Anda di halaman 1dari 2

DOA PENGANTIN Aishah Binti Haji Taib dan Mohammad Nizam Bin Abdul Gapar Pada 27 Julai 2008M

/ 24 Rejab 1429H, Jam 10.00 Pagi, Bertempat di Dewan Pustaka Negeri Sarawak, Kuching, Sarawak.

. . .
Pada pagi yang berbahagia ini, kami merasa amat bersyukur ke hadratMu, Ya Allah, kerana dengan keizinan dan kasih sayangMu maka kami dapat bersama-sama berkumpul untuk meraikan majlis perkahwinan antara Aishah Binti Haji Taib dan Mohammad Nizam Bin Abdul Gapar yang kami adakan ini. Dengan kebesaran dan kemuliaan serta rahmat dan kurniaMu, kami memohon ke hadratMu Ya Allah, berkati dan rahmatikanlah majlis kami ini.


Anugerahkanlah Ya Allah, kepada kedua mempelai ini dengan sifat kesabaran yang mendalam, perasaan saling mengerti, kebahagiaan, ketenangan, keimanan, ilmu pengetahuan yang mantap, seelok-elok perkongsian hidup serta pertalian kasih mesra yang berkekalan untuk menghadapi alam rumahtangga yang penuh dengan ranjau dan cabaran.


Kurniakanlah taufiq dan hidayahMu kepada mereka berdua untuk mengerjakan amal-amal kebajikan. Anugerahilah kepada mereka rezeki yang halal, anak-anak yang soleh dan solehah, berakhlak mulia, berpendidikan agama, dapat menjadi harapan keluarga, masyarakat dan Negara, serta jauhkanlah mereka dari mengerjakan segala kemungkaran dan kemaksiatan.

Jadikanlah majlis perhimpunan kami ini suatu majlis yang diberkati. Sempurnakanlah maksud dan hajat tuan punya majlis ini dengan beberapa kebajikan. Kurniakanlah ganjaran pahalaMu kepada para jemputan kami yang hadir pada hari ini, Ya Allah. Kukuhkanlah kerjasama yang erat ini, kekalkan perpaduan dan kesatuan hidup kami, ampunkanlah segala dosa-dosa kami, berkatilah rezeki yang engkau kurniakan kepada kami.


Ya Allah, kurniakanlah kekuatan kepada kami untuk melakukan segala amal soleh demi kemanfaatan diri, agama dan ummah. Jauhkanlah dan lindungilah kami dari sebarang bentuk bala bencana dan malapetaka.

Anda mungkin juga menyukai