Anda di halaman 1dari 2

DOA SEMPENA MAJLIS PENUTUP KURSUS KEBITARAAN PEMBIMBING RAKAN

SEBAYA (PRS) TAHAP BONGSU SEKOLAH RENDAH NEGERI MELAKA TAHUN 2017

.‫الر ِحْي ِم‬ ٰ


َّ ‫ِ ْس ِم اللّ ِه الرَّمْح ٰ ِن‬
‫الساَل ُم َعلَى َسيِّ ِدنَا حُمَ َّم ٍد َو َعلَى آلِِه‬
َّ ‫ َوالصَّاَل ةُ َو‬، َ ‫العاقِبَةُ لِْل ُمت َِّقنْي‬ ِ ‫ب‬
َ ‫ َو‬، َ ‫العالَمنْي‬
ِِ
َ ِّ ‫اَحْلَ ْم ُد للَّه َر‬
. َ ‫َص َحابِِه أَمْج َعِنْي‬
ْ ‫َوأ‬
Ya Allah Ya Tuhan Kami,

Kami merafakkan kesyukuran di atas keizinan-Mu untuk kami berkampung selama 1 hari
dalam KURSUS KEBITARAAN PEMBIMBING RAKAN SEBAYA (PRS) TAHAP BONGSU
SEKOLAH RENDAH NEGERI MELAKA TAHUN 2017 . Kami juga bersyukur kerana Engkau
mengizinkan kami menghadirkan diri , emosi dan roh kami sehingga dapat menyelesaikan
kursus ini dengan jayanya .

Ya Munzilar Rahmat wa Ya Fatihal Barakat ,

Kembangkanlah lembayung dan gelombang rahmat-Mu kepada kami , ibu bapa kami ,
keluarga kami , guru-guru kami , anak-anak didik kami di sekolah , sahabat-sahabat
seperjuangan dalam bidang pendidikan .

Ya Allah , Qaadhial Hajat ,

Perbaikilah segala kekurangan diri kami , jernihkanlah mata hati dan nurani kami,
lembutkanlah hati-hati kami dan tunjukkanlah kami jalan yang membawa keselamatan dan
keharmonian dalam menyelesaikan masalah dan tugas-tugas serta tanggungjawab yang
diamanahkan kepada kami.

Ya Allah kurniakanlah Kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah diri kami
dengan sifat lemah-lembut, dan muliakanlah kami dengan ketaqwaan dan indahkanlah diri
kami dengan kesihatan yang baik.

Ya Allah berilah keberkatan kepada guru-guru yang membimbing kami dengan bersungguh-
sungguh di dalam program ini agar kami dapat tampil sebagai Pembimbing Rakan Sebaya
yang berwibawa. Juga kepada seluruh yang terlibat bagi menjayakan Program pada hari ini.

‫صلَّى ال ٰلّ ِه َعلَى َسيِّ ِدنَا‬ ِ ِ ُّ ‫َربَّنَا ءَاتِنَا ىِف‬


َ ‫الد ْنيَا َح َسنَة ً َوىِف اأْل َخَر ِة َح َسنَة ًَوقنَا َع َذ‬
َ ‫ َو‬.‫اب النَّا ِر‬
. َ ‫العالَ ِمنْي‬ ‫ب‬
ِّ ‫ر‬ ِ ّ‫ واحْل م ُد لِٰل‬،‫حُم َّم ٍ<د وعلَى آلِِه وصحبِ ِه وسلَّم‬
‫ه‬
َ َ َْ َ َ َ َ ْ َ َ ََ َ

َّ ‫ ياَ َر‬،‫ ِآمني‬،‫ِآمني‬


. َ ‫ب الْ َعالَ ِمنْي‬

Anda mungkin juga menyukai