Anda di halaman 1dari 2

,

Ya Allah Ya tuhan kami, tuhan yang menguasai langit dan bumi. Hanya padamu sahaja kami panjangkan kesyukuran atas segala rahmat dan berkatMu. Bersempena dengan perhimpunan ini kami mohon inayah dan taufikMu. Kurniakanlah kesejahteraan dan kebahagian serta kesihatan jasmani dan rohani. Bukakanlah hati-hati kami, lapangkanlah dada kami untuk menerima ilmu dan pengetahuan serta bimbingan para pegawai yang kami kasihi. Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim Kami memohon dengan kudratMu dan IradatMu. Berikanlah kekuatan dan ketabahan menghadapi perjuangan kami menimba dan mencari ilmu pengetahuan, anugerahkanlah kejayaan dan kecemerlangan kepada kami dalam semua ujian dan pencapaian. Ya Allah Ya Zal Jalali Wal Ikram, Tambahkanlah kepada kami kecintaan kepada segala kebaikan, Jadikanlah kami serta pemimpin-pemimpin kami, agar terus beristiqamah berkhidmat menabur bakti membangunkan umat dan masyarakat, bangsa dan agama. Ya Allah ya tuhan kami jadikanlah negara kami sebuah negara yang mendapat limpahan rahmat dan nikmat. Kekalkanlah keamanan dan kemakmuran sepanjang zaman.

Anda mungkin juga menyukai