Anda di halaman 1dari 1

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim

Kami memanjatkan kesyukuran kepada-Mu kerana mengizinkan


kami untuk mengadakan dan berada dalam
Majlis Graduasi Murid-Murid Tahun 6 Sek. Keb. Durian Tunggal 2016 ini.

Ya Allah Ya Fattah Hu Ya Alim


Kami memohon kepada-Mu , agar Engkau berkati majlis ini dengan
limpahan rahman dan rahim-Mu, semoga segala usaha kami dalam
menjayakan majlis ini mendapat keredhaan dan hidayah-Mu.
Disaat ini juga kami menadah tangan mengharapkan
ihsan-Mu agar Engkau teruskan dan lanjutkan kecemerlangan yang
sudah kami capai samada dalam bidang akademik mahupun aspek
pembinaan sahsiah dan seterusnya menganugerahkan
kepada kami kecemerlangan demi kecemerlangan yang lebih
bermakna dalam pelbagai bidang pada masa-masa akan datang.

Ya Allah , Ya Jabbar, Ya Azizz ,


Jadikanlah pelajar-pelajar yang menerima hadiah dan sijil
penghargaan pada hari ini sebagai pelajar-pelajar yang bersyukur di
atas pengiktirafan ini. Dalam erti kata lain, jadikanlah mereka
pelajar-pelajar yang akan sentiasa berusaha dengan gigih dan tekun
untuk meningkatkan potensi dan prestasi mereka dalam bidang
akademik dan juga sahsiah. Kami juga
memohon daripada-Mu Ya Allah agar
majlis anugerah ini akan menjadi sumber inspirasi
kepada pelajar-pelajar lain demi
kecemerlangan dean mengharumkan nama sekolah ini

Ya Allah, Ya Rahman Ya Rahim


Kami juga memohon kepadaMu ya Allah, damaikanlah suasana di sekolah ini. Jauhilah diri
kami dari segala sifat2 mazmumah, sifat2 buruk dan keji. Sifat terlalu mengejar nama,
kedudukan dan keduniaan. Sifat membongkak diri dan mencari kesalahan org lain demi
kepentingn diri.
Sebaliknya yaAllah, damaikanlah hati2 kami dengan segala sifat2 mahmudah, sifat yg baik
dan terpuji. Saling hormat menghormati, bertoleransi dan tolong menolong dalam mendidik
dan menaikkan nama Sek. Keb. Durian Tunggal.

Rabbana atina fiddunya…..

Anda mungkin juga menyukai