Anda di halaman 1dari 2

‫بْس ِم ِهللا ْالَّر ْح مِن ْالَّر ِحْيم‬.

Ya Rahman, Ya Aziz, Ya Ghaffar

Pada saat dan detik yang bersejarah ini, kami menadah tangan pengharapan, memohon ihsan dan
RahmatMu, agar Engkau anugerahkan kesejahteraan, taufiq dan hidayah, juga kesabaran, ketabahan
dan kekuatan kepada _____________________yang akan bersara, menamatkankan
perkhidmatannya sebagai seorang guru. Moga baginya selepas bersara nanti, kehidupan yang penuh
gembira, ceria dan bahagia, serta dikurniakan dengan kesihatan, kesejahteraan, ketenteraman dan
ketenangan.

Allahumma Ya MunzilarRahmah wa Ya FatihalBarakah

Ya Allah Ya Tuhan kami, kurniakanlah kepadanya hidayah atas segala jasa dan pengorbanan yang
telah beliau curahkan sepanjang bergelar sebagai seorang guru yang tidak pernah mengenal erti putus
asa, di dalam memikul tanggungjawab sebagai pendidik, pemimpin dan ibu yang sentiasa berusaha
menyumbang tenaga, idea dan kepakaran, demi kecemerlangan anak bangsa. Mudah-mudahan segala
jasa, pengorbanan, dan semangat beliau menjadi pendorong untuk kami meneruskan perjuangan
sebagai seorang insan pendidik.

Allahumma Ya `Aalim wa Ya QadhialHajat

Jadikanlah kami Ya Allah, daripada kalangan hamba-hambaMu yang taat dan bersyukur. Jauhkanlah
kami Ya Allah, daripada melanggari perintahMu. Kurniakanlah kepada kami kesihatan yang
berpanjangan, kesejahteraan yang sempurna, fikiran yang waras, minda yang cergas, rezeki yang halal,
zuriat dan generasi yang beriman serta kurniakanlah kepada kami segala kebaikan di dunia dan juga
di akhirat.

Ya Zal Jalali Wal Ikram

Ya Allah Ya Tuhan kami, jadikanlah pertemuan ini sebagai pertemuan yang diRahmati, dan jadikanlah
perpisahan ini sebagai perpisahan yang diBerkati.

‫ َو َال َت ْج َع ِل‬،‫ َو َتَفُّر َقَـَن ا ِم ْن َب ْع ِدِه َتَفُّر قًا َم ْع ُصْو ًما‬،‫َالَّلُهَّم اْج َع ْل َج ْم َع َن ا َه َذ ا َج ْم ًعا َم ْر ُحْو ًما‬
‫الَّلُهَّم ِفْي َن ا َو َال َمَع َن ا َو َال َم ْن َي ْت َب ُع َن ا َش ِقًّي ا َو َال َم ْط ُرْو ًد ا َو َال َم ْح ُرْو ًما‬.
‫ِ‪َ.‬ر َّب َن ا َءاِتَن ا ِفي الُّد ْن َي ا َح َس َن ةً َو ِفي اَألِخَر ِة َح َس َن ةً َو ِقَن ا َع َذ اَب الَّن ار‬
‫‪َ.‬و َص َّلى ُهللا َع َلى َس ِّيِد َن ا ُم َح َّمٍد َو َع َلى َءاِلِه َو َص ْح ِبِه َو َس َّلَم ‪َ ،‬و اْلَح ْم ُد ِهَّلِل َر ِّب الَع اَلِم ْي َن‬

Anda mungkin juga menyukai