Anda di halaman 1dari 1

DOA SEMPENA KUNJUNGAN / LAWATAN

‫ِبْس ِم ِهللا الَّر َمْحِن الَّر ِح ِمْي‬


‫ َو الَع اِق َبة ِلْلُم َّتِقَنْي َو الَّص َالةُ َو الَّس َالُم َعىَل َس ِّي ِد اَن ُم َح َّم ٍد َو َعىَل آِهِل َو َأَحْص اِبِه‬, ‫َاْلَح ْم ُد ِهلل َر ِّب الَع اَلِم َنْي‬
‫َأَمْجِع َنْي‬
Allahumma Antal ‘Azizul Jalil,
Sesungguhnya kami pada pagi ini, ingin merafa’kan kesyukuran dan
pujian terhadap Mu, atas kurniaan Mu yang tidak ternilai.
Allahumma Ya Hakim Ya Azim,
Sesungguhnya kami berhimpun di sini bagi menyatakan kesungguhan,
kommitmen dan iltizam kami dengan roh dan semangat untuk membangun
,membina serta mendidik dan memartabatkan anak bangsa supaya berbudi
dan berjasa kepada agama, bangsa dan negara.
Justeru… berkati pertemuan kami, berkatilah jua usaha-usaha kami,
ilhamkanlah dalam fikiran dan minda kami, idea-idea yang bernas,
pandangan-pandangan yang jelas dan keputusan-keputusan yang waras.
Kurniakanlah kepada kami limpahan ilmu yang berguna dan kefahaman
yang benar. Satukanlah hati-hati kami, eratkanlah silatur rahimi
dikalangan kami. Padukanlah tenaga dan usaha kami untuk
memartabatkan pendidikan bangsa secara bersama demi mencapai
kecemerlangan dan kegemilangan.
Allahumma Ya ‘Aliim, Wa Ya Khabiir,
Kami bersyukur kepada Mu ya Allah atas kunjungan mesra ini ke sekolah
kami. Jadikanlah ia sebagai kerahmatan dan keberkatan kepada kami.
Jadikanlah ia sebagai pertemuan yang memberikan semangat juang kami di
sekolah kami dan juga dalam dunia Pendidikan. Jadikan lah ia sebagai
kunjungan yang memberi maafaat kepada kami di atas segala kelemahan
kami. Sesungguhnya kami sangat beruntung dan bersyukur diatas
kunjungan ini.
Jadikanlah kami Ya Allah, dari kalangan hamba-hamba Mu yang taat dan
bersyukur. Jauhilah kami Ya Allah, dari melanggari perintah Mu.
Kurniakanlah apa kiranya ya Allah kepada kami kesihatan yang
berpanjangan , kesejahteraan yang sempurna , fikiran yang waras, minda
yang cergas, rezeki yang halal, zuriat dan generasi yang beriman serta
segala kebaikan di dunia, pun jua di akhirat.

‫ َو َال ْجَت َع ِل الَّلُهَّم‬، ‫ َو َتَفُّر َقَـَنا ِم ْن َبْع ِد ِه َتَفُّر قًا َمْعُص ْو ًم ا‬، ‫َالَّلُهَّم اْجَع ْل ْمَج َعَنا َه َذ ا ْمَج ًع ا َم ْر ُح ْو ًم ا‬
. ‫ِف ْيَنا َو َال َم َعَنا َو َال َمْن َيْتَبُعَنا َش ِقًّيا َو َال َم ْط ُر ْو ًدا َو َال َمْح ُر ْو ًم ا‬
‫الَّلُهَّم اْغِفْر َلَنا ُذ ُنْو َبَنا َو ْخ َو اِنَنا اِذَّل ْيَن َس َبُقْو اَن اِب ْيَم اِن َو َال ْجَت َع ْل ْيِف قُـُلْو ِبَنا ِغ ًّال ِلِذَّل ْيَن َء اَم ُنْو ا‬
‫ِإل‬ ‫ِإل‬
ِ‫َر َّبَنا إَّنَك َر ُء ْو ٌف َر ِح ٌمْي َر َّبَنا َء اِتَنا يِف اُّدل ْنَيا َح َس َنةً َو يِف األِخ َر ِة َح َس َنةً َو ِق َنا َعَذ اَب الَّنار‬
md fuaize yahaya

Anda mungkin juga menyukai