Anda di halaman 1dari 3

Doa Majlis Jasamu Di Kenang Dato Haji Sahban Bin Muksan, Pengarah Bahagian Buku Teks

. . . .
Ya Allah Ya Tuhan Kami. Sesungguhnya lantaran keagungan dan kebesaran Mu jua Ya Allah, kami dengan penuh harapan serta dengan penuh keinsafan menadah tangan memohon restu dari Mu agar memberkati majlis kami pada malam ini. Jadikanlah perhimpunan kami di Majlis JasaMu Di Kenang sempena meraikan persaraan Y. Bhg Dato Haji Sahban bin Muksan, Pengarah Bahagian Buku Teks dapat menyatupadukan hati-hati kami, serta dapat mengeratkan hubungan silaturrahaim di kalangan kami. Kau payungilah Ya Allah kami semua di bawah lindungan dan naungan rahmat serta ehsan Mu jua. Ya Rahman, Ya Rahim. Dengan keberkatan dan lindungan rahmat Mu jua Ya Allah, kami pohonkan agar Engkau limpahkan nikmat kesihatan, kesejahteraan, dan keselamatan kepada Y. Bhg. Dato serta ahli keluarga, agar mereka dapat menjalani kehidupan dengan penuh ketenangan, dan kebahagiaan seterusnya dapat beramal ibadah kepada Mu Ya Allah demi mencari

kebaikan di dunia, dan kesejahteraan abadi di akhirat. Kami juga bersyukur kehadrat Mu Ya Ilahi, kerana dengan kekuatan yang telah Engkau Kurniakan, beliau dapat memberi dorongan, dan bimbingan kepada kami dalam menjalankan penuh tugas-tugas ke yang diamanahkan dengan wawasan dedikasi, arah memartabatkan

pendidikan agar menjadi lebih cemerlang, gemilang dan terbilang. Ya Aziiz Ya Jabbar. Ya Allah, perindahkanlah diri dan akhlak kami sebagaimana engkau sukakan keindahan, jinakkanlah antara hati kami, tunjukkanlah kepada kami yang selamat, jalan yang engkau redhai, dan jauhilah kami daripada jalan yang Engkau murkai. Jauhilah diri kami daripada segala perbuatan yang keji, baik yang nyata maupun yang tersembunyi. Ya Allah, Limpahkan rahmat Mu kepada kami, kaum keluarga kami, sahabat handai kami, guru-guru kami serta para pemimpin kami yang telah berjasa kepada agama, bangsa dan Negara. Kau Redhailah Ya Allah Kehidupan kami di dunia ini dan matilah dalam keimanan dan ketakwaan.

. .

Anda mungkin juga menyukai