الرحِ ي ِْم
َّ الرحْ َم ِن
َّ ِس ِم هللا
ْ ِب
َب العَالَمِ ْين ِِّ ا َ ْل َح ْم ُد هللِ َر,
علَى آ ِل ِه َ علَى
َ س ِِّي ِدنَا ُم َح َّم ٍد َو َ سالَ ُم َّ َوالعَاقِ َبة ِل ْل ُمت َّ ِق ْينَ َوال
َّ صالَة َُوال
َصحَابِ ِه أَجْ َم ِع ْين
ْ َ َوأ
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada-Mu kerana telah mengizinkan kami untuk berada dan
menghadiri Majlis Jalinan Untaian Kasih Dan Sambutan Hari Pekerja SMK Pekan pada petang ini.
Sesungguhnya di tangan-Mu sahajalah kuasa penilai segala amalan. Justeru…Berkatilah Majlis kami
ini. Kau jadikanlah apa kiranya segala kerja kami selama ini, dan hari-hari yang mendatang, sebagai
ibadah yang Engkau redhai. Terimalah segala kerja dan usaha kami itu, sebagai amal soleh yang
Engkau berkati.
Rahmatilah REZEKI kami Ya Allah dengan HASIL kasih sayang-Mu, Hiasilah diri kami serta serikanlah
hidup kami dengan kekayaan dan ketinggian ilmu, Muliakanlah kami dengan kemuliaan akhlak dan
pekerti. Ya.. Allah! Satukanlah hati-hati kami, eratkanlah silaturahim dalam kalangan kami.
Kurniakanlah apa kiranya kepada kami kekuatan rohani dan jasmani, cetusan idea dan gerakan
minda untuk membimbing diri sendiri dan rakan-rakan kami agar kami dapat menjadi penjana
masyarakat, bangsa dan negara kami ke arah yang cemerlang, gemilang dan terbilang.
Ya Allah Ya Ghaffar ,
Satukanlah hati-hati kami sebagai pentadbir , para pendidik dan kakitangan sekolah ini, agar
menjadikan kejayaan dan kecemerlangan anak-anak didik kami sebagai matlamat kami yang utama
dan bersama .
ِاب النَّ ِار وصلى هللا على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين َوا ْل َح ْم ُد ِهلل َ سنَةً َوقِنَا
َ َ عذ َ سنَةً َو ِِفي اآلخِ َر ِة َح
َ َربَّنَا آتِنَا ِفي ال ُّد ْنيَا َح
َ ْ
َب العَالـمِ ْين ِِّ َر