Anda di halaman 1dari 1

DOA MAJLIS ANUGERAH KUALITI SMKTPM 2018

Ya Allah Ya Karim Ya Wadud


Kami memanjatkan kesyukuran kepadaMu kerana mengizinkan kami untuk mengadakan dan turut
serta dalam

Majlis Hari Kualiti SMK Tinggi Perempuan Melaka 2018.

Ya Allah Ya Fa’aalullimaayurid
Kami memohon kepadaMu , agar Engkau berkati majlis ini dengan limpahan kasihsayangMu, semoga
segala usaha kami dalam menjayakan majlis ini mendapat keredhaan dan hidayahMu. Tidak lupa
juga kepada pemimpin-pemimpin dan guru-guru yang mencurah bakti dan keringat mendidik anak
bangsa serta semua kakitangan yang sentiasa menyumbang khidmat, menabur bakti mereka di
sekolah yang bertuah ini.

Disaat ini juga, kami menadah tangan kehambaan mengharapkan ihsanMu agar Engkau teruskan dan
lanjutkan kecemerlangan yang sudah kami capai, samada dalam bidang akademik, pengurusan
mahupun dalam aspek pembinaan sahsiah insan, dan seterusnya anugerahkanlah kepada kami
kecemerlangan demi kecemerlangan yang lebih bermakna dalam pelbagai bidang pada masa-masa
akan datang.

Ya Allah, Ya Ghaniyyu Ya Hamid

Jadikanlah mereka yang bakal menerima sijil penganugerahan pada hari ini sebagai hamba-hamba
Mu yang bersyukur di atas pengiktirafan ini. Jadikanlah mereka guru, kakitangan dan murid yang
sentiasa berusaha dengan gigih dan tekun, untuk meningkatkan potensi dan prestasi mereka,
dalam bidang akademik mahupun perkhidmatan pendidikan, serta mempunyai peribadi yang luhur.
Malah kami memohon daripadaMu Ya Allah dengan penuh ketaakulan, agar majlis anugerah ini akan
menjadi dorongan dan galakkan kepada guru, kakitangan dan murid yang lain, supaya mereka sama-
sama mengerah keringat dan menggembleng tenaga untuk mencapai

kecemerlangan demi mengharumkan nama sekolah ini.

Anda mungkin juga menyukai