Anda di halaman 1dari 2

DOA SEMPENA HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN / GRADUASI






Kami memanjatkan kesyukuran kepada-Mu kerana mengizinkan kami untuk
mengadakan serta berada dalam
Majlis Graduasi Pelajar SPM 2009, SMK Taman Seri Saujana, Kota Tinggi


Kami memohon kepada-Mu , agar Eangkau berkati majlis ini dengan limpahan
rahman dan rahim-Mu, semoga segala usaha kami dalam menjayakan majlis ini
mendapat keredhaan dan hidayah-Mu. Tidak juga lupa kepada para pendidik yang
telah lama menyumbang khidmat dan menabur bakti mereka di sekolah yang
bertuah ini .


Pada saat ini juga kami rafakan tangan kehambaan mengharapkan ihsan-Mu agar
Engkau teruskan dan lanjutkan kecemerlangan yang sudah kami capai sama ada
dalam bidang akademik mahupun aspek pembinaan sahsiah insan dan seterusnya
menganugerahkan kepada kami kecemerlangan demi kecemerlangan yang lebih
bermakna dalam pelbagai bidang pada masa-masa akan datang.


Jadikanlah pelajar-pelajar yang menerima hadiah dan sijil penghargaan pada hari ini
sebagai pelajar-pelajar yang bersyukur di atas pengiktirafan ini. Dalam erti kata lain,
jadikanlah mereka murid-murid yang akan sentiasa berusaha dengan gigih dan
tekun untuk meningkatkan potensi dan prestasi mereka dalam bidang akademik
mahupun ketrampilan peribadi yang luhur. Malah kami memohon daripada-Mu Ya
Allah dengan penuh ketaakulan agar majlis anugerah ini akan menjadi katalis dan
sumber inspirasi kepada pelajar-pelajar lain supaya mereka sama-sama mengerah
keringat dan menggembleng tenaga untuk mencapai kecemerlangan demi
mengharumkan nama institusi ini.

Anda mungkin juga menyukai