Anda di halaman 1dari 14

Jurnal Dunia Pendidikan

e-ISSN: 2682-826X | Vol. 2, No. 3, 188-201, 2020


http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

Impak Dan Cabaran Pelaksanaan E-Pembelajaran Matematik:


Sorotan Literatur Bersistematik
(Impacts and Challenges of the Implementation of Mathematical
E-Learning: Systematic Literature Review)
Noor Khairunnisa Hasmuddin1*, Siti Mistima Maat1*
1
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Malaysia

*Pengarang Koresponden: p99532@siswa.ukm.edu.my, sitimistima@ukm.edu.my

Accepted: 1 November 2020 | Published: 15 November 2020


_________________________________________________________________________________________

Abstrak: Pengajaran dan pembelajaran (PdP) menggunakan sumber elektronik semakin


penting. Pelaksanaan PdP secara e-pembelajaran bagi subjek Matematik memberikan impak
dan cabaran kepada pelajar dan guru. Tujuan sorotan literatur bersistematik ini dibuat
adalah bagi mengenalpasti impak dan cabaran yang dihadapi guru dan pelajar dalam
melaksana e-pembelajaran Matematik. Tinjauan ke atas artikel dibuat antara tahun terbitan
2016-2020 dengan menggunakan tiga pengkalan data iaitu ERIC, Mendeley dan Scopus.
Dapatan yang diperolehi menunjukkan e-pembelajaran memberikan impak positif kepada
pelajar seperti peningkatan dalam pencapaian Matematik dan sikap yang positif terhadap
Matematik. Impak negatif pelaksanaan e-pembelajaran adalah terdapat pelajar yang
tertekan kerana kurang bersedia menggunakan pendekatan pembelajaran yang berbeza
dengan kaedah tradisional. Antara cabaran dalam pelaksanaan e-pembelajaran Matematik
adalah kekurangan peranti teknologi serta akses yang terhad kepada komputer dan capaian
internet, kekurangan pengetahuan dan kemahiran dalam melaksana e-pembelajaran.
Kemudahan perlu ditambah baik bagi memastikan pembelajaran berasaskan elektronik ini
dapat dimanfaatkan secara optimum di semua institusi pendidikan. Pelbagai program atau
bengkel perlu dirangka bagi meningkatkan kemahiran dan keyakinan melaksana e-
pembelajaran Matematik dalam kalangan guru dan pelajar.

Kata kunci: impak, cabaran, e-pembelajaran Matematik

Abstract: Teaching and learning using electronic resources becomes more prominent. The e-
learning implementation of teaching and learning for Mathematics subjects has an impact
and challenge to students and teachers. The purpose of this systematic literature review is to
identify the impact and challenges faced by teachers and students in implementing
mathematics e-learning. Surveys on articles were conducted between the year 2016-2020
using three databases namely ERIC, Mendeley and Scopus. The findings showed that e-
learning had a positive impact on students such as improvements in Mathematics
achievement and positive attitude towards Mathematics. The negative impact of e-learning
implementation is that there are students who are stressed because they are less interested in
using different learning approaches to traditional methods. Among the challenges in the
implementation of e-learning mathematics are the lack of technology devices as well as
limited access to computers and internet access, lack of knowledge and skills in implementing
e-learning. Facilities need to be improved to ensure that electronic-based learning can be
optimally utilized in all educational institutions. Various programmes or workshops need to

188
Copyright © 2020 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 2, No. 3, 188-201, 2020
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

be designed to enhance skills and improve confidence in implementing mathematics e-


learning among teachers and students.

Keywords: impacts, challenges, e-learning Mathematics


_________________________________________________________________________

1. Pengenalan

Matematik adalah salah satu topik yang penting dalam bidang pendidikan. Pelajar perlu
membina kemahiran berfikir, menyelesaikan masalah, dan membina kemahiran aritmetik,
menganalisis, berfikir secara deduksi dan induksi serta menggunakan pelbagai kemahiran
Matematik dalam pelbagai bidang. Sistem pendidikan hari ini menggalakkan guru supaya
mengintegrasikan teknologi dalam pendidikan di samping meningkatkan kesedaran guru
tentang aplikasi teknologi dalam PdP (Altakhyneh 2018).

Pada abad ke-21 ini, pendidikan telah mengalami perubahan sejajar dengan kemajuan
teknologi semasa. Pembelajaran yang dahulunya hanya berlaku di dalam bilik darjah telah
berubah menjadi lebih fleksibel melalui pembelajaran menggunakan medium elektronik. E-
pembelajaran merupakan kaedah baru dalam pengajaran yang membolehkan pendekatan
bertumpu kepada guru diubah kepada pembelajaran berpusatkan pelajar. Kualiti PdP dapat
ditingkatkan melalui pengaplikasian teknologi disamping dengan penggunaan internet
sebagai medium dalam PdP yang dijalankan (The & Usagawa 2018).

E-pembelajaran adalah seiring dengan strategi yang digariskan dalam Pelan Pembangunan
Pendidikan (2013-2025) pada anjakan ketujuh yang menggalakkan penggunaan ICT bagi
meningkatkan kualiti pembelajaran di Malaysia dengan meningkatkan penggunaan internet
dan pembelajaran secara maya, memanfaatkan penggunaan ICT dalam pembelajaran
berasaskan kendiri termasuklah pembelajaran jarak jauh.

Pelaksanaan e-pembelajaran dalam PdP Matematik memudahkan para pelajar dan


menyediakan peluang pembelajaran yang lebih meluas. Tambahan pula, ia digunakan bagi
menyokong PdP tradisional. Selain itu, e-pembelajaran membolehkan guru atau tenaga
pengajar untuk menyampaikan pengajaran dan pengetahuan kepada pelajar dalam jumlah
yang besar tanpa terikat dengan ruang dan masa yang terhad (Aung & Khaing 2016).

2. Ulasan Kajian Lepas

Penggunaan teknologi dalam PdP Matematik membantu pelajar dan tenaga pengajar untuk
melaksanakan pengiraan dengan kaedah yang lebih baik, menganalisa data dan meningkatkan
peluang untuk meneroka konsep Matematik. Ini sekaligus menghasilkan pembelajaran yang
berkesan dalam Matematik. Guru Matematik perlu menggunakan perisian yang berkaitan
sekerap yang mungkin supaya pelajar lebih faham dan meningkatkan prestasi dalam
Matematik dan bukan bergantung kepada teknik hafalan (Adelabu, Makgato & Ramaligela
2019).

Kajian lepas mengenai e-pembelajaran Matematik bertumpu kepada aplikasi dalam talian
yang digunakan oleh guru-guru Matematik. Antara aplikasi khusus Matematik ialah
Geogebra yang digunakan bagi pembelajaran kalkulus dan menyelesaikan masalah geometri
(Jacinto & Carreira 2016; Yimer & Feza 2020), MyiMaths yang merupakan aplikasi kerja

189
Copyright © 2020 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 2, No. 3, 188-201, 2020
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

rumah dalam talian (Albelbisi & Yusop 2018) dan aplikasi Euclidea yang memberi peluang
kepada pelajar untuk mencuba pelbagai kemungkinan penyelesaian dengan cepat bagi topik
geometri (Panteli & Panaoura 2020). Terdapat pelbagai aplikasi lain dalam pasaran yang
bersesuaian dengan domain Matematik pada semua peringkat pendidikan.

Iskrenovic-Momcilovic (2020) melalui kajiannya mendapati e-pembelajaran menggunakan


aplikasi Scratch membolehkan pelajar mencipta garisan dan bentuk geometri asas dan
kompleks. Fungsi yang digunakan ini memberikan impak yang baik kepada para pelajar
kerana mudah digunakan berbanding secara tradisional. Binaan bulatan menggunakan jangka
lukis memakan masa yang lama dan membosankan pelajar kerana jika berlaku kesalahan,
mereka perlu memadamnya dan membina semula.

Penggunaan peralatan mudah alih seperti telefon bimbit, komputer riba dan tablet membuat
pembelajaran dijalankan tanpa mengira tempat dan masa (Msomi & Bansilal 2018). Prestasi
pelajar mengenai kefahaman geometri tidak menunjukkan perbezaan yang signifikan antara
pelajar yang menggunakan aplikasi dalam pembelajaran mobil dan tanpa aplikasi. Walau
bagaimanapun, jika dilihat penggunaan pembelajaran mobil lebih efisien kepada pelajar dari
kategori berprestasi rendah dan sederhana berbanding pelajar yang berprestasi tinggi dalam
Matematik (Panteli & Panaoura 2020).

Beberapa isu mengenai pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian dikenal pasti.
Masalah atau kesukaran yang sama dihadapi di institusi pengajian tinggi kerana terdapat
pelajar cenderung menggunakan kaedah tradisional iaitu bersemuka kerana ia masih relevan
(Razali et al. 2016). Selain itu, kesukaran yang dihadapi melibatkan pelaksanaan e-
pembelajaran disebabkan kekurangan kemudahan (Msomi & Bansilal 2018), kekurangan
kemahiran bagi memastikan pelaksanaan e-pembelajaran yang efektif dalam kalangan guru
dan pelajar (Mailizar et al. 2020) serta kerisauan terhadap penggunaan komputer (Awofala,
Akinoso & Fatade 2017).

Dalam kerancakan penggunaan aplikasi berkaitan e-pembelajaran Matematik, pelbagai impak


dapat dilihat kepada para pelajar mahupun tenaga pengajar yang seterusnya menggalakkan
lagi penggunaan pelbagai aspek teknologi semasa pembelajaran dalam talian. Namun
demikian, pelbagai cabaran perlu diatasi bagi memastikan PdP yang dijalankan adalah lancar
dan memenuhi objektif pembelajaran yang ingin dicapai. Justeru itu, kajian ini dibuat bagi
mengenalpasti impak atau keberkesanan pelaksanaan e-pembelajaran melalui perspektif
tenaga pengajar dan pelajar di samping cabaran yang dihadapi oleh mereka dalam
melaksanakan PdP Matematik menggunakan medium elektronik.

3. Persoalan Kajian

Tujuan kajian ini dijalankan adalah untuk membuat sorotan tentang impak dan cabaran yang
dihadapi sama ada oleh tenaga pengajar mahupun pelajar dalam pelaksanaan e-pembelajaran
Matematik. Berikut merupakan persoalan yang akan digariskan dalam kajian ini
1) Apakah impak pelaksanaan e-pembelajaran Matematik?
2) Apakah cabaran yang dihadapi dalam pelaksanaan e-pembelajaran Matematik?

190
Copyright © 2020 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 2, No. 3, 188-201, 2020
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

4. Metodologi

Mallett et al. (2012) menyatakan bahawa dengan menggunakan sorotan literatur secara
bersistematik, sorotan literatur yang diperolehi sangat berharga kerana ianya lebih meluas,
meningkatkan ketelusan dan menekankan kepentingan bukti empirikal. Prosedur dalam
kajian ini telah diringkaskan menggunakan carta alir PRISMA. Ia digunakan untuk
mewujudkan gambaran keseluruhan yang sistematik, tepat dan boleh dipercayai (Moher et al.
2009). Enjin carian yang digunakan dalam kajian ini adalah ERIC, Mendeley dan Scopus.
Carian telah dibuat dalam 5 tahun terkini iaitu 2016-2020. Khan et al. (2003) telah
mencadangkan 5 langkah berikut dalam melaksana sorotan literatur secara bersistematik.

Step 1: Framing questions for a


review
Step 2: Identifying
relevant work

Step 3: Assessing the quality Step 4: Summarizing the


of studies evidence

Step 5: Interpreting the findings

Rajah 1: Langkah sorotan literatur sistematik oleh Khan et al. (2003)

Langkah 1: Merangka Persoalan Untuk Tinjauan (Framing Questions for Review)


Persoalan kajian dibangunkan sebelum tinjauan secara sistematik ini dilaksanakan ke atas
artikel-artikel yang dipilih. Semua artikel yang dipilih adalah berkaitan cabaran atau impak
pelaksanaan e-pembelajaran Matematik. Cabaran dan impak pelaksanaan e-pembelajaran
Matematik ini akan mengambilkira dari sudut tenaga pengajar dan pelajar kerana kedua-dua
subjek ini adalah terlibat secara langsung dalam pembelajaran yang diadakan secara dalam
talian.

Pembelajaran secara elektronik dalam kajian ini turut menggunakan pelbagai istilah lain
seperti pembelajaran dalam talian, pembelajaran secara maya, pembelajaran berasaskan web,
pembelajaran jarak jauh, pembelajaran mobil dan pembelajaran teradun. Secara ringkasnya ia
melibatkan semua jenis pembelajaran yang menggunakan aplikasi dalam talian sebagai bahan
pengajaran.

Langkah 2: Mengenal Pasti Tugasan Yang Relevan (Identifying Relevant Work)


Dalam peringkat ini, proses mengenalpasti artikel yang memenuhi kriteria telah dijalankan.
Enjin carian yang digunakan dalam pencarian artikel adalah menggunakan pengkalan data
Mendeley, Scopus dan ERIC. Kata kunci yang digunakan ialah “e-learning mathematics”,
title: (barrier OR challenges OR impact OR effectiveness) AND using e-learning in
"mathematics education" serta (barrier OR challenges OR impact OR effectiveness) AND
online learning AND ("mathematics education"). Carian yang telah dibuat menemukan 20
artikel yang memenuhi kriteria yang ditetapkan. Jadual 1 memaparkan kriteria yang
ditetapkan bagi pemilihan artikel.
191
Copyright © 2020 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 2, No. 3, 188-201, 2020
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

Jadual 1: Kriteria carian


Kriteria Diterima (inclusion)
Tahun terbitan
Jenis terbitan jurnal artikel
Jenis artikel akses terbuka
Bahasa Bahasa Inggeris
Bidang Berkaitan Matematik dan Pendidikan Matematik
Jenis kajian kajian empirikal
Skop kajian Impak atau cabaran yang melibatkan tenaga pengajar dan pelajar

Langkah 3: Menilai Kualiti Kajian (Assessing the Quality of Studies)


Artikel yang telah dipilih dalam tinjauan yang dilakukan telah melalui beberapa saringan
menggunakan enjin carian ERIC, Mendeley dan Scopus. Terdapat pelbagai artikel
berdasarkan kata kunci telah dipaparkan. Namun demikian, hanya artikel yang memenuhi
semua kriteria yang ditetapkan pengkaji sahaja telah dipilih. Artikel berkenaan mestilah
merupakan artikel yang diterbitkan dalam jurnal dan menyentuh tentang impak atau cabaran
dalam pelaksanaan e-pembelajaran Matematik. Ia bersesuaian bagi menjawab persoalan
kajian yang telah dikemukakan. Walaupun terdapat beberapa artikel yang memenuhi skop
kajian, penggunaan bahasa asing selain Bahasa Inggeris telah menyebabkan beberapa artikel
terpaksa dikecualikan. Begitu juga dengan bentuk kajian yang dijalankan. Pemilihan artikel
yang mengandungi kajian empirikal sahaja telah dipilih.

Langkah 4: Meringkaskan Eviden (Summarizing the Evidence)


Terdapat sejumlah artikel yang membincangkan tentang e-pembelajaran dan Matematik.
Terdapat 4 artikel telah dikenal pasti terkandung dalam pengkalan data yang sama.
Berdasarkan kata kunci yang ditetapkan, carian dibuat melalui pengkalan data Mendeley,
ERIC dan Scopus, sebanyak 5062 artikel telah diperolehi [Mendeley (n = 540); ERIC (n =
2626); Scopus (n = 1896)]. Artikel tersebut kemudiannya disaring berdasarkan beberapa
kriteria awal seperti tahun terbitan 2016-2020 dan jenis artikel iaitu artikel jurnal sahaja.

Didapati artikel yang disaring berjumlah 330 [Mendeley (n = 200); ERIC (n = 79); Scopus
(n = 51)]. Artikel ini kemudiannya dinilai berdasarkan kepada kriteria yang lebih spesifik
iaitu mesti berkaitan Matematik, kajian berbentuk empirikal, penggunaan Bahasa Inggeris
serta membincangkan tentang impak dan cabaran e-pembelajaran bersesuaian dengan
persoalan kajian yang dikemukakan.

Sebanyak 20 artikel telah memenuhi semua kriteria yang ditetapkan iaitu artikel yang
diperolehi melalui Mendeley (n = 10), ERIC (n = 9) dan Scopus (n = 1). Kesemua 20 artikel
berkenaan telah melalui proses sintesis bagi mendapatkan data yang diperlukan bagi
menjawab persoalan kajian. Proses pencarian yang dibuat diringkaskan menggunakan Rajah
2: Carta alir PRISMA.

192
Copyright © 2020 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 2, No. 3, 188-201, 2020
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

Rajah 2: Carta Alir PRISMA

Langkah 5: Mentafsir Dapatan (Interpreting the Findings)


Dapatan yang diperolehi akan dirumuskan setelah semua artikel yang dipilih selesai melalui
proses sintesis berdasarkan persoalan kajian yang diutarakan. Terdapat artikel yang
menekankan tentang impak e-pembelajaran Matematik, cabaran yang dihadapi dalam
melaksana e-pembelajaran Matematik dan kedua-duanya. Terdapat 15 artikel berkaitan
persoalan pertama kajian, 3 artikel berkaitan persoalan kedua kajian manakala 2 kajian
menyentuh kedua-dua persoalan kajian. Kebanyakan artikel menggunakan kaedah kuantitatif
iaitu sebanyak 15 artikel manakala selebihnya 5 artikel menggunakan kaedah campuran iaitu
kuantitatif dan kualitatif. Persoalan kajian dan pendekatan yang digunakan dalam artikel
berkenaan dirumuskan dalam Jadual 2.

193
Copyright © 2020 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 2, No. 3, 188-201, 2020
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

Jadual 2: Bilangan artikel berdasarkan persoalan kajian dan kaedah kajian


Persoalan kajian Persoalan kajian Persoalan kajian
Kaedah kajian
1 2 1&2
Kuantitatif 12 2 1
Kualitatif - - -
Kuantitatif +
3 1 1
Kualitatif
(n=15) (n=3) (n=2)

5. Dapatan

Berdasarkan skop kajian, didapati pelbagai artikel dihasilkan berkaitan kesan dan cabaran
antara e-pembelajaran dengan pelbagai aspek seperti kefahaman pelajar (Panteli & Panaoura
2020), kesesuaian aplikasi yang digunakan (Brodahl & Wathne 2016), sikap (Altakhyneh
2018; Nasrullah, Marlina & Dwiyanti 2018; Bozkurt 2016), pencapaian (Adelabu, Makgato
& Ramaligela 2019; Yohannes, Bhatti & Hasan 2016; Ardiç & Isleyen 2018; Iskrenovic-
Momcilovic 2020; Valencia-Vallejo, López-Vargas, & Sanabria-Rodríguez 2018),
perbandingan penggunaan bahan dalam talian berbanding tanpa penggunaan bahan (Razali et
al. 2016; Arifin & Herman 2017; Buchori et al. 2017) dan sebagainya.

Kajian yang dibuat ini adalah berkaitan impak dan cabaran yang dihadapi dalam melaksana
e-pembelajaran berkaitan Matematik. Berikut merupakan skop kajian berdasarkan analisa ke
atas 20 artikel yang dilaksanakan.

Jadual 3: Skop kajian


Bilangan
Skop kajian Artikel
artikel
e-pembelajaran-kefahaman 1 Panteli & Panaoura (2020)
Persepsi guru-kesesuaian aplikasi e- 1 Brodahl & Wathne (2016)
pembelajaran
sikap terhadap komputer dan efikasi kendiri 1 Awofala, Akinoso & Fatade (2017)
penggunaan komputer-kerisauan
penggunaan komputer
e-pembelajaran-sikap 3 Altakhyneh (2018); Nasrullah,
Marlina & Dwiyanti (2018); Bozkurt
(2016)
e-pembelajaran-pencapaian 5 Adelabu, Makgato & Ramaligela
(2019);
Yohannes, Bhatti & Hasan (2016);
Ardiç & Isleyen (2018);
Iskrenovic-Momcilovic (2020);
Valencia-Vallejo, López-Vargas &
Sanabria-Rodríguez (2018)
e-pembelajaran-masa 1 Fomina, Vorobjev & Kalitvin (2016)
e-pembelajaran-metakognitif menyelesaikan 1 Nurul Shida et al. (2019)
masalah
e-pembelajaran vs tradisional 3 Razali et al. (2016); Arifin & Herman

194
Copyright © 2020 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 2, No. 3, 188-201, 2020
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

->pemahaman konseptual (2017); Buchori et al. (2017)


->pembelajaran kendiri
->pilihan pelajar
->objektif pembelajaran
reka bentuk e-pembelajaran yang 1
bersesuaian Arifin & Herman (2017)
e-pembelajaran-faktor penggunaan 1 Msomi & Bansilal (2018)
e-pembelajaran-motivasi 1 Nasrullah, Marlina & Dwiyanti
(2018)
e-pembelajaran-prestasi 1 Akugizibwe & Ahn (2020)
e-pembelajaran-pengetahuan
e-pembelajaran-efikasi kendiri 1 Valencia-Vallejo, López-Vargas, &
e-pembelajaran-kognitif Sanabria-Rodríguez (2018)
e-pembelajaran -cabaran 1 Mailizar et al. (2020)
e-pembelajaran-kemahiran berfikir kreatif 1 Yaniawati et al. (2020)
e-pembelajaran-keyakinan diri pelajar

5.1 Impak pelaksanaan e-pembelajaran Matematik


Bagi menjawab persoalan pertama kajian iaitu mengenai impak pelaksanaan e-pembelajaran
Matematik, analisa yang dibuat berdasarkan kaedah kajian. Senarai artikel yang menyentuh
tentang keberkesanan pelaksanaan PdP Matematik secara dalam talian berdasarkan kaedah
kajian adalah seperti berikut:

Jadual 4: Senarai artikel berkaitan impak pelaksanaan e-pembelajaran Matematik


Kaedah kajian Artikel
Kuantitatif Brodahl & Wathne (2016); Fomina, Vorobjev & Kalitvin (2016);
(n=12) Razali et al. (2016); Yohannes, Bhatti & Hasan (2016); Arifin &
Herman (2017); Altakhyneh (2018); Ardiç & Isleyen (2018);
Nasrullah, Marlina & Dwiyanti (2018); Adelabu, Makgato &
Ramaligela (2019); Nurul Shida et al. (2019); Iskrenovic-
Momcilovic (2020); Valencia-Vallejo, López-Vargas, &
Sanabria-Rodríguez (2018)
Kualitatif -
(n=0)
Kuantitatif + Buchori et al. (2017); Panteli & Panaoura (2020); Yaniawati et al.
Kualitatif (2020)
(n=3)

Terdapat sejumlah 15 artikel secara keseluruhannya membincangkan tentang impak yang


diperolehi dalam pelaksanaan e-pembelajaran Matematik. Kebanyakan kajian menggunakan
reka bentuk eksperimen (Panteli & Panaoura 2020; Nurul Shida et al. 2019; Yohannes, Bhatti
& Hasan 2016; Iskrenovic-Momcilovic 2020; Valencia-Vallejo, López-Vargas, & Sanabria-
Rodríguez 2018), kuasi eksperimen (Adelabu, Makgato & Ramaligela 2019; Arifin &
Herman 2017; Buchori et al. 2017; Ardiç & Isleyen 2018; Nasrullah, Marlina & Dwiyanti
2018) dan tinjauan (Brodahl & Wathne 2016; Altakhyneh 2018; Fomina, Vorobjev &
Kalitvin 2016; Razali et al. 2016) manakala satu kajian tindakan oleh Yaniawati et al. (2020).

Pengkaji membuat perbandingan antara dua kumpulan iaitu kumpulan kawalan dan kumpulan
eksperimen atau rawatan. Perbandingan yang dibuat dinilai melalui ujian pre dan post yang
195
Copyright © 2020 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 2, No. 3, 188-201, 2020
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

dilaksanakan. Pengkaji melihat perubahan dari segi pencapaian Matematik (Adelabu,


Makgato & Ramaligela 2019; Yohannes, Bhatti & Hasan 2016; Ardiç & Isleyen 2018;
Iskrenovic-Momcilovic 2020; Valencia-Vallejo, López-Vargas, & Sanabria-Rodríguez 2018),
sikap Matematik (Altakhyneh 2018; Nasrullah, Marlina & Dwiyanti 2018; Bozkurt 2016) dan
kesan penggunaan aplikasi tertentu ke atas pelajar berbanding pelajar yang tidak
menggunakan aplikasi (Razali et al. 2016; Arifin & Herman 2017; Buchori et al. 2017).

Pelbagai impak positif yang dikenalpasti melalui dapatan setiap artikel. Antaranya ialah
pembelajaran menjadi lebih efisien, menyeronokkan dan menarik tumpuan (Brodahl &
Wathne 2016; Nurul Shida et al. 2019). Selain itu, pemahaman konseptual, dan kemampuan
pelajar untuk belajar secara kendiri juga meningkat (Arifin & Herman 2017). Pelajar
berpeluang menggunakan pengetahuan dan kemahiran Matematik di samping dapat
melibatkan diri secara aktif dan berkongsi pendapat dengan rakan lain menerusi aplikasi e-
pembelajaran yang digunakan. Pelajar lebih bermotivasi (Fomina, Vorobjev & Kalitvin 2016;
Nasrullah, Marlina & Dwiyanti 2018; Panteli & Panaoura 2020; Adelabu, Makgato &
Ramaligela 2019) untuk membuktikan dan menunjukkan strategi yang digunakan semasa e-
pembelajaran dijalankan.

Selain itu juga, keyakinan diri dan kebolehan berfikir Matematik secara kreatif (Yaniawati et
al. 2020) serta efikasi kendiri pelajar meningkat melalui teknik scaffolding yang diterapkan
dalam e-pembelajaran (Valencia-Vallejo, López-Vargas, & Sanabria-Rodríguez 2018).
Kajian oleh Iskrenovic-Momcilovic (2020) mendapati pelajar juga menjadi lebih tertarik
mempelajari Matematik menggunakan aplikasi Scratch. Kandungan grafik menarik
merupakan ciri yang memudahkan pelajar menguasai tajuk berkaitan geometri.

Walau bagaimanapun, terdapat segelintir pelajar yang memilih pembelajaran secara


tradisional berbanding pembelajaran berbantukan teknologi. Pembelajaran secara tradisional
lebih baik kerana guru wujud di hadapan mereka dan pelajar memerlukan tunjuk ajar guru
(Razali et al. 2016; Akugizibwe & Ahn (2020). Bimbingan guru diperlukan sebelum sesuatu
aktiviti dijalankan (Nurul Shida et al. 2019). Pelajar ingin mengetahui maklum balas dengan
lebih terperinci sekiranya berlaku kesilapan dan mendapat bimbingan secara langsung
daripada guru.

Pelaksanaan e-pembelajaran Matematik didapati turut menerima maklum balas yang negatif
apabila terdapat pelajar yang tertekan kerana kurang bersedia menggunakan kaedah
pembelajaran yang lain. Pelajar yang berprestasi tinggi dalam Matematik berpendapat
bahawa pembelajaran menggunakan telefon bimbit adalah bukan pembelajaran sebenar
berbanding pembelajaran secara tradisional yang dikategorikan sebagai pembelajaran sebenar
(Panteli & Panaoura 2020).

Selain itu, terdapat video pembelajaran yang digunakan sewaktu e-pembelajaran berdurasi
terlampau panjang. Ini menyebabkan pelajar hilang fokus. Terdapat penyampai yang
menyampaikan pengajaran secara e-pembelajaran didapati salah menyebut dan seolah-olah
membaca teks dan tidak mesra (Brodahl & Wathne 2016).

5.2 Cabaran pelaksanaan e-pembelajaran Matematik


Bagi menjawab persoalan kedua kajian iaitu mengenai cabaran pelaksanaan e-pembelajaran
Matematik, analisa yang dibuat berdasarkan kaedah kajian. Senarai artikel yang menyentuh

196
Copyright © 2020 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 2, No. 3, 188-201, 2020
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

tentang cabaran pelaksanaan PdP Matematik secara dalam talian berdasarkan kaedah kajian
adalah seperti berikut:

Jadual 5: Senarai artikel cabaran pelaksanaan e-pembelajaran Matematik


Kaedah kajian Artikel
Kuantitatif Awofala, Akinoso & Fatade (2017);
(n=2) Mailizar et al. (2020)
Kualitatif
-
(n=0)
Kuantitatif + Kualitatif
Bozkurt (2016)
(n=1)

Terdapat hanya tiga artikel yang menyentuh tentang halangan yang didapati menyebabkan
pelaksanaan e-pembelajaran tidak dapat berlangsung seperti yang diharapkan. Menurut
Mailizar et al. (2020), terdapat beberapa cabaran yang dihadapi dalam melaksana e-
pembelajaran Matematik iaitu cabaran guru, sekolah, kurikulum dan pelajar. Cabaran utama
yang dihadapi adalah berkaitan dengan pelajar. Ini disebabkan pelajar tidak mempunyai
pengetahuan dan kemahiran menggunakan e-pembelajaran, tidak mempunyai akses kepada
peranti dan internet. Dari segi guru pula, mereka tidak mempunyai pengetahuan yang
mencukupi untuk menjalankan e-pembelajaran. Selain itu, sekolah juga tidak mempunyai
infrustruktur yang lengkap. Tambahan pula, Matematik merupakan subjek yang kompleks
dan kandungan Matematik sukar untuk dijelaskan kepada pelajar melalui e-pembelajaran.

Awofala, Akinoso & Fatade (2017) mendapati bahawa penggunaan teknologi adalah kurang
berkesan sekiranya guru berdepan dengan kerisauan komputer. Faktor yang menyumbang
kepada kerisauan komputer termasuklah sikap terhadap komputer dan efikasi kendiri
terhadap komputer. Jantina memberi perbezaan yang signifikan dalam kerisauan komputer.
Guru di semua peringkat adalah agen yang mempunyai peranan penting dalam mengintegrasi
teknologi di dalam bilik darjah. Oleh itu, penting bagi guru-guru untuk mempunyai sikap
positif terhadap komputer kerana sikap ini akan mewujudkan kecenderungan dalam
menggunakan teknologi di sekolah. Sikap guru terhadap teknologi sama ada positif atau
negatif akan mempengaruhi cara pelajar bertindak balas terhadap teknologi di bilik darjah.

Bozkurt (2016) mendapati penggunaan ICT dalam pengajaran meningkatkan keyakinan dan
percaya bahawa penggunaan ICT dapat memperkasa pengajaran dan pembelajaran. Walau
bagaimanapun, dapatan yang diperolehi menunjukkan guru dan pelajar berdepan kesukaran
mengakses kemudahan, kurangnya galakan dari pihak tenaga pengajar, penggunaan ICT yang
tidak konsisten dalam kalangan tenaga pengajar, kekurangan capaian kepada bahan dan
kekangan masa. Berikut merupakan kajian yang menggabungkan impak dan cabaran dalam
kajian yang dilaksanakan.

Jadual 6: Senarai artikel impak dan cabaran pelaksanaan e-pembelajaran Matematik


Kaedah kajian Artikel
Kuantitatif
Akugizibwe & Ahn (2020)
(n=1)
Kualitatif
-
(n=0)
Kuantitatif + Kualitatif
Msomi & Bansilal (2018)
(n=1)

197
Copyright © 2020 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 2, No. 3, 188-201, 2020
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

Kajian yang dilaksana oleh Msomi & Bansilal (2018) mendapati pelajar memberi maklum
balas positif penggunaan e-pembelajaran. Ini didorong oleh kemampuan mendapatkan
maklumat dengan cepat dan efisien, selain pelajar dapat melaksana pembelajaran secara
kendiri tanpa terikat dengan masa dan lokasi pembelajaran. Namun, pembelajaran tidak dapat
dijalankan secara optimum disebabkan pelajar mempunyai pengalaman yang terhad. Pelajar
juga didapati berasal dari sekolah yang tiada kemudahan teknologi yang menyebabkan
kurangnya pendedahan awal kepada penggunaan teknologi dalam pembelajaran.

Pelajar memerlukan latihan dan bantuan teknikal bagi memastikan e-pembelajaran dapat
dilaksana. Selain itu, pelajar berdepan kesukaran dalam mebuat capaian internet. Kemudahan
ini perlu dipertingkatkan dan disediakan. Selain itu juga cabaran yang dihadapi pelajar adalah
masalah teknikal pada sistem yang digunakan dan kesukaran untuk mengakses sistem.
Bantuan yang terhad dari pihak tertentu, komputer yang tidak mencukupi, sistem yang tidak
membolehkan pelajar akses melalui telefon bimbit antara kelemahan yang perlu diatasi
sekiranya e-pembelajaran ingin digunakan secara optimum (Msomi & Bansilal 2018).

Akugizibwe & Ahn (2020) pelajar mendapati penggunaan e-pembelajaran menarik fokus
mereka. Reka bentuk kandungan dengan pelbagai grafik dan kemudahan interaktif
menyebabkan pembelajaran algebra yang kompleks menjadi lebih mudah difahami. Pelajar
juga seronok dalam mempelajari topik berkenaan. Walau bagaimanapun pelajar masih
memerlukan kehadiran dan tunjuk ajar guru. Kecanggihan teknologi masih tidak dapat
mengatasi keperluan guru dalam pembelajaran mereka.

6. Perbincangan

Perbincangan ini adalah berdasarkan dapatan yang diperoleh. Dapatan menunjukkan bahawa
kebanyakan artikel membincangkan tentang kesan, impak atau keberkesanan pelaksanaan e-
pembelajaran berkaitan Matematik di sekolah dan institusi pengajian tinggi. Terdapat
beberapa artikel yang menyentuh tentang cabaran yang dihadapi sama ada guru atau tenaga
pengajar mahupun pelajar dalam menjalankan e-pembelajaran. Ini mungkin disebabkan
kekurangan bahan dan kajian yang memfokuskan kepada halangan atau kekangan yang
dihadapi. Walaupun kajian yang meneroka keberkesanan e-pembelajaran, terdapat maklum
balas negatif yang diperoleh.

Kajian juga mendapati bahawa kebanyakan artikel melibatkan peringkat pendidikan tertiari.
Sebanyak 2 artikel sekolah rendah, 5 artikel sekolah menengah dan selebihnya 13 artikel di
peringkat kolej dan universiti. Ini menunjukkan bahawa penggunaan e-pembelajaran berlaku
secara meluas di peringkat pendidikan tinggi. Pendedahan kepada e-pembelajaran di
peringkat sekolah yang terhad menyebabkan wujudnya kerisauan dan kekurangan
pengetahuan dalam kalangan pelajar untuk mengaplikasikan teknologi dalam e-pembelajaran
mereka. Pelaksanaan e-pembelajaran khususnya bagi subjek Matematik dapat meningkatkan
pencapaian pelajar. Menjadi keperluan untuk setiap sekolah dan institusi pendidikan dapat
menyediakan kemudahan yang diperlukan agar sumber maklumat yang luas dalam talian
dapat dimanfaatkan.

7. Kesimpulan

Tinjauan yang dibuat ini bagi menjawab dua persoalan kajian iaitu 1) Apakah impak
pelaksanaan e-pembelajaran Matematik? dan 2) Apakah cabaran yang dihadapi dalam
198
Copyright © 2020 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 2, No. 3, 188-201, 2020
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

pelaksanaan e-pembelajaran Matematik? Kajian mendapati bahawa terdapat pelbagai impak


positif diperolehi tenaga pengajar dan pelajar. Antaranya ialah pembelajaran menjadi lebih
menarik dan mampu mengekalkan fokus pelajar. Ia membantu meningkatkan pencapaian,
efikasi kendiri, kemahiran berfikir, sosial dan emosi serta sikap terhadap Matematik semakin
positif. Penggunaan e-pembelajaran memberi peluang kepada pelajar untuk meneroka sendiri
bahan pembelajaran yang sangat luas dan pelbagai. Aplikasi yang digunakan dapat
menjimatkan masa dan tenaga. Selain itu juga, Matematik menjadi lebih mudah difahami
kerana penggunaan grafik yang menarik.

Terdapat pelbagai cabaran yang dihadapi oleh tenaga pengajar dan pelajar. Antaranya
kesukaran mengakses komputer dan bahan, tiada peranti yang bersesuaian, kurang kemahiran
mendapatkan maklumat, kekangan masa, masalah teknikal dan kerisauan teknologi.
Pelaksanaan e-pembelajaran Matematik dapat dioptimumkan sekiranya kemudahan teknologi
berfungsi dengan baik. Di samping itu, pendedahan pada peringkat awal pendidikan dan
latihan yang bersesuaian perlu diberikan kepada tenaga pengajar dan pelajar. Penggunaan
teknologi secara efisien dalam e-pembelajaran Matematik akan memberi kesan yang baik
bersesuaian dengan matlamat kerajaan ke arah pendigitalan pendidikan.

Rujukan

Adelabu, F.M, Makgato, M., and Ramaligela, M.S. (2019). The Importance of Dynamic
Geometry Computer Software on Learners’ Performance in Geometry. The
Electronic Journal of e-Learning, 17(1), pp. 52-63
Akugizibwe, E., & Ahn, J. Y. (2020). Perspectives for effective integration of e-learning tools
in university mathematics instruction for developing countries. Education and
Information Technologies, 25(2), 889-903.
Albelbisi, N. A., & Yusop, F. D. (2018). Secondary School Students' Use of and Attitudes
toward Online Mathematics Homework. Turkish Online Journal of Educational
Technology-TOJET, 17(1), 144-153.
Altakhyneh, B. H. (2018). Attitudes towards using mobile applications for teaching
mathematics in open learning systems. International Journal of E-Learning &
Distance Education/Revue internationale du e-learning et la formation à distance,
33(1).
Ardiç, M. A., & Isleyen, T. (2018). The Effect of Mathematics Instruction through Computer
Algebra Systems on the Academic Achievements of Secondary Education Students:
Turkey Example. Journal of Education and e-Learning Research, 5(3), 165-173.
Arifin, F., & Herman, T. (2017). The Influence of E-Learning Model Web Enhanced Course
to Conceptual Understanding and Self-Regulated Learning in Mathematics for
Elementary School Students. TARBIYA: Journal of Education in Muslim Society,
4(1), 45-52.
Aung, T. N., & Khaing, S. S. (2016). Challenges of Implementing E-Learning in Develop-ing
Countries: A Review. In Genetic and Evolutionary Computing, Advances in Intel-
ligent Systems and Computing (pp. 405-411). Switzerland: Springer International
Pub-lishing. https://doi.org/10.1007/978-3-319-23207-2_41
Awofala, A. O., Akinoso, S. O., & Fatade, A. O. (2017). Attitudes towards Computer and
Computer Self-Efficacy as Predictors of Preservice Mathematics Teachers'
Computer Anxiety. Acta Didactica Napocensia, 10(3), 91-108.

199
Copyright © 2020 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 2, No. 3, 188-201, 2020
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

Bozkurt, G. (2016). Mathematics Teachers and ICT: Factors Affecting Pre-Service Use in
School Placements. International Journal of Research in Education and Science,
2(2), 453-468.
Brodahl, C., & Wathne, U. (2016). In-service teachers’ perceptions of the design and quality
of mathematics videos in their on-line learning. Journal of the International Society
for Teacher Education. 2016, 20 (2), 67-78.
Buchori, A., Setyosari, P., Dasna, I. W., Ulfa, S., Degeng, I. N. S., Sa’dijah, C., ... &
Karangtempel, S. T. (2017). Effectiveness of Direct Instruction Learning Strategy
Assisted by Mobile Augmented Reality and Achievement Motivation on Students
Cognitive Learning Results. Asian Social Science, 13(9), 137-144.
Fomina, T., Vorobjev, G., & Kalitvin, V. (2016). Distance Learning Approaches in the
Mathematical Training of Pedagogical Institutes's Students. International Journal of
Environmental and Science Education, 11(18), 12145-12154.
GebreYohannes, H. M., Bhatti, A. H., & Hasan, R. (2016). Impact of multimedia in Teaching
Mathematics. International Journal of Mathematics Trends and Technology, 39(1),
80-83.
Iskrenovic-Momcilovic, O. (2020). Improving Geometry Teaching with Scratch.
International Electronic Journal of Mathematics Education, 15(2), em0582.
Khan, K. S., Kunz, R., Kleijnen, J., & Antes, G. (2003). Five Steps to Conducting a
Systematic Review. Journal of the Royal Society of Medicine, 96(3), 118–121.
Jacinto, H., & Carreira, S. (2016). Mathematical Problem Solving with Technology: the
Techno-Mathematical Fluency of a Student-with-GeoGebra. International Journal of
Science and Mathematics Education. International Journal of Science and
Mathematics Education, 15(6), 1115-1136. https://doi.org/10.1007/s10763-016-
9728-8
Mailizar M., Almanthari, A., Maulina, S., & Bruce, S. (2020). Secondary School
Mathematics Teachers’ Views on E-learning Implementation Barriers during the
COVID-19 Pandemic: The Case of Indonesia. Eurasia Journal of Mathematics,
Science and Technology Education, 16(7), em1860.
Malaysia, K. P. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025. Online (www.
moe. gov. my).
Moher D, Liberati A, Tetzlaff J, Altman DG, The PRISMA Group (2009). Preferred
Reporting Items for Systematic Reviews and Meta-Analyses: The PRISMA
Statement. PLoS Med 6(7): e1000097. doi:10.1371/journal.pmed1000097
Msomi, A. M., & Bansilal, S. (2018). The experiences of first-year students in mathematics
in using an e-learning platform at a university of technology. South African Journal
of Higher Education, 32(5), 124-129.
Nasrullah, A., Marlina, M., & Dwiyanti, W. (2018). Development of student worksheet-based
college e-learning through Edmodo to maximize the results of learning and
motivation in economic mathematics learning. International Journal of Emerging
Technologies in Learning (iJET), 13(12), 211-229.
Panteli, P., & Panaoura, A. (2020). The Effectiveness of Using Mobile Learning Methods in
Geometry for Students with Different Initial Mathematical Performance. Social
Education Research, 1-10.
Razali, N., Othman, H., Zainuri, N. A., Hamzah, F. M., Asshaari, I., Ariff, F. H. M., &
Nopiah, Z. M. (2016). Modern or traditional teaching strategy in learning
engineering mathematics course. Journal of Engineering Science and Technology,
11(Special Issue onpendidikankejuruteraandanalambina), 13-20.

200
Copyright © 2020 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 2, No. 3, 188-201, 2020
http://myjms.mohe.gov.my/index.php/jdpd

Richard Mallett, Jessica Hagen-Zanker, Rachel Slater & Maren Duvendack (2012) The
benefits and challenges of using systematic reviews in international development
research, Journal of Development Effectiveness, 4:3, 445-455,
DOI:10.1080/19439342.2012.711342
Shida, N., Sharifah, S., Hanifah, H., Norulhuda, N., & Halim, A. (2019). The Influence of E-
Learning towards Metacognitive Enhancement in Mathematical Problem Solving.
International Journal of Emerging Technologies in Learning (iJET), 14(20), 165-
173.
The, M. M., & Usagawa, T. (2018). Change in E-learning Readiness and Challenge for
Myanmar Higher Education. Creative Education, 9, 1277-1286.
https://doi.org/10.4236/ce.2018.99095
Valencia-Vallejo, N., López-Vargas, O., & Sanabria-Rodríguez, L. (2018). Effect of
Motivational Scaffolding on E-Learning Environments: Self-Efficacy, Learning
Achievement, and Cognitive Style. Journal of Educators Online, 15(1), n1.
Yaniawati, P., Kariadinata, R., Sari, N. M., Pramiarsih, E. E., & Mariani, M. (2020).
Integration of e-Learning for Mathematics on Resource-Based Learning: Increasing
Mathematical Creative Thinking and Self-Confidence. International Journal of
Emerging Technologies in Learning (iJET), 15(06), 60-78.
Yimer, S. T., & Feza, N. N. (2019). Learners’ Conceptual Knowledge Development and
Attitudinal Change towards Calculus Using Jigsaw Co-operative Learning Strategy
Integrated with GeoGebra. International Electronic Journal of Mathematics
Education, 15(1), em0554.

201
Copyright © 2020 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved

Anda mungkin juga menyukai