Anda di halaman 1dari 2

Doa Perasmian Mesyuarat

‫بسم هللا الرحمن الرحيم‬

‫ اللهم صل وسلم على سيدنا محمد وعلى آل سيدنا‬.‫ يا ربنا لك الحمد كما ينبغي لجالل وححك وعظيم سلطانك‬، ‫ حمدا يوافي نعمه ويكافئ مزيده‬، ‫الحمد هلل رب العالمين‬
‫محمد‬

‫اللهم يا بديع السموات واألرض يا ذا الجالل واإلكرام‬

Pada hari dan saat ini, dengan rasa rendah diri, kami bermunajat memohon taufik dan hidayahMu Ya Allah. Jadikanlah majlis
pada malam ini sebagai majlis yang Engkau redhai dan berkati.

‫اللهم يا ارحم الرحمين‬

Tuhan Yang Maha Pengasih dan Penyayang, berikanlah kami kekuatan dan kemampuan, agar dapat mempergunakan seluruh
tenaga dan idea pemikiran kami, bagi menjana satu nafas baru untuk sama-sama berkongsi ilmu dan maklumat, saling bertukar-
tukar pendapat, dengan kata-kata yang sepakat, membuat keputusan yang tepat, sentiasa bersilaturrahmi dan bermuafakat,
sentiasa mesra dan erat, moga kami mendapat berkat dah rahmat, moga kami mampu menangani keperluan dan tuntutan
semasa, selari dengan ajaran petunjukMu dan Sunnah pesuruhMu baginda Nabi Muhammad SAW...

‫اللهم يا غني يا حميد‬

Wahai Tuhan yang Maha kaya lagi Maha terpuji, Kurniakanlah kepada kami akal yang waras dan sihat, semoga kami dapat
menyumbangkan idea-idea yang bernas, idea-idea yang berfaedah buat manfaat seluruh ummat.

Terimalah segala kerja dan khidmat bakti kami sebagai amal ibadat yang Engkau redhai, semoga hasil usaha dan kejayaan kami,
dapat dirasai dan dinikmati oleh seluruh umat manusia dalam membina umat Islam yang cemerlang demi memartabatkan
agama, bangsa dan Negara di persada dunia.

‫اللهم أنت الغفور الرحيم‬

Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosa kami, dosa-dosa kedua ibubapa kami, dan dosa-dosa orang mukminin dan mukminat samada
yang masih hidup ataupun yang telah meninggal dunia. Hidupkan kami dalam keadaan beriman, matikan kami dalam keadaan
beriman serta masukkan kami ke dalam SyurgaMu dengan keadaan beriman.

‫هللا أحد لم يلد ولم يولد ولم يكن له كفوا أحد‬


Ya Allah, satukanlah hati-hati dan jiwa-jiwa kami, anugerahkanlah kepada kami nikmat iman dan Islam, kesihatan dan
keselesaan, keselamatan dan keamanan, kekayaan dan kesenangan, kesepakatan dan kesatuan, perpaduan dan persefahaman,
nikmat kejayaan dan kecemerlangan, kesabaran dan kesyukuran.

‫ وال تجعل اللهم فينا وال‬، ‫ وتفرقنا ِم ْن َبْع ِدِه َتفرقًا َم ْعُصوًم ا‬، ‫اللهم اجعل جمعنا هذا جمعا مرحوما‬

‫معنا وال من يتبعنا شيًئا وال مطروًدا وال محروما‬.

Ya Allah wahai Tuhan kami, jadikanlah perhimpunan kami ini sebagai perhimpunan yang Engkau Rahmati dan perpisahan kami
selepas dari majlis ini, sebagai perpisahan yang terpelihara daripada sebarang bala bencana dan kemaksiatan.

‫ َو الَحْم ُد ِهَّلِل َرِّب اْلَع اَلِم يَن‬، ‫اللهم ربنا وابنا في الُّد ْنَيا حسنة وفي اآلخرة َحَس َنًة َوِقَنا َع َذ اَب الَّناِر وصلى هللا َع َلى ُمَحَّمٍد َو َع َلى َعاِلِه َوَص ْح ِبِه َو َس َّلَم‬

Anda mungkin juga menyukai