Anda di halaman 1dari 1

DOA SEMPENA MESYUARAT

. ‫ وعلى ءاله وصحبه أجمعين‬, ‫ والصالة والسالم على أشرف األنبياء والمرسلين‬, ‫الحمد هلل رب العالمين‬
‫ وتوبة قبل‬, ‫ وبركة في الرزق‬, ‫ وزيادة في العلم‬, ‫ وعافية في الجسد‬, ‫اللهم إنا نسألك سالمة في الدين‬
. ‫ ومغفرة بعد الموت‬, ‫ ورحمة عند الموت‬, ‫الموت‬

Ya Allah… di hari yang indah ini dan dibulan yang penuh barakah ini kami menadah tangan
kehambaan memohon kepadaMu, ampunilah dosa-dosa kami,kedua ibu bapa dan guru-guru
kami juga muslimin dan muslimat,mu'minin dan mu'minat samada yang masih hidup mahupun
yang telah meninggal dunia.

Ya Allah Ya Fattah Ya „Alim

Pada pagi ini kami berkumpul, untuk satu Mesyuarat, atas urusan kehidupan dan
tanggungjawab kami, kepada agama, bangsa dan Negara. Satukan hati-hati kami Ya Allah di
bawah panji kasih-sayangmu, kurniakan kesihatan rohani dan jasmani yang sempurna,
bekalkan semangat dan kesabaran agar kami beroleh kemudahan dan kekuatan untuk
menjayakan tugas dan amanahmu ya Allah.

Kami sedar ya Allah Engkaulah sebaik-baik perencana, maka perencanaan kami di bawah
perencanaanMu, lalu engkau lapangkanlah dada kami, bukakanlah minda kami agar kami
mampu menghasilkan idea yang bernas, keputusan yang waras, supaya terhasil strategi dan
perlaksanaan yang kemas serta memberi bekas.

Kurniakanlah kepada kami limpahan ilmu yang berguna dan kefahaman yang benar. Satukanlah
hati-hati kami, eratkanlah silaturahim di kalangan kami. Padukanlah tenaga dan usaha kami
untuk mencapai kejayaan dalam tugasan dan amanah yang diberikan.

Ya Allah, kami jua memohon agar segala keputusan yang kami buat menjadi kebaikan kepada
kami, andai tersalah ampunkanlah kami ya Allah.

Allahumma Ya Alim ya Khabir


Jadikanlah kami Ya Allah, dari kalangan hamba-hamba Mu yang taat dan bersyukur. Jauhilah
kami Ya Allah, dari melanggari perintah Mu. Kurniakanlah apa kiranya ya Allah kepada kami
kesihatan yang berpanjangan , kesejahteraan yang sempurna , fikiran yang waras, minda yang
cergas, rezeki yang halal, zuriat dan generasi yang beriman serta segala kebaikan di dunia dan
di akhirat.

‫وال تجعل اللهم فينا وال معنا وال من‬, ‫ وتفرقنا من بعده تفرقا معصوما‬، ‫اللهم اجعل جمعنا هذا جمعا مرحوما‬
‫يتبعنا شقيا وال مطرودا وال محروما‬

‫وال تجعل في قلوبنا‬, ‫اللهم زدنا علما نافعا وارزقنا فهما اللهم اغفرلنا ذنوبنا وإلخواننا الذين سبقونا باإليمان‬,
‫غال للذين ءامنوا إنك رءوف رحيم‬

‫وصلى هللا محمد وعلى ءاله وصحبه وبارك‬, ‫ وفي اآلخرة حسنة وقنا عذاب النار‬, ‫ربنا ءاتنا في الدنيا حسنة‬
‫ وسلام على على سيدنا المرسلين والحمد هلل رب العالمين‬, ‫ سبحان ربك رب العزة عما يصفون‬, ‫وسلم‬

Anda mungkin juga menyukai