Anda di halaman 1dari 2

DOA PERHIMPUNAN BULANAN

‫َّحي ِْم‬ ِ ْ‫بِس ِْم هللاِ الرَّح‬


ِ ‫مـن الر‬

َ‫ف اَْأل ْنبِيَا ِء َو ْال ُمرْ َسلِ ْين‬


ِ ‫صالَةُ َوال َّسالَ ُم َعلَى َأ ْش َر‬
َّ ‫ا اَ ْل َح ْم ُد ِهللِ َربِّ ْال َعالَ ِم ْينَ َو ْال َعاقِبَةُ لِ ْل ُمتَّقِ ْينَ َوالَ ُع ْد َوانَ ِإالَّ َعلَى الظَّالِ ِم ْينَ َوال‬
َ‫صحْ بِ ِه َأجْ َم ِع ْين‬َ ‫و َعلَى َءالِ ِه َو‬. َ

Allahumma Ya Allah, kami menadah tangan merafa’kan kesyukuran kepadamu di atas segala
limpahan nikmat dan rahmat serta diberikan keizinan dihari yang berbahagia ini dapatlah
kami menghadirkan diri bersempena dengan Perhimpunan Bulanan (…) pada kali ini.

‫يَا هللَا ُ يَا َك ِري ُم‬

Di hari yang mulia ini,  kami menadah  tangan memohon doa restu dari-Mu agar khidmat
bakti kami yang telah lalu dan akan datang dijadikan perkhidmatan yang diredhai. Pertuturan
kami, pertuturan yang disenangi, pendengaran kami, pendengaran yang direstui, penglihatan
kami, penglihatan yang diberkati, amalan kami amalan yang dirahmati, pengorbanan kami
pengorbanan yang disyukuri dan jasa kami jasa yang diingati.

‫يَا هللَا ُ يَا َش ُكوْ ُر‬ Allahumma Antal ‘Azizul Jalil,


Sesungguhnya kami pada pagi ini, ingin merafa’kan kesyukuran dan pujian terhadap
Mu, atas kurniaan Mu yang tidak ternilai.

Allahumma Ya Hakim Ya Azim,


Sesungguhnya kami berhimpun di sini bagi menyatakan kesungguhan, kommitmen dan
iltizam kami dengan roh dan semangat untuk membangun ,membina serta mendidik dan
memartabatkan anak bangsa supaya berbudi dan berjasa kepada agama, bangsa dan
negara.

Justeru… berkati pertemuan kami, berkatilah jua usaha-usaha kami, ilhamkanlah dalam
fikiran dan minda kami, idea-idea yang bernas, pandangan-pandangan yan jelas dan
keputusan-keputusan yang waras. Kurniakanlah kepada kami limpahan ilmu yang
berguna dan kefahaman yang benar. Satukanlah hati-hati kami, eratkanlah silatur rahimi
dikalangan kami. Padukanlah tenaga dan usaha kami untuk memartabatkan pendidikan
bangsa secara bersama demi mencapai kecemerlangan dan kegemilangan.

Allahumma Ya ‘Aliim, Wa Ya Khabiir,

Jadikanlah kami Ya Allah, dari kalangan hamba-hamba Mu yang taat dan bersyukur.
Jauhilah kami Ya Allah, dari melanggari perintah Mu. Kurniakanlah apa kiranya ya Allah
kepada kami kesihatan yang berpanjangan , kesejahteraan yang sempurna , fikiran yang
waras, minda yang cergas, rezeki yang halal, zuriat dan generasi yang beriman serta
segala kebaikan di dunia, pun jua di akhirat.

Ya Hayyu Ya Qayyum Ya Zal Jalaliwal’ikram ,

Ya Allah kurniakanlah Kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah diri kami
dengan sifat lemah-lembut, dan muliakanlah kami dengan ketaqwaan dan indahkanlah
diri kami dengan kesihatan.

Kami memohon kepada-Mu agar khidmat bakti kami ini sentiasa diberi petunjuk dan hidayah
dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan. Bukakanlah pintu hati kami untuk menjadi
manusia yang paling sempurna, manusia yang berjiwa waja, sentiasa sanggup menghadapi
rintangan dan cabaran demi menjana dan memartabatkan agama, bangsa dan negara Malaysia
yang tercinta.   

‫يَا هللَا ُ يَا َر ِش ْي ُد‬

Jadikanlah khidmat bakti kami ini perkhidmatan yang dicontohi dan disegani, eratkanlah
kasih sayang di kalangan kami, limpahkanlah cahaya petunjuk untuk kami terus
melaksanakan tanggungjawab dengan adil demi kesejahteraan  masyarakat dan negara. 

Anda mungkin juga menyukai