Anda di halaman 1dari 1

‫بسم اهلل الرحمن الرحيم‬

. ‫ والصالة والسالم على سيدنا محمد وعلى آله وأصحابه أجمعين‬, ‫الحمد هلل رب العالمين‬
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim

Sesungguhnya kami menadah tangan pada pagi ini, dalam MAJLIS SEMPENA PERSARAAN PUAN
NORANI BT ADENAN, Kami merafa’kan kesyukuran dan pujian terhadap Mu, di atas kurniaan Mu yang
tidak ternilai. Dan memohon keampunan Mu jua, terhadap dosa-dosa yang telah kami lakukan. Justeru
kami berhimpun di sini pada pagi ini, bagi menyatakan penghargaan dan pengiktirafan kami, sebagai
mengenang jasa bakti yang telah disumbangkan oleh Pn Norani untuk Dunia Pendidikan khususnya di
SEKOLAH KEBANGSAAN BATU TIGA ini.

Allahumma Ya Mudabbiral amri


Sesungguhnya di Tangan Mu sahajalah kuasa penilai segala amalan, Kau jadikanlah apa kiranya segala
bakti yang disumbangkan, sepanjang tempoh perkhidmatannya, sebagai ibadah yang Engkau redhai.
Seperti mana lafaz yang sama-sama kita ungkapkan

‫قل ان صالتي ونسكي ومحيي ومماتي هلل رب العلمين‬


Terimalah segala usaha dan pengorbanannya yang tidak pernah mengenal erti putus asa dalam memikul
tanggungjawab sebagai pendidik serta ibu yang sentiasa berusaha menyumbang tenaga, idea demi
kecemerlangan anak bangsa , sebagai amal soleh yang Engkau berkati. Limpahkanlah apakiranya
segala keberkatan, keredhaan dan ganjaran rahmat Mu, dalam kehidupan beliau serta keluarga yang
tercinta, jua dalam kehidupan kami yang masih di alam persada ini. Iringilah bersama detik-detik
persaraan beliau, dengan keazaman dan komitmen, untuk terus menabur budi dan bakti, kepada agama ,
bangsa dan negara.

Allahumma Ya Hayyu Ya Qayyum, Ya zal jalali wal - ikram

Kurniakanlah apakiranya kepada kami kekuatan jiwa dan tenaga, untuk terus menabur budi dan bakti.
Suburkanlah minda dan semangat yang beliau miliki, ke dalam diri kami. Kami pohon padaMu Ya Allah
Kurniakanlah kepada kami kesabaran, ketabahan semangat permuafakatan dan silaturahim yang murni
dan sejati demi kelangsungan dan kesinambungan kecemerlangan sekolah ini.

Ya Allah Ya Tuhan kami, jadikanlah pertemuan ini sebagai pertemuan yang diberkati dan diRahmati,serta
jadikanlah perpisahan ini sebagai perpisahan yang Engkau pelihara daripada segala bahaya dan
keburukan.

‫ وتفرقنا من بعده تفرقا معصوما وال تجعل اللهم فينا وال معنا وال من‬، ‫اللهم اجعل جمعنا هذا جمعا مرحوما‬
‫يتبعنا شقيا وال مطرودا وال محروما‬
‫اللهم زدنا علما نافعا وارزقنا فهمااللهم اغفرلنا ذنوبنا وإلخواننا الذين سبقونا باإليمان وال تجعل في قلوبنا‬
‫غال للذين ءامنوا إنك رءوف رحيم‬
‫ وصلى اهلل على سيدنا محمد‬.‫ربنا اتنا في الدنيا حسنة وفي األخرة حسنة وقنا عذاب النار‬
‫والحمدهلل رب العلمين‬

Anda mungkin juga menyukai