Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KERJA

MEMOHON SUMBANGAN
PENGHAWA DINGIN SURAU
AL FIRDAUS SMA DATO’ HAJI
TAN AHMAD, SIMPANG
DURIAN, NEGERI SEMBILAN
1.0 PENGENALAN

Surau merupakan aset penting dan amat sinonim dengan sekolah terutamanya sekolah-
sekolah agama. Surau sekolah merupakan tempat melaksanakan ibadat solat dan
menjalankan kegiatan amali pendidikan Islam di sekolah-sekolah . Ia bertujuan untuk
menanamkan semangat mencintai agama dan mengukuhkan pengajaran dan
pembelajaran pendidikan Islam serta meningkatkan penghayatan Islam di kalangan para
pelajar. Hasrat ini telah digariskan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia pada 1989 dan
telah menetapkan bahawa surau-surau sekolah bukan sahaja sebagai tempat pelajar
untuk menunaikan solat, tetapi lebih kepada untuk menjadi “Makmal Pendidikan Rohani.”

Oleh kerana surau sekolah terletak di kawasan sekolah yang merupakan pusat keilmuan
maka sewajarnya ianya boleh digunakan sepanjang masa oleh para pelajar dan guru bagi
aktiviti-aktiviti pendidikan Islam. Ini selaras dengan hasrat matlamat Pendidikan Islam untuk
membentuk muslim yang berilmu, beriman dan beramal salih dan berkeperibadian mulia
ke arah melengkapkan diri serta bertanggungjawab sebagai hamba dan khalifah Allah
yang bertakwa.

2.0 RASIONAL

Berikutan pertambahan halaqah pelajar bagi hafazan AlQuran, penghawa dingin sedia
ada tidak mampu menampung keperluan pengaliran udara yang segar di dalam surau
tersebut.

Tambahan lagi, surau ini juga telah memohon untuk kelulusan bagi menunaikan solat
jumaat dari pihak Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan(JAINS) kerana para pelajar
tidak dibenarkan untuk keluar dari sekolah kerana wabak COVID 19.

Sehubungan itu, Surau Al Firdaus ini memerlukan beberapa penambahbaikan


terutamanya dari sudut keceriaan, fasiliti serta infrastruktur agar sesuai dengan
keperluan para pelajar yang akan terlibat dalam sesi PDPC serta solat jumaat yang
akan diadakan di surau ini dan aktiviti ibadah dapat dilaksanakan dengan lebih
bersemangat.
3.0 OBJEKTIF

3.1 Melahirkan suasana kondusif dan menjadi tempat pilihan utama para pelajar
untuk belajar dan menenangkan jiwa.
3.2 Menaikkan imej surau sesuai dengan peranan sekolah agama.

4.0 AHLI JAWATANKUASA

PENGETUA
Pn. Rohani Binti Daharun
Pengetua SMADATA

GURU PENOLONG KANAN PENTADBIRAN DAN AKADEMIK


Pn. Baizurah Binti Jamal Rashid

GURU PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID


En. Mohd Razip Bin Adam

GURU PENOLONG KANAN KOKURIKULUM


Pn. Nazlina Binti Sadali

SETIAUSAHA SURAU
Pn. Fadzilah Binti Abdul Haliff

5.0 IMPLIKASI KEWANGAN

BIL PERKARA JUMLAH RM SUMBER


3 Penghawa RM1750 X 4 SET RM 7,000.00 Sumbangan
Dingin 1.5hp

JUMLAH RM 7,000.00
Tiada peruntukan khusus bagi pemasangan penghawa dingin tambahan di Surau Al
Firdaus ini. Antara inisiatif yang akan dilakukan adalah:

5.1 Menubuhkan tabung khusus pembangunan Surau Al Firdaus SMADATA.


5.2 Menubuhkan satu jawatankuasa khusus serta melantik pegawai kewangan
sebagai wakil kutipan dana bagi tujuan membuat edaran surat dan kertas
kerja memohon sumbangan ke syarikat-syarikat korporat.
5.3 Memohon wakaf/sumbangan ikhlas orang ramai/organisasi dengan
kebenaran Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan.
5.4 Sumbangan peribadi dari kalangan ibubapa pelajar.
6.0 PENUTUP

Diharapkan agar permohonan ini mendapat perhatian, disokong dan diluluskan oleh pihak tuan.

Disediakan oleh, Disokong oleh,

Fadzilah Abdul Haliff


Setiausaha Surau Al Firdaus

Anda mungkin juga menyukai