Anda di halaman 1dari 2

DOA MAJLIS PERASMIAN Persidangan Ke 11 Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia, Negeri Dan Pelajaran, Pada 18 Ogos 2008, di Hotel

Damai Puri, Santubong, 10.00 pagi.

Pada hari yang berbahagia ini, kami dengan penuh rasa kehambaan dan kesyukuran mohon ke hadratMu Ya Allah, agar memberkati dan merahmati Majlis Perasmian Persidangan Ke 11 Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia, Negeri Dan Pelajaran yang akan disempurnakan oleh YAB Pehin Sri Haji Abdul Taib bin Mahmud, Ketua Menteri Sarawak. Allahumma Ya Allah, Ya Fattahu Wa Ya Alim, Ya Allah, jadikanlah persidangan yang kami adakan ini berjalan dengan lancar dan sempurna serta tercapai segala tujuan dan hasrat daripadanya. Kurniakanlah kepada kami ketajaman fikiran, kecerdasan minda, ketenangan jiwa, kekuatan azam dan semangat, kesungguhan usaha dan kerjasama yang erat antara kami agar kami dapat mengambil manfaat yang sepenuhnya daripada persidangan yang diadakan ini. Tanamkanlah sifat-sifat terpuji dalam diri kami, agar budaya kerja berkualiti menjadi amalan kami, dan supaya kami sentiasa berusaha melakukan penambahbaikan, dalam kerja seharian, demi kemajuan organisasi, masyarakat, negeri dan Negara kami. Sematkanlah ke dalam diri kami ya Allah, rasa tanggungjawab atas setiap tugas yang diamanahkan kepada kami untuk dilaksanakan dengan sebaik-baiknya.

Kami dengan segala rendah diri memohon ke hadratMu, ya Allah, agar Engkau mengurniakan kepada kami dengan taufik dan hidayahMu, sentiasa di bawah pimpinan dan pertunjukMu, mudah-mudahan segala usaha dan amal yang kami lakukan akan mendapat kejayaan dalam keredhaan dan restuMu di sepanjang zaman. Eratkanlah perpaduan antara kami, mesrakanlah hubungan antara kami, lindungi dan peliharakanlah kami daripada segala bahaya dan perkara yang tidak diingini, dan majukanlah negeri dan Negara kami dengan inayah dan riayahMu, ya Mujibas saailin.

Anda mungkin juga menyukai