Anda di halaman 1dari 2

Ucapan Guru Besar

UCAPAN GURU BESAR

Yang berusaha pengacara majlis, Yang dihormati barisan guru besar En jefri Sekolah
Kebangsaan Taman Johor Jaya 1, Pn Maslia - Sk Taman johor jaya 3, Pn Norzila - Sk TJJ 5, En
Ahmad Jais SK taman daya, PN Siti Aiysah SK Permas Jaya 1, En Mohd Rizal SK permas jaya
3(…….), tuan penceramah DR mohd Nur Al Sufi, guru-guru, ibu bapa, dan murid- murid yang
dikasihi sekalian.

Bismillahirrahmanirahim, Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh, Salam Sejahtera


dan Salam SEJAYA 2. Saya melahirkan rasa bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana kita dapat
bersama-sama dalam Program Motivasi Ibu bapa dan murid-murid secara maya. Saya amat
mengalu-alukan kehadiran ibubapa dan guru2 yang mana dapat meluangkan masa untuk
mengikuti program ini demi peningkatan akademik dan motivasi anak-anak kita. Saya rasa
berbesar hati dan merakamkan setinggi-tinggi terima kasih di atas sokongan dan
keprihatinan tuan/puan. kehadiran tuan-tuan ke program hari ini. Kehadiran ini
membuktikan komitmen dan iltizam yang tinggi terhadap tanggungjawab serta peranan kita
dalam organisasi yang dianggotai. Mudah-mudahan kita memperolehi manfaat dan idea-
idea baru di sepanjang program ini berlangsung. INSYAA ALLAH.

Para hadirin yang dikasihi sekalian,

Tujuan kita mengadakan program motivasi ini adalah bagi mempertingkatkan motivasi diri
murid untuk mencapai kecemerlangan dalam kehidupan mereka. Apabila motivasi mereka
tinggi, mereka dapat berfikir lebih matang sebagai seorang murid. contoh, apabila guru
tiada di dalam kelas mereka dalam melakukan aktiviti yang berfaeadah seperti membaca
buku dan membuat latihan.

Objektif yang kedua adalah memberi kesedaran kepada murid kepada tentang pentingnya
pengurusan diri dan masa yang baik dalam kehidupan. Oleh sebab itu, mereka akan lebih
menghargai masa yang terluang dan menggunakannya dengan sebaik mungkin. Contohnya,
mereka mengurangkan waktu bermain dan lebihkan masa untuk belajar.

Tuan / puan yang dihormati, negara kita diancam virus covid19. yang mana kita di mestikan
untuk mengikuti SOP arahan KKM & KPM. Tentunya tuan puan sedia maklum, program kita
ini dibuat secara maya pada malam ini
Saya dan warga sekolah berharap agar ibu bapa mengambil bahagian dalam saranan yang
telah dianjurkan oleh pihak sekolah dari masa ke semasa. Bagi kami warga pendidik pula
dituntut mengamalkan budaya kerja cemerlang, bersikap bertanggungjawab, dan semangat
mujahadah bagi menggalas

tugas untuk menjayakan transformasi dan pembaharuan dalam pendidikan. Marilah kita
sama-sama memanjatkan doa ke hadrat Ilahi agar sentiasa diberikan kekuatan untuk
menjunjung amanah perjuangan memartabatkan pendidikan Negara.

Akhir sekali, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan2 guru besar yang
terlibat, guru2, ibubapa- ibubapa, murid- murid serta semua yang terlibat dalam
menjayakan program ini dan diharapkan program seperti ini dapat diadakan lagi pada masa
akan datang.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai