Anda di halaman 1dari 1

DOA SEMPENA

PROGRAM CERAMAH PENCEGAHAN JENAYAH


__________________________________________________________________





Ya Allah Ya tuhan kami, tuhan yang menguasai langit dan bumi. Hanya padamu sahaja kami
panjangkan kesyukuran atas segala rahmat dan berkatMu.
Bersempena dengan program pada pagi ini, kami mohon inayah dan taufikMu. Kurniakanlah
kesejahteraan dan kebahagian serta kesihatan jasmani dan rohani. Bukakanlah hati-hati kami,
lapangkanlah dada kami untuk menerima ilmu dan pengetahuan serta bimbingan para guru-guru
kami yang kami kasihi.
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, Sesungguhnya engkau Maha Mengetahui bahawa kami di sini
ingin menimba ilmuMu yang sangat luas bagi mengembangkan potensi kami sebagai hambaMu
yang engkau redhai. Kami juga memohon dengan kudratMu dan IradatMu. Berikanlah kekuatan
dan ketabahan menghadapi perjuangan kami menimba dan mencari ilmu pengetahuan,
anugerahkanlah kejayaan dan kecemerlangan kepada kami dalam semua ujian dan pencapaian.
Ya Allah Ya Zal Jalali Wal Ikram, Tambahkanlah kepada kami kecintaan kepada segala kebaikan,
Jadikanlah kami, guru-guru kami, pemimpin-pemimpin kami terus beristiqamah berkhidmat
menabur bakti membangunkan umat dan masyarakat, bangsa dan agama.
Ya Allah Ya tuhan kami jadikanlah negara kami sebuah negara yang mendapat limpahan rahmat
dan nikmat. Kekalkanlah keamanan dan kemakmuran sepanjang zaman.

Anda mungkin juga menyukai