Anda di halaman 1dari 1

DOA SEMPENA

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN IPG KAMPUS RAJA MELEWAR

‫بسم هللا الرحمن الرحيم‬


. ‫ والصالة والسالم على سيدنا محمد وعلى آله وأصحابه أجمعين‬, ‫الحمد هلل رب العالمين‬
Allahumma Antal ‘Azizul Jalil,

Sesungguhnya kami menadah tangan pada petang ini, di Majlis Perhimpunan Bulanan Staf
IPG Kampus Raja Melewar , merafa’kan kesyukuran dan pujian terhadap Mu, di atas rahmat
Mu yang tidak ternilai.

Allahumma Ya Rahman Ya Rahim,

Sesungguhnya kami berhimpun disini pada petang ini, bagi menyatakan komittmen dan
iltizam kami terhadap pendidikan. Kami sedar dan faham, bahawa pengorbanan dan
sumbangan bakti kami, amat besar ertinya buat pendidikan negara. Kegigihan, kesabaran
dan keyakinan yang tinggi, dengan roh dan semangat kependidikan, mendidik anak bangsa
supaya berbudi dan berjasa, tanpa mengira tempat dan masa, amat mulia dan disanjungi .

Justeru…Ya Allah.. berkatilah perhimpunan ini. Berkatilah jua usaha-usaha kami.


Satukanlah hati-hati kami, eratkanlah silatur Rahim di kalangan kami. Padukanlah tenaga
dan usaha kami untuk menggempur anjakan sikap dan pemikiran bagi menghadapi era
teknologi dan globalisasi. Kurniakanlah apa kiranya kepada kami kekuatan rohani dan
jasmani, cetusan idea dan gerakan minda, untuk terus menjana kecemerlangan pendidikan,
di alam persada ini.

Ya Aziz, Ya Razzak, Ya Karim

Jadikanlah kami Ya Allah, dari kalangan hamba-hamba Mu yang bersyukur dan taat
melaksanakan perintah Mu. Jauhilah kami Ya Allah, dari melanggari perintah Mu.
Kurniakanlah Ya Allah kepada kami, rezeki yang halal dan berpanjangan, zuriat dan
generasi yang beriman, serta segala kebaikan di dunia dan di akhirat.

‫ وتفرقنا من بعده تفرقا معصوما‬، ‫اللهم اجعل جمعنا هذا جمعا مرحوما‬
‫وال تجعل اللهم فينا وال معنا وال من يتبعنا شقيا وال مطرودا وال‬
‫محروما‬
‫اللهم زدنا علما نافعا وارزقنا فهمااللهم اغفرلنا ذنوبنا وإلخواننا الذين‬
‫سبقونا باإليمان‬
‫وال تجعل في قلوبنا غال للذين ءامنوا إنك رءوف رحيم‬
‫ربنا اتنا في الدنيا حسنة وفي األخرة حسنة وقنا عذاب النا‬
‫ والحمدهلل رب العالمين‬، ‫وصلى هللا على محمد وعلى اله وصحبه وسلم‬

Anda mungkin juga menyukai