Anda di halaman 1dari 3

‫ِبْس ِم ِهللا ْالَّر ْح مِن ْالَّر ِحْيم‬.

‫ َو الَّص َالةُ َو الَّس َالُم َع َلى َسِّيِد َن ا ُم َح َّمٍد َو َع َلى آِلِه َو َأْص َح اِبِه َأْج َم ِعْي َن‬،‫َاْلَح ْم ُد ِهَّلِل َر ِّب اْلَع اَلِمْين‬.

Ya Rahman, Ya Aziz, Ya Ghaffar

Pada saat dan detik yang bersejarah ini, kami menghulurkan tangan
pengharapan, memohon ihsan dan RahmatMu, agar Engkau
anugerahkan kesejahteraan, taufiq dan hidayah, juga kesabaran,
ketabahan dan kekuatan kepada Yang Berbahagia En. Sinin bin Mokreh
yang telah bersara, menamatkankan perkhidmatannya sebagai seorang
guru. Moga baginya selepas bersara nanti, kehidupan yang penuh
gembira, ceria dan bahagia, serta dikurniakan dengan kesihatan,
kesejahteraan, ketenteraman dan ketenangan.

Allahumma Ya MunzilarRahmah wa Ya FatihalBarakah

Ya Allah Ya Tuhan kami, kurniakanlah kepadanya dengan ganjaran,


syafaat dan keredhaan atas segala jasa dan pengorbanan yang telah
beliau curahkan sepanjang bergelar sebagai seorang guru. Kau
limpahkanlah Rahmat dan BerkatMu, sebagai ganjaran kepada
semangat juang yang tidak pernah mengenal erti putus asa, di dalam
memikul tanggungjawab sebagai pendidik, pemimpin dan ayah yang
sentiasa berusaha menyumbang tenaga, idea dan kepakaran, demi
kecemerlangan anak bangsa. Mudah-mudahan segala jasa,
pengorbanan, dan semangat beliau menjadi pendorong untuk kami
meneruskan perjuangan sebagai seorang insan pendidik.

Ya Allah, Ya Qawiyyu,Ya Matin ,

Kurniakanlah kami jiwa dan hati yang sentiasa mengenang jasa orang
yang telah berbakti dan berkorban untuk melihat kemajuan sekolah
kami. Anugerahkanlah kami kekuatan untuk mengekalkan usaha murni
dan suci demi kelangsungan dan kesinambungan kejayaan yang telah
dicapai oleh sekolah kami di bawah pimpinan dan bimbingan beliau
yang berwibawa .

Ya Allah, Ya Wahab, Ya Razaq,

Panjangkanlah usia beliau dengan kesihatan dalam iman dan Islam,


semoga dapat terus menyumbang idea, buah fikiran dan pandangan
yang bernas demi kemajuan pendidikan dalam meniti usia persaraan.
Moga kami dapat mencontohi tanggungjawab, komitmen, kewibawaan
dan kegigihan Encik Sinin bin Mokreh mengurus institusi pendidikan.
Engkau lindungilah keluarganya, kaum kerabatnya dan orang-orang
yang dikasihinya sebagaimana beliau melindungi kami selama ini tanpa
rasa jemu.

Allahumma Ya Mudabbiral amri


Sesungguhnya di Tangan Mu sahajalah kuasa penilai segala amalan, Kau
jadikanlah apa kiranya segala bakti yang disumbangkan, sepanjang
tempoh perkhidmatannya, sebagai ibadah yang Engkau redhai. Seperti
mana lafaz yang sama-sama kita ungkapkan

‫قل ان صالتي ونسكي ومحيي ومماتي هلل رب العلمين‬

Terimalah segala usaha dan pengorbanannya itu, sebagai amal soleh


yang Engkau berkati… Limpahkanlah apakiranya segala keberkatan dan
ganjaran rahmat Mu, dalam kehidupan beliau serta keluarga yang
tercinta, jua dalam kehidupan kami yang masih di alam persada
ini. Iringilah bersama detik-detik persaraan / perpindahan beliau,
dengan keazaman dan komitmen, untuk terus menabur budi dan bakti,
kepada agama , bangsa dan negara.

Allahumma Ya `Aalim wa Ya QadhialHajat

Jadikanlah kami Ya Allah, daripada kalangan hamba-hambaMu yang


taat dan bersyukur. Jauhkanlah kami Ya Allah, daripada melanggari
perintahMu. Kurniakanlah kepada kami kesihatan yang berpanjangan,
kesejahteraan yang sempurna, fikiran yang waras, minda yang cergas,
rezeki yang halal, zuriat dan generasi yang beriman serta kurniakanlah
kepada kami segala kebaikan di dunia dan juga di akhirat.

Ya Zal Jalali Wal Ikram

Ya Allah Ya Tuhan kami, jadikanlah pertemuan ini sebagai pertemuan


yang diRahmati, dan jadikanlah perpisahan ini sebagai perpisahan yang
diBerkati.

‫ َو َال َت ْج َع ِل الَّلُهَّم ِفْي َن ا َو َال َمَع َن ا َو َال‬،‫ َو َتَفُّر َق َـَن ا ِمْن َب ْع ِدِه َتَفُّر قًا َم ْع ُصْو ًما‬،‫َالَّلُهَّم اْج َع ْل َج ْم َع َن ا َه َذ ا َج ْم ًع ا َم ْر ُحْو ًما‬
‫َم ْن َي ْت َب ُع َن ا َش ِقًّي ا َو َال َم ْط ُرْو ًد ا َو َال َم ْح ُرْو ًما‬.
‫ِ‪َ.‬ر َّب َن ا َءاِتَن ا ِفي الُّد ْن َي ا َح َس َن ةً َو ِفي اَألِخَر ِة َح َس َن ةً َو ِقَن ا َع َذ اَب الَّن ار‬
‫‪َ.‬و َص َّلى ُهللا َع َلى َس ِّيِد َن ا ُم َح َّمٍد َو َع َلى َءاِلِه َو َص ْح ِبِه َو َس َّلَم ‪َ ،‬و اْلَح ْم ُد ِهَّلِل َر ِّب الَع اَلِمْي َن‬

Anda mungkin juga menyukai