Anda di halaman 1dari 1

DOA HARI APRESIASI MURID DAN MAJLIS GRADUASI

‫ِب ْس ِم الل ِه ال َّر ْح َم ِن ال َّر ِح ْي ِم‬


‫ َوال َّصل َاة ُ َوال َّسل َا ُم َع َلى َس ِّي ِد َنا ُم َح َّم ٍد‬ ‫ َوال َعا ِق َبة ِل ْل ُم َّت ِق ْي َن‬ , ‫َا ْل َح ْم ُد لل ِه َر ِّب ال َعا َل ِم ْي َن‬
‫َو َع َلى آ ِل ِه َو َأ ْص َحا ِب ِه َأ ْج َم ِع ْي َن‬
Ya Allah Ya Karim Ya Wadud
Kami memanjatkan kesyukuran kepada-Mu kerana mengizinkan kami untuk
mengadakan Hari Apresiasi Murid dan Majlis Graduasi PraSekolah dan Tahun
6 peringkat Sekolah Kebangsaan 1 Jalan Meru bagi sesi 2021 ini.

Ya Allah Ya Fa’aalullimaayurid
Kami memohon kepada-Mu, agar Engkau berkati majlis ini dengan
limpahan rahmat dan rahim-Mu, semoga segala usaha kami dalam
menjayakan majlis ini mendapat keredhaan dan hidayah-Mu. Tidak lupa
juga kepada para pendidik yang telah lama menyumbang khidmat dan
menabur bakti mereka di sekolah yang bertuah ini.

Ya Allah , Ya Ghaniyyu Ya Hamid ,


Lanjutkan kecemerlangan yang sudah kami capai samada dalam bidang
akademik mahupun aspek pembinaan sahsiah insan. Jadikanlah pelajar
yang menerima hadiah dan sijil penghargaan pada hari ini sebagai
pelajar yang bersyukur. Jadikanlah mereka pelajar yang sentiasa
berusaha gigih dan tekun untuk meningkatkan potensi dan prestasi
mereka. Semoga majlis anugerah ini menjadi sumber inspirasi kepada
pelajar-pelajar lain agar mereka sama-sama menggembleng tenaga
untuk mencapai kecemerlangan demi mengharumkan nama sekolah ini.

‫ال َّل ُه َّم ا ْج َع ْل َخ ْي َر َأ ْع َما ِر َنا َءا ِخ ُر ُه َو َخ ْي َر َأ ْع َما ِل َنا َخ َوا ِت ُم ُه َو َخ ْي َر أ َّيا ِم َنا َي ْو َم أ ْل َقا َك ِف ْي ِه‬
‫ال َّل ُه َّم ا ْغ ِف ْر َل َنا ُذ ُن ْو َب َنا َول ِإ ْخ َوا ِن َنا ا َّل ِذ ْي َن َس َب ُق ْو َنا ِبال ِإ ْي َما ِن َول َا َت ْج َع ْل ِف ْي ق ُـ ُل ْو ِب َنا ِغل ًّا ِل َّل ِذ ْي َن َءا َم ُن ْوا‬
‫َر َّب َنا إ َّن َك َر ُء ْو ٌف َر ِح ْي ٌم‬
ِ ‫َر َّب َنا َءا ِت َنا ِفي ال ُّد ْن َيا َح َس َنة ً َو ِفي ال أ ِخ َر ِة َح َس َنة ً َو ِق َنا َع َذا َب ال َّنار‬
‫ َوا ْل َح ْم ُد ِل َّل ِه َر ِّب ال َعا َل ِم ْي َن‬، ‫َو َص َّلى الل ُه َع َلى ُم َح َّم ٍد َو َع َلى َءا ِل ِه َو َص ْح ِب ِه َو َس َّل َم‬

Anda mungkin juga menyukai