Anda di halaman 1dari 21

Matlamat

• Untuk memahami apa itu Ramadan dan mengapa Ramadan begitu


istimewa

Kriteria Kejayaan
• Saya boleh senaraikan beberapa fakta tentang Ramadan.
• Saya boleh menerangkan maksud puasa.
• Saya boleh menerangkan kenapa Ramadan begitu istimewa.
• Saya boleh senaraikan beberapa kebaikan penting berpuasa semasa
bulan Ramadan.
Apa Itu Ramadan?
Fikir-Cari Pasangan-Berkongsi.
Fikirkan tentang soalan-soalan ini dan bincangkan jawapan dengan
pasangan anda.

• Apa itu Ramadan?

• Apa itu puasa?

• Mengapa Ramadan begitu istimewa?


Apa Itu Ramadan?
Ramadan adalah bulan kesembilan dalam kalendar Islam.
9
Kalendar Islam berdasarkan
bulan qamari dan juga
dikenali sebagai takwim. Ini
bermaksud bahawa kalendar
mengikut peredaran bulan,
bukan matahari.

Ramadan bermula ketika


kita melihat bulan baru
dalam bentuk bulan sabit
di langit.
Kalendar Islam Ada
Beberapa Bulan?

Terdapat 12 bulan dalam


kalendar Islam, seperti dalam
kalendar Gregorian.

Kita sekarang berada dalam


bulan Islam ke-berapa?
Apa Itu Puasa?
Ramadan juga merupakan bulan puasa. ‘Shiyam’ bermaksud
berpuasa dalam bahasa Arab.

Puasa di bulan Ramadan adalah salah Puasa


satu daripada lima rukun Islam.
5
Berpuasa adalah ketika kita tidak makan atau
minum dari Fajar (subuh) sehingga Maghrib
(matahari terbenam).

Umat ​Islam dewasa yang sihat harus berpuasa pada bulan Ramadan.

Berpuasa adalah cara menyembah Allah dengan tidak makan atau


minum. Kita juga patut menjauhkan diri daripada perbuatan buruk
ketika kita berpuasa dan melakukan lebih banyak amalan baik.
Mengapakah Kita Berpuasa?
Berpuasa mengajar kita supaya bersabar, berdisiplin dan bersyukur
atas nikmat Allah.

Apabila kita berpuasa dan dapat mengawal diri


daripada memakan atau meminum, ini akan
membantu melatih kita untuk mengawal tabiat
buruk atau perbuatan buruk. Ini akan
membantu kita menjadi umat Islam yang lebih
baik.

Bolehkah anda memikirkan contoh-contoh


kita boleh tinggalkan tabiat buruk atau
perbuatan buruk?
Syarat Wajib Puasa :

1. Islam
2. Baligh
3. Berakal
4. Sihat
5. Bermukim (Tidak Musafir)
6. Suci (Dari Haid Dan Nifas)
Syarat Sah Puasa :

1. Islam
2. Berakal & Mumayyiz
3. Suci (Dari Haid Dan Nifas)
4. Nyata masuknya bulan
Ramadhan
Rukun-Rukun Puasa :

1. Orang Yang Puasa


2. Berniat
3. Menahan Diri Daripada
Perkara Yang
Membatalkan Puasa
Perkara Yang Membatalkan Puasa :

1. Makan Dan Minum Dengan Sengaja


2. Memasukkan Dengan Sengaja Benda
Ke Dalam Rongga Yang Terbuka
3. Muntah Dengan Sengaja
4. Keluar Haid & Nifas
5. Gila
6. Murtad
7. Keluar Mani Dengan Sengaja
8. Bersetubuh Di Siang Hari
Perkara Sunat Ketika Puasa :

1. Segera Berbuka Puasa


2. Berbuka Dengan Kurma/Juadah Manis
3. Baca Doa
4. Melambatkan Bersahur
5. Banyakkan Baca Al-Quran, Berzikir,
Berselawat Dan Membuat Amal Kebajikan
6. Sentiasa Bersedekah
7. Jauhkan Diri Daripada Bercakap Perkara
Yang Sia-Sia Dan Perbuatan Yang Tidak
Membawa Manfaat
8. Mandi Junub Lebih awal Sebelum Masuk
Waktu Subuh
Makruh Ketika Puasa :

1. Bersuntik
2. Berbekam
3. Berkumur-Kumur
4. Memasukkan Air Ke Dalam
Rongga Hidung Secara Berlebihan
5. Mandi Yang Berlebihan
6. Rasa Makanan Di Hujung Lidah
Mengapakah Bulan Ramadan
Begitu Istimewa?
Sepanjang bulan Ramadan, kita berpeluang memperolehi banyak
pahala apabila kita melakukan amalan baik.

Sekiranya kita melakukan amalan baik pada bulan Ramadan,


ganjarannya akan berlipat ganda berbanding dengan amalan baik
yang sama yang dilakukan pada bulan biasa. Allah juga akan
menghapuskan dosa-dosa kita.

Pada bulan biasa. Pada bulan Ramadan.


Pahala x1 Pahala x7
Hadith
Nabi Muhammad SAW bersabda,
“Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadan atas dasar iman
dan mengharapkan pahala daripada Allah, maka Allah akan
mengampuni semua dosa-dosanya yang lalu.
Dan barangsiapa yang beribadah sepanjang malam Ramadan atas
dasar iman dan mengharapkan pahala daripada Allah, maka Allah
akan mengampuni semua dosa-dosanya yang lalu.
Dan barangsiapa yang beribadah sepanjang malam Lailatul Qadar
atas dasar iman dan mengharapkan pahala daripada Allah, maka
Allah akan mengampuni semua dosa-dosanya yang lalu.”
- Riwayat Al-Bukhari dan Muslim.
Apakah Malam Lailatul Qadar?
Lailatul Qadar atau Malam Penuh Keberkatan
merupakan satu malam yang khusus terjadi pada
bulan Ramadan.

Ini adalah malam ketika Al-Quran pertama kali


diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW.

Malam ini datang pada salah satu daripada sepuluh malam terakhir bulan
Ramadan. Kita patut bersolat dengan lebih bersungguh-sungguh pada
malam ini kerana pahala beribadah pada malam teristimewa ini sama
dengan pahala jika kita bersolat selama 1,000 bulan!

ANSWER
Berapa tahun itu?
83.333 TAHUN!
Apakah Faedah Berpuasa?
Bulan Ramadan adalah bulan ibadah dan latihan bagi kita. Ini adalah
peluang besar untuk meminta pengampunan daripada Allah. Berikut adalah
beberapa faedah paling penting berpuasa pada bulan Ramadan:

1 Untuk mendapat pahala dan pengampunan Allah

2 Untuk melatih diri kita supaya mempunyai lebih kesabaran

3 Untuk melatih diri kita supaya meningkatkan kawalan diri

4 Untuk menjadi lebih rendah diri dan


syukur atas nikmat Allah

5 Supaya mempunyai badan yang lebih sihat


dan minda yang lebih kuat
Apakah Yang Boleh Kita Buat Semasa Ramadan?
Untuk memanfaatkan bulan istimewa ini, anda boleh melakukan
perkara berikut:
1 Berpuasa dari subuh hingga
matahari terbenam

2 Lebih banyak bersolat

3 Lebih kerap membaca Al-Quran

4 Melepaskan tabiat buruk

5 Melakukan lebih banyak kerja amal


Renungan
Senaraikan matlamat Ramadan anda.

Untuk bulan Ramadan ini, senaraikan lima amalan baik yang anda ingin
lakukan dan lima tabiat buruk yang anda ingin memberhentikan.

Matlamat Ramadan Saya


Matlamat
• Untuk memahami apa itu Ramadan dan mengapa Ramadan begitu
istimewa

Kriteria Kejayaan
• Saya boleh senaraikan beberapa fakta tentang Ramadan.
• Saya boleh menerangkan maksud puasa.
• Saya boleh menerangkan kenapa Ramadan begitu istimewa.
• Saya boleh senaraikan beberapa kebaikan penting berpuasa semasa
bulan Ramadan.

Anda mungkin juga menyukai