Anda di halaman 1dari 2

Doa Sempena Majlis Persaraan En.

Mohd Fadzil B Bakar

‫بسم هللا الرمحن الرحوم‬


‫امحلدهلل رب العاملني والصالة والسالم عىل أرشف األنبيأ واملرسلني وعىل اهل‬
‫وحصبه أمجعني‬
Ya Allah.Pada saat dan detik yang bersejarah ini, kami
menghulurkan tangan pengharapan, memohon ihsan dan
RahmatMu, agar Engkau anugerahkan kesejahteraan, taufiq dan
hidayah, juga kebaikan, ketabahan dan kekuatan kepada EN.MOHD
FADZIL B. BAKAR yang akan bersara, menamatkan
perkhidmatannya sebagai Penolong Kanan HEM di Sekolah kebangsaan Batu Tiga ini.
Moga baginya selepas bersara nanti, kehidupan yang penuh gembira, ceria dan bahagia di samping keluarga
tercinta serta dikurniakan kesihatan,
kesejahteraan, ketenteraman dan ketenangan.

‫اللهم اي مزنل الرمحة‬


Ya Allah Ya Tuhan kami

Kurniakanlah kepadanya dengan ganjaran, syafaat dan keredhaan


atas segala jasa dan pengorbanan yang telah beliau curahkan
sepanjang perkhidmatan beliau. Kau limpahkanlah Rahmat
dan BerkatMu, sebagai ganjaran kepada semangat juang yang
tidak pernah mengenal erti putus asa, dalam memikul
tanggungjawab serta berusaha menyumbang tenaga, idea dan
kepakaran, demi kecemerlangan sekolah dan anak
bangsa. Mudah-mudahan segala jasa, pengorbanan, dan
semangat beliau menjadi pendorong untuk kami meneruskan
perjuangan sebagai khalifah di muka bumi ini.

‫اي هللا ايرحمي اي عزيز‬


Jadikanlah kami Ya Allah, daripada kalangan hamba-hambaMu
yang taat dan bersyukur. Jauhkanlah kami Ya Allah, daripada
melanggari perintahMu. Kurniakanlah kepada kami kesihatan
yang berpanjangan, kesejahteraan yang sempurna, fikiran yang
waras, minda yang cergas, rezeki yang halal, zuriat dan generasi
yang beriman serta kurniakanlah kepada kami segala kebaikan di
dunia dan kebaikan di akhirat.

‫اللهم يا ذاجلالل والاكرام‬


Ya Allah Ya Tuhan kami, jadikanlah pertemuan ini sebagai
pertemuan yang diRahmati, dan jadikanlah perpisahan ini sebagai
perpisahan yang diberkati.

‫الَّلُهَّم اْغِفْر َلَنا ُذ ُنْو َبَنا َو ْخ َو اِنَنا اِذَّل ْيَن َس َبُقْو اَن اِب ْيَم اِن َو َال ْجَت َع ْل ْيِف قُـُلْو ِبَنا ِغ ًّال ِلِذَّل ْيَن َء اَم ُنْو ا َر َّبَناإَّنَك َر ُء ْو ٌف َر ِح ٌمْي‬
‫ِإل‬ ‫ِإل‬
‫ّر َبَنا َء ِاتَناِ يف ادلنياحسنةَ ويِف اأَل خرِة َح َس نّة َ ِو َقنا َعَذ اَ ب اّلَنار‬
‫َو َص ىَّل ُهللا َعىَل ُم َح َّم ٍد َو َعىَل َء اِهِل َو ْحَص ِب ِه َو َس َمَّل ‪َ ،‬و اْلَحْم ُد ِهَّلِل َر ِّب الَع اَلِم َنْي‬

Anda mungkin juga menyukai