Anda di halaman 1dari 2

DOA SEMPENA WATIKAH PERLANTIKAN PEMIMPIN PELAJAR

.
Segala puji-pujian bagi Allah, selawat dan salam ke atas junjungan besar
Nabi Muhammad s.a.w dan keluarga serta para sahabat baginda.
Kami merafakkan rasa kesyukuran kepadaMu kerana telah mengizinkan
kami untuk berada dalam Majlis Watikah Perlantikan Rasmi Pemimpin
Pelajar SMK Pulau Serai untuk sesi 2017.




Jadikanlah Pemimpin2 Pelajar Sekolah kami ini sebagai tokoh
kepimpinan kepada pelajar-pelajar lain, dalam memperjuangkan tuntutan
agama Islam, membentuk perpaduan nasional , bermusyawarah,
bertukar-tukar pendapat dan menyumbangkan buah fikiran, tenaga dan
sokongan ke arah meningkatkan kelancaran pengurusan sekolah kami .











Berkatilah usaha-usaha kami , mudah-mudahan dengan usaha-usaha kami
ini, barisan pemimpin2 pelajar kami akan menjadi contoh dan peneraju
kepimpinan yang bertanggungjawab, mempunyai keyakinan diri yang
tinggi , ketabahan yang padu, dan bersedia mencurahkan bakti kepada
sekolah yang tercinta ini . Sekaligus menjadi pemimpin pelajar yang
cemerlang, terbilang , disegani dan dihormati, sama ada dalam aspek
kepimpinan dan pengurusan organisasi seterusnya mampu melahirkan
barisan pemimpin pelajar yang berketrampilan dan berwibawa .






Kurniakanlah kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah diri
kami dengan sifat lemah-lembut, dan muliakanlah kami dengan
ketakwaan dan indahkanlah diri kami dengan kesejahteraan.




.





.

Anda mungkin juga menyukai