Anda di halaman 1dari 1

TAZKIRAH : AMALAN DIAMBANG SYAWAL

Susunan semula oleh : Norazam bin Mashudi

Beberapa tip atau perkara-perkara yang wajar dilakukan :-

1. Teruskan dengan amalan-amalan sunnah baki Ramadan - Jumaat (26 Ramadan),


Sabtu (27 Ramadan), Ahad (28 Ramadan), Isnin (29 Ramadan) dan Selasa (30
Ramadan) - Perbanyakan istighfar dan doa.

2. Sedih dan gembira meninggalkan Ramadan - bulan dijanjikan pahala amalan


berlipat kali ganda, bulan turunnya rahmat Allahmencurah-curah dan sebagainya akan tamat.
Gembira kerana bersyukur dapat menamatkan puasa Ramadan dan berjaya menempuh segala
ujian.

3. Berniat istiqamah untuk terus taqarrub (menghampirkan) diri kepada Allah dengan
amalan-amalan fardu dan sunnah.

4. Membayar zakat fitrah.

5. Bertakbir dan bertahmid.

6. Mendirikan solat Aidilfitri.

7. Menyambut hari raya mengikut syariat.

8. Membantu orang susah atau meraikan anak yatim.

9. Puasa enam.

ARAHAN : SILA JAWAB SOALAN DI BAWAH.

1.Apakah nama malam yang lebih baik dari seribu bulan ?

2.Apakah "senjata" yang boleh sampai kepada Allah lebih pantas dari cahaya ?

3.Berapakah nilai zakat fitrah yang perlu dibayar di Selangor dalam Ringgit Malaysia (RM) ?

4.Berapa kali takbir khas rakaat pertama dan kedua dalam solat hari raya aidilfitri ?

5.Berapa nilai ganjaran pahala puasa enam yang diberi oleh Allah s.w.t. ?

6.Mengapa perlu berasa sedih dan gembira bila berakhirnya ramadan dan menjelmanya
Syawal?

Anda mungkin juga menyukai