا ْلعَالَ ِم ْين‬
َّ ‫صالَة َُوال‬ ِِّ ‫ا َ ْل َح ْم ُد ِ ََّلِلِ َر‬
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kami berhimpun pada pagi ini untuk mengisi seluruh ruang hidup kami dengan ibadah kepada-Mu sesuai
dengan firman mu yang mulia : sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku semata-mata hanya
untuk Mu ya allah.

Ya Allah Ya Fa’aalullima Yurid


Kami bermohon kepada mu agar engkau memberkati majlis ini dengan limpahan ar-Rahman dan ar-Rahim-
Mu. Semoga segala usaha kami dalam menjayakan majlis ini memberi impak yang besar terhadap anak-
anak didik kami dengan limpahan keredhaan-Mu. Kami melahirkan dan menzahirkan rasa kesyukuran kerana
diberi peluang untuk terus menjadi generasi yang bakal memartabatkan pendidikan dan ilmu seterusnya
memimpin negara malaysia yang tercinta ini.

Ya Allah, perkenankanlah majlis ini dengan doa dan munajat kami terhadap-Mu agar PROGRAM JOM KE
SEKOLAH 2019 PERINGKAT KEBANGSAAN ini dapat mencapai matlamat dan hala tuju yang betul
terhadap anak-anak didik yang bersekolah di seluruh negeri di Malaysia. Bukakanlah hati dan minda mereka
supaya mereka dapat belajar dengan mudah dalam menggapai ilmu yang bermanfaat serta sinarilah hati-
hati mereka dengan nur hidayah-Mu.

Ya Allah, perbanyakkanlah kami dengan ilmu pengetahuan, hiasilah diri kami dengan sifat terpuji dan sopan-
santun, muliakanlah kami dengan ketaqwaan, perelokkanlah kami dengan sihat wal’afiat, serta jadikanlah
kami anak-anak yang soleh dan solehah sebagai penyejuk mata ibu bapa dan guru-guru kami.

Allah Humma Ya Hannan, Ya Mannan, Ya Badi’ussama Waa Ti Wal’ard, Ya Allahhu Ya Quddus,


Di dalam majlis yang penuh barakah ini, dengan kehadiran para jemputan yang menghiasi majlis pada pagi
ini, memberikan suntikan semangat dan keazaman yang tinggi kepada murid-murid di SMKBTK ini, kami
merafa’kan tangan kehambaan memohon belas kasihan-Mu agar engkau membuka limpahan rahmat dan
hikmah-Mu, suburilah jiwa kami agar mudah menerima, menghayati, dan mengamalkan petunjuk-petunjuk
agama-Mu di dalam kehidupan kami.

Ya Allah Ya Ghaniyyu Ya Hamid,


Jadikanlah perhimpunan kami pagi ini, sebagai perhimpunan yang penuh barakah-Mu, dan jadikanlah
perpisahan kami ini sebagai perpisahan yang engkau pelihara daripada segala bahaya dan kemudharatan.

َ ‫ َوالَ تَجْ عَ ِل اللَّ ُه َّم فِ ْينَا َوالَ َمعَنَا َوالَ َم ْن يَتْبَعُنَا‬، ‫ص ْو ًما‬
‫ش ِقيًّا‬ ُ ‫ َوتَفَ ُّرقَـَنَا ِم ْن بَ ْع ِد ِه تَفَ ُّرقا ً َم ْع‬، ‫اَللَّ ُه َّم اجْ عَ ْل َج ْمعَنَا َهذَا َج ْمعًا َم ْر ُح ْو ًما‬
ِ َّ‫اخ ُرهُ َو َخي َْر أ َ ْع َما ِلنَا َخ َواتِ ُمهُ َو َخي َْر أي‬
‫امنَا يَ ْو َم أ ْلقَاكَ فِ ْي ِه‬ ِ ‫اللَّ ُه َّم اجْ عَ ْل َخي َْر أ َ ْع َم ِارنَا َء‬. ‫َوالَ َم ْط ُر ْودًا َوالَ َمحْ ُر ْو ًما‬
‫ف َر ِح ْي ٌم‬ ٌ ‫ان َوالَ تَجْ عَ ْل فِ ْي قـُلُ ْو ِبنَا ِغالًّ ِللَّ ِذ ْينَ َءا َمنُ ْوا َربَّنَاإنَّكَ َر ُء ْو‬ِ ‫اإل ْي َم‬ ِ ‫سبَقُ ْونَا ِب‬ َ َ‫اللَّ ُه َّم ا ْغ ِف ْرلَنَا ذُنُ ْوبَنَا َو ِإل ْخ َوانِنَا الَّ ِذ ْين‬

َ َ‫عذ‬
ِ ‫اب النَّار‬ َ ‫سنَة ًَوقِنَا‬
َ ‫األخ َرةِ َح‬ َ ‫َربَّنَا َءاتِنَا فِي الدُّ ْنيَا َح‬
ِ ‫سنَة ً َوفِي‬
َ‫ب العَالَ ِم ْين‬ َّ ِ ‫ َوا ْل َح ْمد‬، ‫سلَّ َم‬
ِِّ ‫َُلِلِ َر‬ َ ‫علَى َءا ِل ِه َوصَحْ بِ ِه َو‬
َ ‫علَى ُم َح َّم ٍد َو‬
َ ُ‫صلَّى هللا‬
َ ‫َو‬

Anda mungkin juga menyukai