Anda di halaman 1dari 8

Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian Alam

Selawat dan salam


ke atas Nabi Junjungan Muhammad S.A.W



Kami mengangkat tangan menadah
Mohon diberi taufik dan inayah
Agar Istiadat Konvokesyen UiTM Terengganu kali ke 74 berjalan gah
sampai ke penghujung tanpa masalah



Pada pihak pengurusan
Dari atasan hingga yang dibawahan:
Tetapkan keimanan
Kekalkan kesihatan
Tajamkan pemikiran
Waraskan tindakan
Cantikkan keperibadian
Kentalkan semangat dalam didikkan



Pada ibubapa yang memenuhi ruangan dewan:
Tiada lafaz yang mampu diucapkan
Selain Pujian Kesyukuran
Tatkala doa dimakbulkan
Melihat anak dengan jubah kejayaan
Hilang seluruh kepenatan
Berbaloi segala pelaburan

Dari kami graduan yang diraikan:


Bersyukur di setiap hikmah pemberian
Dari kepayahan membawa kemudahan
Dari kesusahan membawa kesenangan

Dari kegelapan membawa sinar dan harapan



Dengan izinMu jua
Kami melangkah ke Universiti Teknologi MARA tercinta

Dengan izinMu jua


Segala ranjau onak dapat di atasi akhirnya

Dengan izinMu jua


segulung warkah digenggam kami sebagai hasilnya

Dengan izinMu jua


Semua pihak tersenyum ceria

Dan
Dengan izinMu jua

Air mata gembira


Mengalir tanpa disengaja



Limpahkan ganjaran
Mereka yang memberikan sokongan
Juga yang memberi dokongan
Biarpun kecil dalam sumbangan



Titipkan setinggi-tinggi penganugerahan
Pada ibu yang melahirkan:
Kasih sayang berpanjangan
Kerna dia yang menghayun buaian
Menjaga siang dan malam

Pada bapa yang membesarkan:


Kecekalan dan kesabaran
Kerna dia membanting tulang
Mencari rezeki memberi suapan

Pada guru yang menyampaikan:


Kerahmatan berterusan
Kerna dia ilmu bertebaran
Dalam usaha memberi kefahaman

Pada pihak pemberi sokongan:


Keikhlasan dalam setiap amalan
Kerna sokongan menambah kekuatan
Dalam meniti liku-liku kehidupan

Dan
Pada Universiti Teknologi Mara tercinta khususnya:
Curahkan rahmat yang tidak terhingga
Kerna Berjuang Mengubah destini anak bangsa
Menjadi warga berjaya dan berjasa
Menobat agama dipersadanya

Hindarkan Ya Allah
Hindarkan Ya Allah kejayaan hari ini
Menjadikan kami lupa diri
Tidak mengenal erti budi
Akhirnya akan membinasakan diri

Hindarkan Ya Allah kejayaan yang dikecapi


Menjadikan bongkak takbur diri
Lupa pada ikrar dan janji
Pastinya akan memudarat diri sendiri

Ya Allah
Janganlah kerna ilmu sedikit yang dimiliki
Menjadikan kami rasa tinggi diri
Sebaliknya suburkan sifat rendah diri
Dengan sentiasa memujiMu Ilahi

Dalam pepatah ada ungkapan

Bumi mana tidak ditimpa hujan


Setiap insan menanggung kesalahan
PadaMu Ya Allah mohon keampunan

Akhirnya Ya Allah
Ampuni dosa kami
Ampuni dosa kedua ibubapa kami
Ampuni dosa guru-guru kami
Dan Ampuni dosa muslimin muslimat yang dikasihi



Teks 2

DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA


MENGASIHANI

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim,


Segala puji hanya untuk Mu Ya Allah, selawat dan salam ke atas
junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Kepada sekalian keluarga,
sahabat dan seluruh kaum Muslimin sekalian. Kami berhimpun di
dewan yang indah dipagi yang gilang gemilang dan penuh berkat
ini, dalam suasana kusyuk dan tawadduk, kami mohon limpah
kurnia, inayah dan riayah, taufik dan hidayah agar kami dikurniakan
kesihatan dan kekuatan, tekad dan azam dalam melaksanakan
tugas dan amanah yang dipertanggungjawabkan.

Ya Allah Ya Aziz Ya Ghaffar,


Kami sentiasa menadah tangan memohon restu dari Mu Ya Allah
untuk kedua ibu bapa kami yang telah memelihara, membesar dan
mendidik kami ke jalan yang Kau redhai, bebaskanlah mereka
daripada azab seksa kubur dan azab sengsara neraka, kurniakanlah

nikmat secukupnya, kesihatan sepanjang hayatnya, rahmat


selengkapnya. Tempatkanlah mereka bersama orang yang
mendapat keampunan, bersama-sama para Auliya, Syuhada dan
Ambia.

Ya Allah Ya Zalfadli Wal Imtinan,


Tuhan yang mempunyai kemuliaan dan kebesaran, anugerahilah
azam yang tinggi, kemuliaan budi ke atas para pendidik yang telah
mencurahkan tenaga dan idea dalam kepayahan dan keperitan
mendidik kami memecahkan kegelapan dan kejahilan yang
menyelubungi pemikiran dan hati kami dan menerangi dengan
cahaya ilmu dan amal sehingga kami berjaya ke menara yang
tinggi, jadikanlah kegigihan dan keikhlasan mereka itu untuk
menambahkan kekuatan dan ketinggian martabat mereka sebagai
ahli ilmuan yang ulung di negara kami yang bertuah ini.

Yang Allah Ya Zaljudi Wal Ikram,


Berikanlah kami kekuatan dan keyakinan serta tingkatkanlah azam
kami agar ilmu yang telah Engkau kurniakan dapat kami
pergunakan dengan sebaik-baiknya, penuh jujur dan dedikasi
semata-mata ke arah membina satu tamadun yang berasaskan
kepada wawasan negara, bangsa dan agama.

Teks 3

Ya, Allah, sesungguhnya kami hamba-hamba-Mu yang kerdil ini merafakan tangan
memohonrestu-Mu dengan penuh rasa kesyukuran dan rendah diri mengharapkan
keredaan dari-Mu. Padapagi yang penuh keberkatan dan kemuliaan ini, kami
berhimpun bersempena Majlis Graduasi bagitahun 2009 mengharapkan
sepenuhnya, keredhaan dari-Mu, taufiq dan inayah, salamah danriayah, semoga
perhimpunan ini mendapat sepenuhnya perlindungan dari-Mu ya Allah.Wahai Tuhan
yang telah mengajarkan Ibrahim akan hikmah, wahai Tuhan yang
memberikefahaman kepada Sulaiman dengan sebaik-baik kefahaman. Maka Engkau
(Allah) berikan kepadaNabi Sulaiman kefahaman hokum yang tepat, dan
Engkau telah memberikan kepada Daud danSulaiman hikmat kebijaksanaan
dan ilmu yang banyak, dan Engkau mempermudahkan gunung-gunung dan
unggas memuji-Mu ya Allah bersama-sama Daud. Maka keluarkan kami ya Allah,
darikegelapan, kejahilan dan sifat lupa dengan rahmatMu ya Allah, wahai Tuhan yang
Maha PengurniaRahmat.


.
.
Ya Allah, kurniakan kepada kami kefahaman umpama para nabi, kekuatan
ingatan umpama para rasul.Kurniakanlah kepada kami ilham umpama ilham
para malaikat yang hamper dengan-Mu ya Allah, wahaiTuhan sebaik-baik
pemberi rahmat.


.
) (
Ya Allah, bukakanlah kepada kami pintu pengetahuan dan mantapkanlah
kami dalammemahami agama-Mu juga ilmu tentang kalam-Mu ya Allah.
Permudahkanlah kami dalammenjawab soalan-soalan peperiksaan, (3x) semoga
kami mampu menjadi hamba-hamba-Muyang mendapat kejayaan di dunia dan
akhirat
Teks 4
















Kami memanjatkan kesyukuran kepada-Mu kerana mengizinkan kami
untuk berada dalam istiadat Konvokesyen Tahun 6, SK Seri Taman
Kluang Barat, 2011













Kami memohon kepada-Mu Ya Allah , agar Engkau berkati majlis ini.
Semoga segala usaha kami dalam menjayakan majlis ini mendapat
keredhaan dan hidayah-Mu.

Di saat ini kami rafakan tangan kehambaan mengharapkan ihsan-Mu


memberkati anak didik kami yang sekarang ini berada di penghujung
perjalanan sebagai pelajar yang bergelar murid sekolah rendah.
Sesungguhnya liku-liku perjalanan yang bermula dari Pra Sekolah 6
tahun yang lalu kini intan payung kesayangan kami, intan payung
kesayangan ayahbonda sedang berada di ambang perpisahan.









Sesungguhnya cabaran di hadapan semakin mencabar.
Semakin hebat. Musuh yang sentiasa mengambil peluang di
atas segala kelemahan. Kelemahan yang sebahagian
besarnya datang dari dalam diri, juga dari persekitaran. Ya
Allah kami pohon agar mereka dilindungi dari sebarang
bisikan-bisikan yang memesongkan
Ya Allah wahai tuhan kami, Anak-anak kami ini akan terus melangkah
seiring dengan pencapaian masing-masing. Samada mereka cemerlang
atau sebaliknya, sebahagian daripada mereka akan mula meninggalkan
keluarga masing-masing. Hati mereka akan lebih cenderung kepada
rakan mereka. Kurnikanlah kepada mereka rakan-rakan yang dapat
membina kejayaan, bukan rakan-rakan yang melalaikan.
Berilah kejayaan kepada mereka dalam apa jua bidang yang bakal
mereka lalui. Peliharalah mereka dari sebarang kekurangan dan
kelemahan agar mereka dapat melalui perjalanan hidup dengan
pimpinan Mu. Buakalah hijab seluas-luasnya. Agar mereka dapat
mengenalpasti segala cabaran. Hati yang dilimpahi dengan cahaya
petunjuk. Tidak sesat dan tidak menyesatkan.

Ya Allah, jadikanlah perhimpunan kami ini sebagai satu perhimpunan yang


dirahmati dan perpisahan kami pula selepas ini sebagai satu perpisahan yang
diberkati dan dilindungi. Dan janganlah Engkau jadikan pada diri kami ini, dan
mereka yang bersama kami, kkebinasaan, dan menyingkirkan kami dari
memperolehi rahmat

Anda mungkin juga menyukai