Anda di halaman 1dari 2

َّ ْ‫من ا‬

.‫لر ِحيْم‬ َّ ْ‫بِس ِْم للاِ ا‬


ِ ْ‫لرح‬
. َ‫ص َحا ِب ِه أَجْ َم ِعيْن‬
ْ َ‫س ِِّي ِدنَا ُم َح َّمد َو َعلَى آ ِل ِه َوأ‬
َ ‫سالَ ُم َعلَى‬ َّ ‫ َوال‬،‫ب ْال َعالَ ِميْن‬
َّ ‫صالَة ُ َوال‬ ِ َّ ِ ‫ا َ ْل َح ْم ُد‬
ِ ِّ ‫لِل َر‬

Ya Rahman, Ya Aziz, Ya Ghaffar

Pada saat dan detik yang bersejarah ini, kami menghulurkan


tangan pengharapan, memohon ihsan dan RahmatMu, agar
Engkau anugerahkan kesejahteraan, taufiq dan hidayah, juga
kesabaran, ketabahan dan kekuatan kepada Yang Berbahagia
Encik Hamdan bin Tahir yang akan bersara, menamatkan
perkhidmatannya sebagai seorang guru. Moga baginya selepas
bersara nanti, kehidupan yang penuh gembira, ceria dan bahagia,
serta dikurniakan dengan kesihatan, kesejahteraan, ketenteraman
dan ketenangan.

Allahumma Ya MunzilarRahmah wa Ya FatihalBarakah

Ya Allah Ya Tuhan kami, kurniakanlah kepadanya dengan


ganjaran, syafaat dan keredhaan atas segala jasa dan
pengorbanan yang telah beliau curahkan sepanjang bergelar
sebagai seorang guru. Kau limpahkanlah Rahmat dan BerkatMu,
sebagai ganjaran kepada semangat juang yang tidak pernah
mengenal erti putus asa, di dalam memikul tanggungjawab
sebagai pendidik, pemimpin dan ibu yang sentiasa berusaha
menyumbang tenaga, idea dan kepakaran, demi kecemerlangan
anak bangsa. Mudah-mudahan segala jasa, pengorbanan, dan
semangat beliau menjadi pendorong untuk kami meneruskan
perjuangan sebagai seorang insan pendidik.
Allahumma Ya `Aalim wa Ya QadhialHajat
Jadikanlah kami Ya Allah, daripada kalangan hamba-hambaMu
yang taat dan bersyukur. Jauhkanlah kami Ya Allah, daripada
melanggari perintahMu. Kurniakanlah kepada kami kesihatan
yang berpanjangan, kesejahteraan yang sempurna, fikiran yang
waras, minda yang cergas, rezeki yang halal, zuriat dan generasi
yang beriman serta kurniakanlah kepada kami segala kebaikan di
dunia dan juga di akhirat.

Ya Zal Jalali Wal Ikram

Ya Allah Ya Tuhan kami, jadikanlah pertemuan ini sebagai


pertemuan yang diRahmati, dan jadikanlah perpisahan ini
sebagai perpisahan yang diBerkati.

َ ‫ َولَ تَجْ عَ ِل اللَّ ُه َّم فِ ْينَا َولَ َمعَنَا َولَ َم ْن يَتْ َبعُنَا‬،‫ص ْو ًما‬
َ‫ش ِقيًّا َول‬ ُ ‫ َوتَفَ ُّرقَـَنَا ِم ْن بَ ْع ِد ِه تَفَ ُّرقا ً َم ْع‬،‫اَللَّ ُه َّم اجْ عَ ْل َج ْمعَنَا َهذَا َج ْمعًا َم ْر ُح ْو ًما‬
.‫ط ُر ْودًا َولَ َمحْ ُر ْو ًما‬ ْ ‫َم‬
ِ.‫اب النَّار‬ َ َ‫سنَة ًَو ِقنَا َعذ‬ َ ‫سنَة ً َو ِفي األ َ ِخ َر ِة َح‬ َ ‫َر َّبنَا َءا ِتنَا ِفي ال ُّد ْن َيا َح‬
. َ‫ب العَالَ ِميْن‬ ْ َّ
ِ َّ ِ ‫ َوال َح ْمد‬،‫سل َم‬
ِ ِّ ‫ُلِل َر‬ َ ‫صحْ بِ ِه َو‬ َ ‫سيِِّ ِدنَا ُم َح َّمد َو َعلَى َءا ِل ِه َو‬ َ ‫صلَّى للاُ َعلَى‬ َ ‫َو‬

Anda mungkin juga menyukai