Anda di halaman 1dari 1

DOA MAJLIS PERSARAAN

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillahirabbil aalamiin,

wassolatu wassalaamu a’ala asyrafil anbiyaai wal mursalin,

Wa’alaaalihi wasohbihi ajma’in

Sempena majlis perpisahan persaraan kakitangan yang diraikan pada saat


ini kami menadah tangan memohon kehadrat-Mu ya Allah agar beliau
diberkati, dikurniakan rahmat dan nikmat yang berpanjangan sihat
walafiat yang berkekalan.

Ya Allah, Ya Rahman, Ya Aziz, Ya Ghaffar,

Jadikanlah kami yang masih dalam perkhidmatan ini agar dapat


meneruskan tugas-tugas dengan cemerlang dan berkualiti demi
memajukan masyarakat dan negara serta dipelihara dalam pemuliharaan
dan keredhaan-Mu.

Ya Allah, Ya Zal Jala liwal Ikram,

Jadikanlah perhimpunan kami ini sebagai satu perhimpunan yang


dirahmati dan perpisahan kami pula selepas ini sebagai satu perpisahan
yang diberkati dan dilindungi. Dan janganlah Engkau jadikan pada diri
kami ini, dan mereka yang bersama kami, kebinasaan, dan menyingkirkan
kami dari memperolehi rahmat.

Rabbana a’atina fid dun ya hasanah,

Wa fil aa’khiratihasanah, waqina aa’za bannar,

Subha narabbika rabbi izzati amma yaasifunn,

Wassalamun a’lal mursalin,

Walhamdulilahi rabbil a’alamiin…

Anda mungkin juga menyukai