Anda di halaman 1dari 1

‫نحمده ونستعينه ونستغفره ونعوذ باهلل من شرور أنفسنا ومن سيئات أعمالنا من يهده هللا فال مضل له‬،

‫الـحمد هلل‬
. ‫ والصالة والسالم على رسولنا األمين وعلى آله وأصحابه أجـمعين‬، ‫ومن يضلله فال هادي له‬

Kami merafakkan rasa kesyukuran kepada-Mu kerana telah mengizinkan kami untuk berada dan
menghadiri Mesyuarat PIBG Sekolah Kebangsaan Sungai Raya kali ke 48 pada pagi ini .

Ya Allah Ya Tuhan Kami


Sesungguhnya pada pagi ini kami berkumpul kerana-Mu Ya Allah
Kami berkumpul untuk mengisi keredhaan-Mu dalam seluruh hidup kami .
,
Kurniakanlah kami lisan yang lembut basah ,mengingati dan menyebut nama-Mu , hati yang penuh
segar mensyukuri nikmat-Mu serta badan yang ringan menyempurnakan ketaatan kepada
perintah-Mu.

Ya Allah Tuhan Yang Memperkenankan Segala Permintaan,


Kami berkumpul untuk bermusyawarah, bertukar-tukar pendapat dan menyumbangkan buah
fikiran, tenaga dan sokongan ke arah memajukan lagi sekolah ini , demi kebaikan anak-anak
kami .

Berkatilah usaha-usaha kami , mudah-mudahan (dengan usaha-usaha kami) sekolah ini akan
menjadi sekolah yang cemerlang, terbilang , sekolah yang disegani dan dihormati, sekolah yang
akan melahirkan pelajar-pelajar yang berjaya di dunia mahupun di akhirat.

Ampunkanlah dosa kami, dosa kedua ibu bapa kami, dosa guru-guru kami dan seluruh umat Islam,
lengkapkanlah budi pekerti kami, sempurnakanlah usaha kami, puaskanlah hati kami terhadap
rezeki pemberian-Mu dan jangan biarkan hati kami terpedaya oleh apa yang Engkau hindarkan
daripada kami.

Ya Allah Tuhan Yang Maha Perkasa Lagi Maha Bijaksana,


Perbaikilah segala kesilapan kami , jernihkanlah hubungan antara kami , jinakkan dan
lembutkanlah hati-hati kami dan tunjukkanlah kami jalan yang membawa keselamatan dan
keharmonian..

Ya Allah Tuhan Yang Sentiasa Melihat Perbuatan hambaNya,


kurniakanlah kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah diri kami dengan sifat
kesopanan, dan muliakanlah kami dengan ketaqwaan dan indahkanlah diri kami dengan
kesihatan.

Wahai Tuhan Yang Menghilangkan kesedihan dan Yang Melenyapkan kesukaran,


jadikanlah perhimpunan kami ini sebagai perhimpunan yang diberkati dan dirahmati . Dan
jadikanlah perpisahan kami selepas ini sebagai perpisahan yang Engkau pelihara daripada mara
bahaya dan keburukan.

‫ربنا آتنا في الدنيا حسنة وفي اآلخرة حسنة وقنا عذاب النار‬
‫وصلى هللا على خير خلق هللا وخاتم األنبياء والمرسلين سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين والحمد هلل رب‬
‫العالـمين‬

Anda mungkin juga menyukai