Anda di halaman 1dari 3

Doa Mesyuarat Agong Tahunan

Auzubillahiminishayitanirrrajim..
Bismillahrirrahmanirrahim. Alhamdulillahirrabil 'alamni.
Hamdan syakirin, hamdan hamidin, hamdan sabirin.
Hamdan Yuwafi ni'amahu wa yu kafiumazidah.
Allahuma salli'ala saidinia muhammdin waala alahi
wasahbihi wabarik wasallim.
Ya Allah, ya tuhan kami. Segala puji hanya bagimu Ya
Allah. Tuhan semesta alam. Kapadamu kami berserah
dan kepadaMu jualah kami memohon perlindungan.
Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi
Muhammad SAW, kepada ahli keluarga baginda, para
sahabat dan tabiin.
Ya Allah, kami pohon kepadaMu akan keimanan yang
sempurna Ya Allah, keyakinan yang benar Yang Allah,
ilmu yang berguna, hati yang khusyuk, lidah yang
sentiasa berzikir kepadaMu Ya Allah, limpah dan
kurniakanlah kepada kami rezeki yang halal lagi
diberkati.
Engkau lapangkanlah hati kami, kau satukanlah hatihati kami.
Kau berkatilah perhimpunan kami ini pada hari ini Ya
Allah. Semoga ianya diterima sebagai satu
perhimpunan yang hanya mengharapkan keredhaan
dariMu.
Kau pandanglah kepada usaha kami yang kerdil ini,
melalui wadah yang dinamakan (Nama Persatuan),
1 | Page

sebagai satu usaha yang mulia di sisiMu. Kau


kurniakan persatuan ini dengan bimbingan yang
berterusan Ya Allah.
Bantulah kami, bimbinglah kami untuk menjadi ahli-ahli
yang taat kepada kepimpinannya. Ahli-ahli yang
beramanah terhadap tanggungjawab yang diberikan.
Kau jadikanlah kami ahli-ahli yang sentiasa berusaha
ke arah kebaikan.
Berikanlah kami Ya Allah, pimpinan yang berwibawa
untuk mempimpin kami, pimpinan yang mampu
memberikan tunjuk ajar dan halatuju yang selaras
dengan hasrat dan matlamat yang sama-sama kami
hajati. Kurniakanlah kami dengan pimpinan yang
sentiasa bersama-sama dalam setiap aktiviti yang kami
jalankan, sentiasa melibatkan diri menentukan
perjalanan setiap aktiviti. Pimpinan yang memahami
akan kekurangan dan kelebihan yang ada pada diri
kami. Kau kuatkan persatuan ini dengan tatacara
pengurusan dan pentadbiran yang mantap. Kau
arahkanlah hati-hati kami untuk terus bekerjasama,
saling hormat menghormati dan secara berterusan
mengamalkan cirri-ciri musyawarah yang berkesan.
Kau permudahkanlah untuk kami terus menjalankan
aktiviti-aktiviti yang dirancang. Kau berkatilah segala
usaha kami dan bantulah kami untuk tidak sedikit pun
mengabaikan tanggungjawab hakiki kami, sama ada
sebagai pekerja syarikat, ataupun seorang isteri atau
ibu kepada keluarga kami Ya Allah.
Kau padamkan dari hati-hati kami sifat-sifat yang tidak
engkau restui Ya Allah. Tanamkanlah di lubuk hati-hati
kami dengan sifat-sifat kasih-sayang, bantu-membantu
2 | Page

dan bertoleransi. Sesungguhnya, hanya kepada


Engkaulah kami berserah dan hanya kepada Engkau
jualah kami memohon perlindungan.
Allahum mafirlana, zunubana ,wali wlidaiya,
warhammu ma, kama rabayana, sghira.
Rabbana atina fiddunya hasanah.wa fil akhirati
hasanah waqina azabannar

3 | Page

Anda mungkin juga menyukai