Anda di halaman 1dari 3

TAZKIRAH RAMADHAN MINGGU KEDUA

PROGRAM IHYA’ RAMADHAN 2023/2024


PANITIA PENDIDIKAN ISLAM DAN BAHASA ARAB SK BELIMBING DALAM

TAJUK: BAGAIMANAKAH CARA MENDAPAT PUASA RAMADHAN BERKUALITI?

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang amat ditunggu-tunggu


oleh umat Islam. Ramadhan merupakan bulan melipatgandakan ibadah.
Sebab itu, Ramadhan bukanlah bulan yang melemahkan fizikal, mental
dan rohani kita. Bulan Ramadhan juga bukanlah alasan kita merasa
malas dan lemah dalam melakukan ibadah dan aktiviti seharian
sepertimana pada bulan-bulan sebelum Ramadhan.

Seharusnya bulan Ramadhan menjadi sebab kita menambahkan


semangat dan bersungguh dalam mengerjakan ibadah disamping aktiviti
kehidupan harian kita. Kita mahu Ramadhan kali ini akan menjadi bulan
yang lebih baik dan terbaik bagi kita. Oleh itu, ada enam langkah untuk
kita mencapai Ramadhan yang cemerlang dan lebih bermakna.

1. Betulkan niat.
Niat dari hati yang ikhlas dan bersungguh dalam beribadah dan
melakukan aktiviti harian yang lain. Kemudian lakukan muhasabah diri
setiap hari bagi mendapatkan impak yang berbeza. Jangan lupa banyak
berdoa agar Ramadhan kali ini lebih cemerlang dan lebih bermakna
pada kita. Selitkan sekali harapan dan takut selepas melakukan ibadah.

2. Pengurusan masa.
Ibadah dan aktiviti di bulan Ramadhan tentu akan berbeza dengan
apa-apa yang kita lakukan sebelum ini. Oleh itu, kita harus membina
jadual bagi menguruskan masa dan tenaga kita sepanjang Ramadhan.
Buatlah rancangan tersebut pada malam sebelumnya. Pilihlah tiga atau
empat ibadah dan aktiviti penting yang ingin dilakukan pada hari esok.
Sebaiknya buatkan catatan dalam buku harian atau buku khusus.

1
TAZKIRAH RAMADHAN MINGGU KEDUA
PROGRAM IHYA’ RAMADHAN 2023/2024
PANITIA PENDIDIKAN ISLAM DAN BAHASA ARAB SK BELIMBING DALAM

3. Jauhi melakukan perkara yang sia-sia.


Hendaklah kita menjaga pertuturan, tingkah laku dan hati dari
perkara-perkara yang akan mengurangkan pahala puasa kita. Puasa
bukan hanya sekadar untuk menahan diri dari lapar dan dahaga sahaja.
Berusaha dan mendidik diri kita agar tidak melakukan tiga perkara ini
iaitu; melazimi dosa kecil dan besar, kerap melakukan perbuatan sia-sia
dan menjauhi sifat tercela. Insya-Allah hidup kita akan tenang dan
bahagia sepanjang bulan Ramadhan ini.

4. Jangan pernah remehkan sahur.


Cuba bangun awal sekurang-kurangnya satu atau dua jam
sebelum fajar untuk bersahur. Pilihlah makanan dan minuman yang
sihat dan sesuai untuk diri kita supaya siang esoknya tetap berdaya
saing dan bertenaga. Salah satu tanda kita mendapat manfaat puasa
Ramadhan antaranya, kita mengurangkan kuantiti makanan dan
minuman disamping melipatgandakan ibadah lebih daripada bulan lain.

5. Rehat yang berkualiti.


Tidak cukup rehat boleh menjadikan kita kurang fokus. Hal ini
boleh mempengaruhi produktiviti amalan kita. Oleh itu, cuba kita cari
sedikit masa untuk dapatkan tidur pada waktu siang. Amalkan tidur lebih
kurang 20 hingga 30 minit sebelum atau selepas Solat Zuhur. Amalan ini
merupakan salah satu cara untuk mengecas kembali tenaga kita.

6. Merancang sepanjang bulan Ramadhan.


Menyusun semula dan mengutamakan ibadah dan aktiviti yang
hendah dilaksanakan pada bulan Ramadhan. Nyatakan sasaran dan
objektif yang ingin dicapai. Hal ini dapat membantu kita melaksanakan
apa-apa yang lebih utama dalam kegiatan seharian kita dengan mudah.

2
TAZKIRAH RAMADHAN MINGGU KEDUA
PROGRAM IHYA’ RAMADHAN 2023/2024
PANITIA PENDIDIKAN ISLAM DAN BAHASA ARAB SK BELIMBING DALAM

5 SOAL JAWAB PUASA RAMADHAN

S1. Apakah pengertian puasa?

J1. Menahan diri daripada makan dan minum dan daripada segala
perbuatan yang boleh membatalkan puasa mulai dari terbit fajar
hinggalah terbenam matahari.

S2. Apakah hukum Puasa Ramadhan?

J2. Wajib bagi mereka yang memenuhi syarat puasa.

S3. Sebutkan syarat-syarat wajib berpuasa?

J3. Orang islam, cukup umur, berakal, berkemampuan dan bermukim.

S4. Siapakah yang tidak diwajibkan berpuasa di bulan Ramadhan?

J4. Orang sakit, ibu mengandung, ibu yang menyusukan anak, kanak-
kanak, orang tua yang tidak mampu berpuasa, orang yang musafir dan
orang yang melakukan pekerjaan berat.

S5. Apakah perbuatan yang membatalkan puasa?

J5. Antaranya makan dan minum dengan sengaja, muntah dengan


sengaja, keluar darah haid dan nifas, gila, pitam atau mabuk sepanjang
hari dan murtad.

Anda mungkin juga menyukai