Anda di halaman 1dari 1

Sempena majlis perpisahan persaraan dan pertukaran pegawai dan

kakitangan yang diraikan pada saat ini


kami menadah tangan memohon
kehadrat-Mu Ya Allah agar mereka
diberkati, dikurniakan rahmat dan nikmat yang

berpanjangan dan sihat


walafiat yang berkekalan.

Kami berdoa ke hadrat-Mu ya Allah agar


mereka dikurniakan kekuatan fizikal dan mental untuk meneruskan kerja
mereka dalam suasana berbeza serta dapat menjalankan tugas-tugas
mereka dengan jayanya.
Serta jadikanlah kami yang masih dalam perkhidmatan ini agar dapat
meneruskan tugas-tugas dengan cemerlang dan berkualiti demi
menjaga keselamatan masyarakat dan keamanan negara serta
dipelihara dalam keredhaan-Mu.
Ya Allah, jadikanlah perhimpunan kami ini sebagai satu perhimpunan
yang dirahmati dan perpisahan kami pula selepas ini sebagai satu
perpisahan yang diberkati dan dilindungi. Dan janganlah Engkau jadikan
pada diri kami ini, dan mereka yang bersama kami, kebinasaan, dan
menyingkirkan kami dari memperolehi rahmat.

Anda mungkin juga menyukai