Anda di halaman 1dari 4

ADAB ADAB PUASA Adab bermaksud perlakuan yang terpuji,sopan,hormat dan beretika.

Semenjak dari kecil kita telah diajar oleh ibu dan bapa kita tentang adab.Beberapa contoh adab yang selalu kita amalkan ialah adab ketika bercakap,adab berpakaian,adab sebelum tidur dan adab makan dan minum.Berkait dengan makan dan minum,janganlah kita lupa bahawa bulan Ramadhan akan datang dalam masa beberapa hari sahaja lagi.Umat islam akan mula menjalani ibadah yang wajib iaitu berpuasa disepanjang bulan Ramadhan. Puasa dari segi syarak bermaksud menahan diri daripada makan dan minum serta melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa iaitu dari terbit fajar sadiq hingga terbenam matahari. Maksud puasa dari segi bahasa ialah menahan diri daripada sesuatu. Bulan Ramadhan bakal menjelang tiba tidak lama lagi. Bulan mulia ini hanya datang setahun sekali ini sahaja.Marilah kita berusaha agar menjadi seorang Muslim yang lebih bertaqwa. Bulan di mana pintu-pintu syurga dibuka, pintu-pintu neraka ditutup dan syaitan-syaitan dibelenggu. Inilah masa untuk melatih hawa nafsu dan mendisiplinkan diri kita. Bagi mendapat pahala puasa yang sempurna kita haruslah mengamalkan adab-adab berpuasa seperti yang dituntut oleh agama islam yang sebenarnya.

1. Niat yang betul.


Niat yang benar-benar ikhlas berpuasa kerana Allah.Barulah puasa kita diterima di berkati oleh Allah SWT.Bukan dengan niat ingin mendapat wang atau takut tidak boleh makan bersama keluarga ketika berbuka puasa.Cara membaca niat yang betul ialah


Niatnya: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.

2. Bersahur.
Bersahur adalah satu amalan yang dilakukan oleh baginda rasulullah s.a.w. Bersahur dapat memberikan faedah yang begitu besar kepada manusia.Dengan bersahur kita akan berasa lebih bertenaga pada hari esoknya. Oleh yang demikian, Nabi menggalakkan umatnya bersahur walaupun dengan meminum segelas air dan memakan sebiji buah tamar(kurma)

3. Melewatkan bersahur.
Nabi Muhammad s.a.w. menggalakkan umatnya supaya melewatkan bersahur kerana perkara demikian dapat memberikan kekuatan kepada orang yang berpuasa dan dapat memperoleh keberkatan yang banyak..

4. Tidak membazir ketika bersahur dan berbuka.


Mengurangkan makan dan minum sewaktu berbuka dan bersahur. Orang yang berpuasa tidak akan dapat faedah berpuasa apabila gelojoh sewaktu berbuka dan sewaktu bersahur. Penyediaan makanan yang berlebihan dan lebih istimewa pada bulan puasa berbanding bulan-bulan yang lain, membuka ialah jalan untuk menambah selera dan memenuhi hawa nafsu. Maka puasa tiada lagi berfungsi sebagai pemotong hawa nafsu atau mematahkan syahwat yang berlebihan.

5. Mengawal anggota ketika berpuasa


Mengawal anggota kita ketika berpuasa daripada melakukan maksiat kepada Allah 1. Menjaga mata daripada memandang kepada perkara-perkara yang haram. 2. Menjaga lidah daripada percakapan yang sia-sia dan membiasakannya dengan berzikir, membaca Al- Quran dan sebagainya. 3. Menjaga pendengaran daripada perkara yang memudaratkan.Mendengar orang mengumpat. 4. Menahan tangan dan kaki daripada perkara yang syubhah dan melalaikan. 5. Tidak makan terlalu banyak.

6. Mengurangkan tidur terutama di siang hari. Kebanyakan antara kita mencari-cari jalan untuk tidur agar tidak keletihan berpuasa. Ini boleh menghilangkan rahsia dan hikmah puasa yang sebenarnya. Sepatutnya, keletihan dan kesusahan yang harus kita harungi dan kita hayati.
Diriwayatkan oleh Ibnu Khuzaimah dari Abu Hurairah dan Al-Thabrani dan Ibnu Umar bahawa Rasulullah bersabda:Beberapa ramai orang yang berpuasa, hasil yang diperolehi daripada puasanya hanyalah lapar dan dahaganya sahaja. Dan berapa orang yang sembahyang malam, hasil yang diperolehi darinya hanyalah berjaga malam sahaja.

6. Memperbanyakkan amalan kebaikan.


Disunatkan memperbanyakkan amalan-amalan yang baik ketika berpuasa. Seperti berzikir kepada Allah, berdoa memohon ampun kepada Allah, membaca Al -Quran, memperbanyakkan sedekah, menyediakan makanan untuk orang berbuka puasa bagi mendapat pahala yang begitu banyak,

mengukuhkan amalan silaturrahim dan segala amalan-amalan yang baik. Menahan hati daripada memikirkan keinginankeinginan yang remeh dan urusanurusan yang tidak baik.Contohnya memikirkan persediaan-persediaan menyambut hari raya yang kadangkala lebih banyak diselaputi kemewahan. Sepatutnya puasa mendorong kita menghindari sikap itu. Kita juga sepatutnya sentiasa memikirkan azab akhirat dan seksa neraka. Hendaklah kelaparan dan kehausan itu mengingatkan kita tentang kelaparan dan kehausan ahlul mahsyar pada hari akhirat yang sangat dahsyat.

7. Menyegerakan berbuka.
Amalan ini merupakan sunnah Rasulullah yang telah memerintahkan semua umatnya supaya menyegerakan berbuka .Dengan menyegerakan berbuka dapat memberikan kegembiraan kepada orang yang berpuasa dan meringankan tubuh badan daripada keletihan. Oleh yang demikian, Rasulullah menyegerakan berbuka sebelum daripada solat Maghrib.

8. Berdoa ketika berbuka.


Berdoa ketika berbuka sebagaimana yang telah dilakukan oleh Rasulullah sebagaimana

9. Menjauhi perkara yang merosakkan puasa.


Menjauhkan diri daripada melakukan perkara yang dapat merosakkan puasa seperti tidak berlebihan ketika berkumur dan memasukkan air ke dalam hidung ketika berwudhuk kerana dikhuatiri air masuk ke dalam rongga dan sekali gus dapat merosakkan puasa.

10. Berusaha mendapatkan Lailatul Qadar .


Berusaha sedaya upaya untuk mendapatkan malam Lailatul Qadar kerana malam tersebut mempunyai kelebihan yang begitu besar.Dengan melakukan ibadat seperti sembahyang sunat dan berzikir sepanjang malam malam yang dijangka akan berlaku malam Lailatul Qadar. KESIMPULANNYA

Imam Ghazali berkata dalam kitabnya :


Adab-adab berpuasa ialah memilih makanan yang baik (halal), meninggalkan bermujahadah (bertengkar perkara sia-sia), menjauhi daripada mengumpat. menjauhi kesalahan, hindari daripada

takabbur, sentiasa dalam keadaan tenang, menjauhi daripada berdusta, menjauhi daripada menyakiti orang lain, dan menjaga segala anggota daripada melakukan perkara-perkara yang keji.

Anda mungkin juga menyukai