Anda di halaman 1dari 2

Doa Selamat

Segala pujian bagi Allah, Tuhan semesta alam. Selawat dan salam kepada
junjungan Rasul dan kepada keluarganya dan para sahabat sekalian. Ya Allah
kami mohon penjagaanMu terhadap agama kami, iman kami, jiwa raga kami,
harta benda kami, keluarga kami dan segala sesuatu yang Engkau kurniakan
kepada kami.
Sesungguhnya Engkau maha berkuasa atas tiap-tiap sesuatu. Ya Allah,
indahkanlah kami dengan kesihatan dan keselamatan, jadikanlah kami benarbenar orang yang bertaqwa, dan beristiqamah, hindarkan kami dari segala
yang mengundang penyesalan baik di masa kini atau di masa akan datang,
sesungguhnya Engkau Maha Mendengar doa (hambaMu)

Ya Allah Ya tuhan kami, Tuhan yang menguasai langit dan bumi. Hanya pada-Mu
sahaja kami panjangkan kesyukuran atas segala rahmat dan berkat-Mu.
Bersempena dengan majlis ini kami mohon inayah dan taufik-Mu. Kurniakanlah
kesejahteraan dan kebahagian serta kesihatan jasmani dan rohani. Bukakanlah hati-hati
kami, lapangkanlah dada kami untuk menerima ilmu dan pengetahuan serta bimbingan
para guru-guru kami yang kami kasihi.
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kami memohon dengan kudrat dan Iradat-Mu. Berikanlah kekuatan dan ketabahan
menghadapi perjuangan kami menimba dan mencari ilmu pengetahuan, anugerahkanlah
kejayaan dan kecemerlangan kepada kami dalam semua ujian dan pencapaian.
Ya Allah Ya Zal Jalali Wal Ikram,
Tambahkanlah kepada kami kecintaan kepada segala kebaikan, Jadikanlah kami, guruguru kami, pemimpin-pemimpin kami terus beristiqamah berkhidmat menabur bakti
membangunkan umat dan masyarakat, bangsa dan agama.

Ya Allah Ya Faaalullimaayurid
Kami memohon kepada-Mu , agar Engkau berkati majlis ini dengan limpahan rahman
dan rahim-Mu, semoga segala usaha kami dalam menjayakan majlis ini mendapat

keredhaan dan hidayah-Mu. Tidak juga lupa kepada para pendidik yang telah lama
menyumbang khidmat dan menabur bakti mereka di tadika yang bertuah ini .
Di saat ini juga kami rafakan tangan kehambaan mengharapkan ihsan-Mu agar Engkau
teruskan dan lanjutkan kecemerlangan yang sudah kami capai sama ada dalam bidang
akademik mahupun aspek pembinaan sahsiah insan dan seterusnya menganugerahkan
kepada kami kecemerlangan demi kecemerlangan yang lebih bermakna dalam pelbagai
bidang pada masa-masa akan datang.
Ya Allah , Ya Ghaniyyu Ya Hamid ,
Jadikanlah pelajar-pelajar yang terpilih untuk mewakili pertandingan bercerita Peringkat
Negeri pada tahun ini sebagai pelajar-pelajar yang bersyukur atas peluang yang
diberikan. Jadikanlah mereka pelajar-pelajar yang akan sentiasa berusaha dengan gigih
dan tekun untuk meningkatkan potensi diri dan prestasi mereka dalam bidang akademik
mahupun ketrampilan peribadi yang luhur. Malah kami memohon daripada-Mu Ya Allah
dengan penuh ketaakulan agar majlis ini akan menjadi katalis dan sumber inspirasi
kepada pelajar-pelajar lain supaya mereka sama-sama mengerah keringat dan
menggembleng tenaga untuk berusaha bersama2 mencapai kecemerlangan demi
mengharumkan nama tadika ini Sejurusnya kepada Bangsa, Agama dan Negara.
Dengan Rahmat Mu Ya Allah, Tuhan Yg Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

Anda mungkin juga menyukai