Anda di halaman 1dari 1

DOA SELAMAT SEMPENA KEBENRANGKATAN KUMPULAN AS-SOBIRIN & NA`AILA KE FESTIVAL NASYID PERINGKAT KEBANGSAAN KALI KE-21 RABU

/ 8.30 pagi / Bilik Syura, Tingkat 6, Majlis Islam Sarawak

Allahumma Ya Allah, Tuhan yang selayaknya menerima segala puji-pujian, Pada hari yang penuh berkat ini, kami menadah tangan memohon ke hadratMu, Ya Allah, kurniakanlah kepada kami keberkatan dan rahmat bersempena dengan keberangkatan Kumpulan Nasyid As-Sobirin & Na`aila ke Festival Nasyid Peringkat Kebangsaan Kali Ke-21 Jadikanlah hasrat kami melalui nasyid ini sebagai lidah dan wadah untuk berdakwah ke arah penghayatan ajaran Islam yang sempurna dalam masyarakat kami tercapai. Kukuhkanlah semangat ukhuwwah dan perpaduan dalam kalangan ummah melalui penglibatan dan usaha kami ini. Allahumma Ya Allah, jadikanlah usaha murni kami ini sebagai usaha yang diberkati dan dirahmati olehMu dalam menyampaikan mesej-mesej dakwah bagi meninggikan syiar Islam di muka bumiMu. Kuatkanlah semangat ukhuwwah serta mahabbah sesama kami sekalian mudah-mudahan segala yang kami rancang akan mendapat kejayaan dalam keredhaanMu. Kami pohonkan ya Allah akan keselamatan dan kesejahteraan dikurniakan kepada seluruh ahli rombongan ini di sepanjang masa sehingga selamat berangkat pulang.

Anda mungkin juga menyukai