Anda di halaman 1dari 2

‫بِس ِْم هللاِ ْالرَّحْ م ِن ْال َّر ِحيْم‬.

َ‫صالَة ُ َوال َّسالَ ُم َعلَى َسيِّ ِدنَا ُم َح َّم ٍد َو َعلَى آلِ ِه َوَأصْ َحابِ ِه َأجْ َم ِع ْين‬
َّ ‫ َوال‬،‫اَ ْل َح ْم ُد هَّلِل ِ َربِّ ْال َعالَ ِميْن‬.

Ya Rahman, Ya Aziz, Ya Ghaffar

Kami berhimpun pada pagi ini untuk mengisi seluruh ruang hidup kami dengan ibadah kepada-Mu sesuai dengan
firman mu yang mulia : sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku semata-mata hanya untuk Mu ya
allah.

Allahumma Ya `Aalim wa Ya QadhialHajat

Pada saat dan detik yang bersejarah ini, kami menghulurkan tangan pengharapan, memohon ihsan
dan RahmatMu, agar Engkau anugerahkan kesejahteraan, taufiq dan hidayah, juga kesabaran,
ketabahan dan kekuatan kepada PN HAJAH KHAIRIAH BINTI MOHAMAD yang akan bersara pada hari
ini, menamatkankan perkhidmatannya sebagai seorang guru yang sangat berdedikasi. Moga baginya
selepas bersara nanti, kehidupan yang penuh gembira, ceria dan bahagia, serta dikurniakan dengan
kesihatan, kesejahteraan, ketenteraman dan ketenangan.

Allahumma Ya MunzilarRahmah wa Ya FatihalBarakah

Ya Allah Ya Tuhan kami, kurniakanlah kepadanya dengan ganjaran, syafaat dan keredhaan atas
segala jasa dan pengorbanan yang telah beliau curahkan sepanjang bergelar sebagai seorang guru.
Kau limpahkanlah Rahmat dan BerkatMu, sebagai ganjaran kepada semangat juang yang tidak
pernah mengenal erti putus asa, di dalam memikul tanggungjawab sebagai pendidik, pemimpin dan
ibu yang sentiasa berusaha menyumbang tenaga, idea dan kepakaran, demi kecemerlangan anak
bangsa. Mudah-mudahan segala jasa, pengorbanan, dan semangat beliau menjadi pendorong untuk
kami meneruskan perjuangan sebagai seorang insan pendidik.

Ya Allah Ya Fa’aalullima Yurid


Kami bermohon kepada mu juga agar engkau memberkati majlis bacaan Yassin sebentar tadi dengan limpahan
ar-Rahman dan ar-Rahim-Mu. Semoga segala usaha kami dalam menjayakan majlis ini memberi impak yang besar
terhadap anak-anak didik kami yang bakal Kembali ke sekolah pada minggu hadapan dengan limpahan
keredhaan-Mu. Kami melahirkan dan menzahirkan rasa kesyukuran kerana diberi peluang untuk terus menjadi
generasi yang bakal memartabatkan pendidikan dan ilmu seterusnya memimpin negara malaysia yang tercinta
ini.

Ya Allahhu Ya Quddus,
perkenankanlah majlis ini dengan doa dan munajat kami terhadap-Mu agar sesi persekolahan penggal ke-3, sesi
2021/2022 ni dapat mencapai matlamat dan hala tuju yang betul terhadap anak-anak didik yang bersekolah di
seluruh negeri di Malaysia umumnya dan di TMGS khususnya. Bukakanlah hati dan minda mereka supaya mereka
dapat belajar dengan mudah dalam menggapai ilmu yang bermanfaat serta sinarilah hati-hati mereka dengan nur
hidayah-Mu. Di dalam majlis yang penuh barakah ini, engkau berikanlah suntikan semangat dan keazaman yang
tinggi kepada anak didi kami di TMGS ini.

Ya Allah, perbanyakkanlah kami dan anak didik kami dengan ilmu pengetahuan, hiasilah diri kami semua dengan
sifat terpuji dan sopan-santun, muliakanlah kami dengan ketaqwaan, perelokkanlah kami dengan sihat wal’afiat
terhindar daripada sebanrang penyakit dan wabak trutamanya covid-19, serta jadikanlah anak-anak didik kami,
insan2 yang solehah sebagai penyejuk mata ibu bapa dan guru-guru mereka.

Allah Humma Ya Hannan, Ya Mannan, Ya Badi’ussama Waa Ti Wal’ard,

sebagai para guru2 merafa’kan tangan kehambaan memohon belas kasihan-Mu agar engkau membuka limpahan
rahmat dan hikmah-Mu, suburilah jiwa kami agar mudah menerima, menghayati, dan mengamalkan petunjuk-
petunjuk agama-Mu di dalam kehidupan kami.

Jadikanlah kami Ya Allah, daripada kalangan hamba-hambaMu yang taat dan bersyukur. Jauhkanlah kami Ya
Allah, daripada melanggari perintahMu. Kurniakanlah kepada kami kesihatan yang berpanjangan, kesejahteraan
yang sempurna, fikiran yang waras, minda yang cergas, rezeki yang halal, zuriat dan generasi yang beriman serta
kurniakanlah kepada kami segala kebaikan di dunia dan juga di akhirat.

Ya Zal Jalali Wal Ikram

َ ‫ربَّنَا َءاتِنَا فِي ال ُّد ْنيَا َح َسنَة ً َوفِي اَأل ِخ َر ِة َح َسنَة ً َوقِنَا َع َذ‬.ِ
‫اب النَّار‬ َ

َ‫ َو ْال َح ْم ُدهَّلِل ِ َربِّ ال َعالَ ِم ْين‬،‫صحْ بِ ِه َو َسلَّ َم‬


َ ‫صلَّى هللاُ َعلَى َسيِّ ِدنَا ُم َح َّم ٍد َو َعلَى َءالِ ِه َو‬
َ ‫ َو‬.

Anda mungkin juga menyukai