Anda di halaman 1dari 3

SMK.

BALAI BESAR

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BALAI BESAR


23000 DUNGUN, TERENGGANU
Kod Sekolah : TEA 1043
No. Telefon : 09-8457600
No. Fax : 09-8423600
E-Mail :
smkbb.dungun_tea1043@yahoo.com

KERTAS KERJA : PEMBELIAN PERALATAN SUKAN DAN PERMAINAN UNTUK MEMENUHI


KEPERLUAN PASUKAN SUKAN DAN PERMAINAN SEKOLAH

Pendahuluan
Setiap tahun aktiviti sukan dan permainan berjalan sepanjang masa sama ada diepringkat
sekolah, daerah dan juga negeri. Untuk menyediakan pelajar yang berdaya saing diperingkat
tersebut sekolah terpaksa menyediakan berbagai kemudahan dan peralatan yang sesuai
supaya pelajar dapat dibekalkan dengan kemahiran dan pengetahuan, seterusnya dapat
memberikan cabaran di dalam sesuatu pertandingan, yang mana kejayaan yang dicapai sudah
tentu akan menaikkan nama sekolah dan seterusnya dapat memberikan motivasi dan
inspirasi kepada pelajar-pelajar lain untuk turut sama memikul cabaran

Rasional
Peralatan sukan yang dibeli saban tahun akan mengalami susut nilai dan kemusnahan. Oleh
itu penggantian dan pembelian baru sangat perlu dilakukan supaya aktiviti pelajar tidak
terganggu. Pembelian yang dibuat adalah berdasarkan keperluan dan penggantian peralatan
yang telah musnah.

Matlamat
Pihak sekolah memenuhi keperluan yang diperlukan oleh pasukan-pasukan permainan yang
menjalani latihan dan menyertai pertandingan-pertandingan yang dijalankan diperingkat
daerah dan negeri pada tahun 2017. Ini bertujuan untuk memberikan keselesaan dan
kelancaran latihan untuk menghadapi persaingan dan pertandingan

Objektif
Antara objektif pembelian ini ialah;
1. Menambah dan menggantikan alatan yang telah rosak atau hilang dan lusuh.
2. Memberi keselesaan dan kelancaran latihan kepada pelajar yang terlibat.
3. Memudahkan guru/jurulatih menjalankan aktiviti
4. Mempercepatkan penguasaan dan kemahiran pelajar di dalam sesuatu permainan
Alatan Yang Dibeli Dan Kos
Bil Item Kuantiti Harga Amaunt
Seunit(RM) (RM)

1 Bola Sepak F5V1700K 3 biji 56.00 168.00


2 Bola Sepak F5V2700k 2 biji 85.00 170.00
3 Bola takraw 2 biji 47.00 94.00
4 Bola baling H3X1000 2biji 85.00 170.00
5 Bola Baling H2X1000 2biji 85.00 170.00
6 Bola Baling H3R-L 2 biji 50.00 100.00
7 Bola Baling H2R-L 2 biji 50.00 100.00
8 Bola Tampar V5M3500 2 biji 95.00 190.00
9 Kasut Spike ( Size 42 ) 2 pasang 95.00 190.00
10 Training Bib (Senior ) 2 set 25.00 50.00
11 Jersi Bolasepak (Senior ) size M 1 set 680.00
2082.00

Sumber
i. Peruntukan Kewangan BBTP dan BSS

Disediakan oleh

...........................................
( ABU BAKAR BIN ABDULLAH )
Pen. Kanan Kokurikulum
SMK BALAI BESAR

Disahkan oleh

...........................................
(HJ.ZULKIFLI BIN ABDUL RAHIM)
Pengetua
SMK BALAI BESAR

Anda mungkin juga menyukai