Anda di halaman 1dari 2

Doa Mesyuarat Agung PIBG

Bismillah hir rahman nir rahim

‫الحمد هلل رب العلمين و الصالة و السالم علي سيدنا محمد اشرف األنبياء و المرسلين و علي‬
.‫آله و صحبه أجمعين‬

Ya Allah,

Kami berkumpul pada pagi ini, untuk menyatakan kesyukuran kami


diatas nikmat yang engkau berikan. Kami berkumpul pada pagi ini,
untuk menyatakan kesyukuran kami atas nikmat keamanan dan
kesihatan. Yang mana dengan nikmat itu kami dapat berkumpul pagi ini
untuk sama-sama berbincang, bertukar-tukar pendapat demi
memajukan sekolah ini.

Ya Zal jala li wal ikram,

Berkatilah majlis ini, kurniakanlah rahmah dan hidayahMu , agar


Mesyuarat Agung PIBG pada pagi ini berjalan dengan lancar dan penuh
dengan kebaikan. Semoga dengan inayahMu jua kami mendapat idea-
idea yang baik dan bernas untuk memajukan dan meningkatkan
pencapaian akademik pelajar-pelajar sekolah ini.

Ya Allah! Perbaikilah hubungan silaturrahim diantara kami dan


lembutkan antara hati-hati kami dan tunjukkan kami jalan keselamatan
dan lepaskan kami daripada kegelapan kepada cahaya dan jauhkan
kami daripada sebarang kejahatan samada yang terang atau yang
tersembunyi. Ya Allah, kurniakanlah keberkatan pada pendengaran dan
penglihatan kami , hati-hati kami dan isteri kami , keturunan kami dan
terimalah taubat kami, sesungguhnya Engkau Maha penerima taubat
lagi Maha Penyayang , jadikanlah kami orang yang bersyukur di atas
nikmat-nikmatMu, sentiasa memuji nikmat pemberianMu, menerima
dengan redha pemberian nikmatMu dan sempurnakan nikmatMu ke
atas kami.

Ya Allah. Jadikanlah sebaik-baik umur kami hingga akhirnya dan sebaik-


baik perbuatan kami hingga kesudahannya dan sebaik-baik hari kami
disaat kami bertemuMu.

.‫اللهم اجعل جمعنا هذا جمعا مرحوما و تفرقنا من بعده تفرقا معثوما‬.

‫ربنا آتنا في الدني حسنة و في األخرة حسنة و قنا عذاب النار‬

Anda mungkin juga menyukai