Anda di halaman 1dari 11

Jurnal Dunia Pendidikan

e-ISSN: 2682-826X | Vol. 1, No. 3, 89-99, 2019


http://myjms.moe.gov.my/index.php/jdpd

PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN


KOMUNIKASI (TMK) DALAM PROSES PENGAJARAN DAN
PEMUDAHCARAAN (PdPc) MATEMATIK DALAM
KALANGAN PENSYARAH
DI KOLEJ-KOLEJ VOKASIONAL NEGERI SEMBILAN
(Integration Of Information and Communication Technology (ICT) In
Teaching And Facilitation (PdPc) Mathematics By
Vocational College (VC) Lecturers At Negeri Sembilan)
Kaliammah Krishnan1*, Md. Yusoff Daud1
1
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Malaysia

*Pengarang Koresponden: nilajeeiva@gmail.com

Accepted: 1 February 2020 | Published: 15 February 2020


_________________________________________________________________________________________

Abstrak: Era teknologi maklumat telah merangsang tranformasi pendidikan dan teknologi
pendidikan. Dalam bidang pendidikan, usaha mempertingkatkan pengunaan Teknologi
Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) terus
dipertingkatkan bagi merangsang generasi muda. Kajian ini merupakan kajian tinjauan
terhadap tahap pengintegrasian TMK dalam PdPc matematik oleh pensyarah-pensyarah
Kolej Vokasional (KV). Kajian ini dijalankan secara kuantitatif dengan menggunakan
borang soal-selidik sebagai instrumen. Kajian rintis dilaksanakan bagi menentukan nilai
kebolehpercayaan setiap item dalam instrumen. Nilai kebolehpercayaan Alfa Kroanbach
bagi instrument berada pada tahap tertinggi iaitu α>0.70. Tujuan kajian adalah untuk
mengenalpasti tahap pengintegrasian TMK dengan mengambilkira kekerapan penggunaan,
tahap kemahiran, kelakuan, sikap serta sokongan TMK oleh pengurusan KV. Sampel kajian
terdiri daripada 42 orang pensyarah matematik dari 6 buah KV di Negeri Sembilan. Data-
data dari dapatan kajian dianalisa secara statistik deskriptif dan inferensi dengan
menggunakan perisian SPSS Version 23. Dapatan kajian menunjukkan bahawa, kekerapan
penggunaan TMK berada pada tahap yang tinggi (min 3.56, S.P 0.4357). Kemahiran TMK
pensyarah berada pada tahap mahir (min 3.14, S.P 0.3968). Pensyarah mempunyai kelakuan
yang positif terhadap pengintegrasian TMK (min 3.12, SP 0.3300). Dari segi sikap
menunjukkan tahap sederhana positif (min 2.75, SP 0.1198). Sokongan TMK oleh pihak
pengurusan KV berada pada tahap sederhana negatif (min 2.39, SP 0.1798). Terdapat
hubungan yang signifikan antara tahap kemahiran TMK dengan kelakuan pensyarah. Sikap
pensyarah terhadap pengintegrasian TMK turut mempunyai hubungan yang signifikan
dengan sokongan TMK oleh pengurusan KV. Secara keseluruhanya pengintegrasian TMK
dalam PdPc matematik berada pada tahap yang baik. Pensyarah matematik KV mempunyai
kemahiran dan sikap yang positif terhadap pengintegrasian TMK dalam PdPc matematik.
Kemudahan dan sokongan TMK oleh pengurusan KV masih berada dalam keadaan
sederhana. Tahap pengintegrasian TMK dalam PdPc akan meningkat jika sokongan dan
bantuan berasaskan TMK dapat disediakan di KV.

Kata kunci: teknologi maklumat dan komunikasi (TMK), pengajaran dan pemudahcaraan
(PdPc) matematik, pensyarah KV, pengintegrasian, kemahiran, sokongan, kelakuan, sikap

89
Copyright © 2019 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 1, No. 3, 89-99, 2019
http://myjms.moe.gov.my/index.php/jdpd

Abstract: The era of information technology has stimulated education and educational
technology reforms. In the field of education, efforts to enhance the use of Information and
Communication Technology (ICT) in teaching and facilitation (PdPc) continue to be
promoted to stimulate the younger generation. This study is a retrospective study of the
degree of ICT integration in PdPc mathematics by Vocational College (VC) lecturers. The
study was conducted quantitatively using the questionnaire as an instrument.
A pilot study was performed to determine the reliability of each item in the instrument. Alpha
Kroanbach's reliability value for the instrument was at the highest α> 0.70. The purpose of
this study is to identify the level of ICT integration by taking into account the frequency of
use, skill level, behavior, attitude and support of the ICT by VC management. The study
sample consists of 42 mathematics lecturers from 6 VCs in Negeri Sembilan. The data from
the study findings were analyzed statistically descriptive and inferentially using SPSS Version
23.The findings show that the frequency of ICT usage level is high (min 3.56, S.P 0.4357).
Lecturer's ICT skills are at an advanced level (mean 3.14, SD 0.3968). Lecturers have a
positive behavior towards ICT integration (mean 3.12, SD 0.4230). In terms of attitude,
positive attitude level was found (mean 2.75, SD 0.1696). The GNI support by the VC
management was at a moderate negative level (mean 2.39, SD 0.1798). There is a significant
relationship between the level of ICT skills and the behavior of lecturers. Lecturer's attitude
towards the integration of ICT also has a significant relationship with the support of ICT by
VC management. Overall, the integration of ICT in mathematical PdPc is well under way.
VC mathematics lecturers have positive skills and attitudes towards integrating ICT in
mathematical PdPc. The facilities and support of ICT by VC management are still modest.
The level of ICT integration in PdPc will increase if ICT support and support can be
provided in VC.

Keywords: information and communication technology (ICT), teaching and facilitating


(PdPc) mathematics, VC lecturers, integration, skill, support, behaviour, attitude
___________________________________________________________________________
1. Pengenalan

Pendidikan adalah bidang yang dinamik yang perlu berubah sejajar dengan keperluan
anjakan transformasi yang berlaku. Transformasi pendidikan dilakukan dalam sistem
pendidikan Malaysia yang disalurkan melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
(2013 – 2025), intipatinya menunjukkan KPM sentiasa membuat perubahan dinamik bagi
menampung keperluan insan yang seimbang yang boleh menyara keperluan semasa dunia
kini. Keperluan insan seimbang termaktub dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan
(FPK). Dalam bidang pendidikan, usaha mempertingkatkan pengunaan TMK dalam PdPc
terus dipertingkatkan bagi merangsang generasi muda yang peka dengan tranformasi
teknologi dalam bidang pendidikan. Teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) bererti
cara penyimpanan, pemprosesan, pemerolehan, dan penyebaran maklumat dengan
menggunakan peralatan telekomunikasi (Mohamad, 2016). TMK kini menjadi platform
pembangunan dalam pelbagai bidang untuk dinaiktarafkan. Antaranya bidang pendidikan
menjadi skop yang sangat penting yang perlu berubah sejajar dengan keperluan masa
kini. Terdapat banyak jurusan seperti ekonomi, sosial, perubatan, kejuruteraan,
perindustrian yang mengintegrasikan TMK dengan pelbagai cara mengikut kesesuaian
jurusan serta untuk mendapatkan output yang yang memebri kesan positif.

Bahagian Teknik & Vokasional KPM telah dipertanggungjawabkan untuk menerajui


Pendidikan dan Latihan Teknik dan Vokasional (TVET). Kurikulum Standard Kolej

90
Copyright © 2019 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 1, No. 3, 89-99, 2019
http://myjms.moe.gov.my/index.php/jdpd

Vokasional (KSKV) diselaraskan dengan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan (Akta


652). Beberapa Kolej Vokasional (KV) Rintis telah mula beroperasi pada tahun 2012.
Terdapat 8 bidang yang menawarkan 38 jenis kursus kemahiran di Kolej Vokasional yang
terletak di seluruh negara (Nasir, 2018). Sistem Kolej Vokasional bermula dengan
mengambil alih 88 sekolah menengah vokasional/ teknik secara beransur – ansur bermula
pada tahun 2013 sehingga ke kini.

Pelbagai cabaran harus ditempuhi bagi memperkasakan dan memperkemaskinikan


Pendidikan Vokasional di Kolej Vokasional. Menurut Chuah & Jamil (2011) tranformasi
sistem pendidikan negara telah mengarus perdanakan beberapa paradigma dalam sistem
pendidikan, terutamanya sistem TVET sebagai batu loncatan untuk membuka laluan kepada
peluang kerjaya yang lebih baik. Impak daripada perkembangan industri. Permintaan untuk
tenaga kerha mahir meningkat secara mendadak. Menurut Mohamad (2008) tenaga kerja
mahir bermaksud pekerja yang mempunyai kapasiti, layak, berpengetahuan serta pandai
dalam mengaplikasikan TMK dalam tugas kerja. Satu cabaran penting adalah tenaga pengajar
di KV merupakan individu terpenting di institusi KV kerana mereka sedar dengan perubahan
industri dan sistem KV bagi menyediakan graduan yang berkemahiran dan mampu menepati
kehendak industri negara terkini. Pensyarah KV perlu responsif kepada transformasi industri
dan pendidikan kemahiran. Kemahiran TMK perlu diterapkan kepada pelajar-pelajar KV
kerana pelajar KV merupakan generasi pekerja mahir yang akan berkhidmat dalam pelbagai
bidang. Oleh itu silibus KV sentiasa diperkemaskini supaya seiring dan selari dengan
kemajuan teknologi dan kehendak industri terkini. Tenaga pengajar KV ( pensyarah KV)
dinaiktaraf daripada guru sekolah teknik/ vokasional kepada pensyarah KV. Pensyarah KV
merupakan ejen yang perlu fleksibel dalam menyampaikan ilmu kepada para pelajar.
Sehubungan dengan itu, pensyarah KV harus memikirkan mekanisme terbaik dalam
menyampaikan ilmu dan maklumat yang tepat kepada pelajar-pelajar. Adalah wajar untuk
mengintegrasikan komponen TMK dalam sistem pembelajaran matematik untuk mewujudkan
suasana belajar yang boleh menarik minat pelajar serta merangsang pemikiran
komputasional. (Kim & Park, 2018). Keberkesanan pengajaran matematik bergantung kepada
kemahiran pensyarah dalam mengintegrasikan TMK dalam PdPc dan teknik PdPc yang
digunakan (Zilinskien, 2015).

Sejajar dengan transformasi sekolah teknik/vokasional kepada sistem Kolej Vokasional dan
keperluan pembelajaran abad ke-21, pengkaji melaksanakan kajian ini untuk mengenalpasti
pengintegrasian TMK dalam PdPc matematik di kalangan pensyarah-pensyarah matematik di
KV yang terletak di Negeri Sembilan. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap
pengintegrasian TMK dalam PdPc matematik KV serta sokongan pihak pentadbiran KV
dalam pengintegrasian TMK. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenalpasti tahap
pengintegrasian TMK dalam subjek matematik KV dalam kalangan pensyarah matematik
Kolej Vokasional yang di Negeri Sembilan. Kajian ini juga mengenalpasti tahap penggunaan,
tahap kemahiran, sikap penggunaan dan sokongan TMK oleh pihak pentadbiran KV dalam
pengintegrasian TMK. Kajian ini sangat penting untuk memberi sumbangan dan idea untuk
menaiktarafkan kualiti PdPc matematik di KV. Selain itu, dapatan kajian juga akan memberi
maklumat tentang tahap pengintegrsisn TMK dalam PdPc matematik oleh pensyarah
matematik KV supaya berusaha untuk meningkatkan penggunaan TMK. Adalah wajar untuk
mengintegrasikan komponen TMK dalam sistem pembelajaran matematik untuk mewujudkan
suasana belajar yang boleh menarik minat pelajar serta merangsang pemikiran komputasional
(Kim & Park, 2018). Keberkesanan pengajaran matematik bergantung kepada kemahiran
pensyarah dalam mengintegrasikan TMK dalam PdPc dan teknik PdPc yang digunakan
(Zilinskien, 2015).Sejajar dengan transformasi sekolah teknik/vokasional kepada sistem

91
Copyright © 2019 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 1, No. 3, 89-99, 2019
http://myjms.moe.gov.my/index.php/jdpd

Kolej Vokasional dan keperluan pembelajaran abad ke-21, pengkaji memilih kajian
mengenai pengintegrasian TMK dalam PdPc Matematik di kalangan pensyarah-pensyarah
matematik di Kolej-Kolej Vokasional Negeri Sembilan.Sejajar dengan transformasi sekolah
teknik/vokasional kepada sistem Kolej Vokasional dan keperluan pembelajaran abad ke-21,
pengkaji memilih kajian mengenai pengintegrasian TMK dalam PdPc Matematik di kalangan
pensyarah-pensyarah matematik di KV Negeri Sembilan sebagai cara untuk menginovasikan
PdPc matematik di KV.Adalah wajar untuk pensyarah matematik mengintehgrasikan TMK
semasa PdPc matematik untuk mewujudkan persekitaran pembelajaran yang interaktif.
(Zilinskiene & Demirbilek, 2015). Lanjutan daripadanya, kajian ini mampu memberi
maklumat berguna yang dapat menjawab persoalan kajian tentang pengintegrasian TMK
dalam PdPc matematik oleh pensyarah matematik KV di Negeri Sembilan. Kajian ini juga
akan memberi manfaat kepada pensyarah-pensyarah matematik KV, pengubal silibus
matematik KV serta penggubal Kurikulum Standart Kolej Vokasional (KSKV) bagi subjek
matematik.

2. Tinjauan Literatur

Tinjauan literatur merupakan tinjauan ke atas kajian-kajian lepas yang menyerupai skop,
tujuan, kerangka dan objektif kajian untuk idea tentang pembangunan kajian yang sitematik
dan rasional yang menepati objektif kajian. Tinjauan literatur ke atas kajian-kajian lepas yang
menyerupai kajian dengan Pengintegrasian TMK dalam PdPc daripada pelbagai pangkalan
data atas talian telah di ditinjau dengan sistematik. Kajian-kajian yang berkaitan dengan
pengintegrasian TMK dalam PdPc pelbagai subjek, TMK dalam PdPc matematik, konsep
pembelajaran abad ke-21 (PAK 21), cabaran-cabaran dalam bidang pendidikan
teknik/vokasional telah dikaji sebelum membangunkan kajian saya yang bertajuk
Pengintegrasian TMK Dalam PdPc Matematik Dalam Kalangan Pensyarah Kolej-Kolej
Vokasional Yang Terletak di Negeri Sembilan. Matapelajaran matematik merupakan
matapelajaran yang wajib lulus pada peringkat sijil (SVM) dan diploma (DVM). Terdapat
dua modul utama bagi setiap kursus di KV iaitu modul insaniah dan modul vokasional
(Yusop,2014). Matematik merupakan subjek akademik di bawa modul insaniah yang wajib
lulus pada peringkat SVM dan DVM (Yassin, 2011). KV mempunyai silibus matematik
mengikut keperluan kursus kemahiran yang ditawarkan di setiap KV.

Kajian pertama yang menjadi rujukan ialah kajian Subramaniyam (2015) yang mengkaji
Penggunaan TMK oleh warga guru dalam PdPc matapelajaran kemahiran hidup (KH) di
sekolah-sekolah yang terletak di kawasan luar bandar negeri Johor. Tujuan utama kajian ini
adalah untuk mengkaji tahap pengintegrasian TMK, sikap, keinginan penggunaan TMK serta
tahap muda guna TMK. Faktor-faktor eksplisit yang yang menjadi dalang dalam
pengintegrasian TMK turut dikaji. Pengkaji telah menggunakkan model penerimaan
teknologi (TAM). Kajian ini menjadi rujukan utama saya untuk mengetahui cara-cara
mengkaji sikaptahap keinginan responden. Dapatan kajian meunjukkan guru-guru
mempunyai refleksi yang positif dalam mengimplimentasikan TMK semasa PdPc subjek KH
dilaksanakan.

Seterusnya kajian yang yang ditinjau bertajuk Model Konsep Permbangunan Profesionalisme
Tenaga Pengajar Kolej Vokasional Malaysia. Pengkaji Johar Bin Bunimin (2016) mengkaji
tentang keperluan Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) kepada pensyarah KV. Pengkaji turut
mengkaji Analisis Keperluan Latihan (AKL) bagi pensyarah KV yang dinaiktarafkan
daripada guru biasa. Pensyarah KV yang mengajar pelajar-pelajar pada peringkat SVM dan
DVM. Tinjauan literatur ke atas penyelidikan ini penting untuk mengenalpasti keperluan

92
Copyright © 2019 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 1, No. 3, 89-99, 2019
http://myjms.moe.gov.my/index.php/jdpd

latihan kepada pensyarah KV untuk mengemaskinikan dan membekalkan diri mereka dengan
sistem pembelajaran yang baru. Dapatan beliau menunjukkan pensyarah KV memerlukan
LDP untuk menaiktarafkan kaedah pembelajaran yang lebih efektif, Pengkaji mendapat
dapatan positif itu keperluan LDP sangat penting kepada pensyarah KV untuk megaptasikan
sistem KV serta menambahkan ilmu yang berkaiatan dan sesuai dengan konsep kolej. Kajian
ini sangat signifikan kerana kajian ini memberi pendedahan tentang sistem KV serta didapati
LDP sangat diperlukan untuk menambah ilmu serta menyediakan guru-guru dari KV dilatih
untuk menjadi pensyarah KV yang berkaliber.

Beberapa kajian literatur telah melibatkan guru pelatih sebagai responden kajian supaya
mereka didedahkan kepada pengintegrasian TMK dalam PdPc. Tujuanya adalah sebagai
persediaan awal kepada guru pelatih yang akan menjadi guru novis dan guru muda. Kajian
Agyei & Voogt (2016) ke atas 12 orang guru pelatih sebagai responden kajian dari Wilayah
Cape, Ghana mendapati Elektronik Spreedsheet sebagai bahan bantu mengajar,
meningkatkan kefahaman konsep matematik serta mewujudkan persekitaran pembelajaran
yang memusatkan pelajar. Kajian Lim & Tasir (2010) mengkaji tentang “Sikap, Tahap
Pengetahuan Dan Masalah Pengintegrasian TMK dalam kalangan guru dari sekolah
menengah yang terletak di daerah Alor Gajah. Responden kajian terdiri daripada 202 orang
guru yang mengajar di lima buah sekolah menengah di sekitar bandar Alor Gajah. Rumusan
dapatan kajian menunjukkan guru-guru tidak mempunyai halangan untuk menggunakan
peralatan TMK dalam PdPc mereka. Malahan mereka mempunyai keinginan untuk
menggunakkan komputer sebagai medium PdPc mereka untuk mewujudkan suasana belajar
yang kondusif. Mereka juga menunjukkan sikap yang positif untuk mengintegrasikan
komponen TMK dalam PdPc mereka. Objektif bagi kajian ini menyerupai objektif kajian
saya. Kajian ini banyak memberikan maklumat tentang kepentingan teknologi maklumat
dalam PdPc. Pendekatan kuantitatif digunakan dalam kajian tijauan ini. Dapatan konklusif
bagi penyelidikan pendidikan ini memberi pendedahan tentang rekabentuk kajian yang sesuai
kepada kajian ini. Pengkaji menggunakan informasi yang berguna daripada tinjauan literatur
sebagai asas dan rujukan awal kajian.

3. Metodologi
Rekabentuk Kajian
Rekabentuk kajian merupakan set panduan sistematik untuk menjalankan kajian supaya
objektif kajian dapat dicapai. Menurut Utara (2012) kerangka konseptual kajian direka untuk
menunjukkan kaitan dan perhubungan antara pembolehubah-pembolehubah kajian dengan
disokong oleh data-data emprikal, teori dan fakta. Kajian ini dibangunkan untuk
mengenalpasti tahap pengintegrasian TMK oleh pensyarah KV dalam PdPc matematik,
pengetahuan dan kemahiran TMK pensyarah, kelakuan dan sikap pensyarah serta masalah
penggunaan TMK. Kajian ini dijalankan secara deskriptif dengan dengan menggunakan
pendekatan kuantitatif. Kajian ini akan mengenalpasti tahap pengintegrasian TMK oleh
pensyarah matematik KV, Kemahiran TMK, sikap dan kelakuan pensyarah tentang
pengintegrasian TMK serta sokongan TMK oleh pihak pentadbiran di KV Negeri Sembilan
seperti yang dapat diramalkan pada awal kajian. 56 orang pensyarah matematik KV yang
terletak di seluruh Negeri Sembilan menjadi populasi bagi kajian. 52 orang pensyarah
matematik di seluruh KV di Negeri Sembilan menjadi sampel kajian. Penentuan saiz sampel
dibuat berasaskan jadual penentuan saiz sampel Krejcie & Morgan (1970). 42 orang
pensyarah menjadi sampel kajian dan 10 responden sebagai sampel kajian rintis.

93
Copyright © 2019 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 1, No. 3, 89-99, 2019
http://myjms.moe.gov.my/index.php/jdpd

Pengumpulan Data
Antara sumber utama yang digunakan dalam prosedur pengumpulan data iaitu sumber data
primer dan sumber data sekunder. Data primer ialah data asal yang dikumpulkan untuk
menjawab persoalan kajian dengan menggunakan instrumen (Sabitha, 2005). Data asal bagi
kajian ini adalah data daripada borang soal-selidik. Data sekunder merupakan data yang
dikumpulkan oleh pengkaji lain (Sabitha, 2005). Data sekunder bagi kajian diperolehi
melalui pembacaan dan kajian literatur kajian-kajian lepas seperti jurnal, tesis, sumber data
dari internet, surat khabar, pemerhatian pengkaji tentang isu-isu berkaitan kajian
pengumpulan dan sebagainya. Terdapat dua aras dalam menghimpunkan data, iaitu pada aras
pertama pengumpulan maklumat daripada kajian rintis dilaksanakan. Terdapat 10 responden
sebagai sampel kajian rintis. Selepas nilai kebolehpercayaan dikenalpasti, pengkaji
mengubahsuai item-item dalam soal-selidik. Pada aras kedua pengumpulan data bagi kajian
dilaksanakan. Sebanyak 45 borang soal-selidik diedarkan dan terdapat 42 maklumbalas
daripada responden. Pengkaji mengadaptasikan borang soal selidik daripada kajian-kajian
lepas dan mengubahsuai mengikut sistem pembelajaran matematik di kolej vokasional. Soal
selidik merupakan instrumen kajian yang mudah ditadbir untuk mendapatkan data kajian
seperti demografi pensyarah, tahap penggunaan TMK pensyarah, pengetahuan dan
kemahiran pensyarah, kelakuan dan sikap pensyarah terhadap pengintegrasian TMK serta
sokongan TMK pihak pentadbiran serta maklumat-maklumat lain mudah didapati. Instrumen
soal selidik diagihkan kepada 5 bahagian, Bahagian A bertujuan untuk mengenalpasti
maklumat demografi responden, Bahagian B untuk manjawab persoalan kajian mengenai
tahap pengintegrasian dan kekerapan penggunaan TMK dalam PdPc matematik, Bahagian C
menjawab persoalan berkaitan pengetahuan dan kemahiran TMK pensyarah, Bahagian D
menjawab soalan berkaitan kelakuan dan sikap pensyarah KV terhadap penggunaan TMK
dalam PdPc dan Bahagian E menjawab persoalan berkaitan sokongan pihak pentadbiran
dalam penggunaan TMK dalam PdPc. Kompetensi bagi setiap bahagian ditentukkan
mengikut keperluan objektif dan persoalan kajian. Jadual 1 menunjukkan prosedur
pembahagian item dalam instrumen kajian.

Jadual 1: Menunjukkan prosedur pembahagian instrumen kajian.


Bahagian Konstruk Bilangan Konstruk
A Maklumat latar belakang pensyarah / Demografi 6
B Tahap kekerapan penggunaan TMK oleh pensyarah 12
C Pengetahuan dan kemahiran TMK pensyarah KV 15
D1 Kelakuan pensyarah KV terhadap penggunaan TMK 20
D2 Sikap pensyarah KV terhadap penggunaan TMK 10
E Sokongan TMK oleh pihak pentadbiran KV 20

Kesahan kandungan instrumen soal-selidik dilaksanakan dengan bantuan pakar TMK dari
KV Port Dickson. Dengan merujuk kepada komen dan maklum balas dari pakar,
instrumen soal-selidik sah dan mempunyai kesahan kandungan yang jitu untuk mengukur
semua pembolehubah kajian. Menurut Thabane et al (2010), kajian rintis amat penting
dalam suatu kajian bagi menentukkan kebolehpercayaan item dalam instrumen kajian
seperti soal-selidik. Kajian rintis dilaksanakan bagi menentukan kebolehpercayaan item-
item dalam soal-selidik dengan menentukan nilai Alfa Kroanbach setiap item dalam soal-
selidik. Secara keseluruhan nilai alfa Kroanbach bagi instrumen soal selidik melebih nilai
aras kepercayaan 0.70, menurut Croanbach (1951) berpandukan kepada nilai ini konstruk
soal-selidik mempunyai tahap kebolehpercayaan yang sah dan tinggi. dan mampu untuk
mengukur objektif dan menjawab persoalan kajian. Selepas nilai kebolehpercayaan

94
Copyright © 2019 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 1, No. 3, 89-99, 2019
http://myjms.moe.gov.my/index.php/jdpd

instrument kajian dikenalpasti borang soal-selidik diubahsuai dan diedarkan di setiap KV


di Negeri Sembilan selepas pengkaji mendapatkan kebenaran daripada pihak pengurusan
tertinggi setiap KV. Set borang soal selidik telah diedarkan melalui ketua unit matematik
dan penyelaras matematik KV Negeri Sembilan. Penyelaras matematik bertanggungjawab
untuk mengedarkan dan mengutip maklumbalas daripada responden setiap KV. Prosedur
pengutipan data dari responden mengambil masa tiga minggu dari tarikh 21 haribulan
Oktober 2019 hingga 11 haribulan November 2019. Terdapat 42 maklumbalas daripada
responden. Pengkaji mengumpulkan, mengatur dan menapis semua data soal selidik yang
diterima dan mula menganalisis data melalui memasukkan data dalam perisian Statiscal
Packages for Social Science (SPSS Version 23).

Analisis Data
Proses analisis dapatan kajian merupakan peringkat yang sangat penting untuk
mengenalapasti dan menentukan pencapaian objektif serta persoalan kajian. Terdapat
beberapa peringkat dalam proses analisis data. Data-data kuantitatif yang di perolehi
daripada istrumen soal-selidik pensyarah dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS .
Data-data kuantitatif kajian telah dianalisis dengan menggunakan kaedah statistik
deskriptif dan hubungan antara pemboleubah kajian dianalisis dengan kaedah statistik
inferensi bagi menjawab persoalan kajian. Analisis statistik deskriptif merupakan
prosedur statistik yang digunakan untuk merumuskan, mengorganisasikan dan
menyimpulkan data kajian (Gravetter, Wallnau & Forzano, 2016). Data kajian yang
dikumpulkan akan dianalisis pada beberapa peringkat yang berbeza dan output dari
analisis akan dibentangkan dalam struktur tertentu supaya menjadi maklumat berguna
yang akan menjawab persoalan kajian. Analisis data daripada borang soal selidik
pensyarah bertujuan untuk mengenalpasti nilai skor min, kekerapan dan peratusan.
Analisis data-data tersebut untuk mengenalpasti tahap penggunaan TMK dalam PdPc
matematik, kekerapan penggunaan teknologi dalam PdPc, sikap dan kelakuan pensyarah
terhadap pengintegrasian TMK, kekangan-kekangan penggunaan teknologi dan
sebagainya. Pengukuran statistik deskriptif seperti nilai min, sisihan piawai, kekerapan
dan peratusan digunakan untuk mengenalpasti tahap pengintegrasian TMK dan analisis
data demografi seperti jantina, umur, tahap pendidikan, pengalaman mengajar dan tahap
penguasaan TMK responden kajian. Statistik inferensi merupakan teknik yang
membimbing pengkaji untuk mengkaji sampel yang mewakili populasi dan membuat
generalisasi kajian (Gravetter, Wallnau & Forzano, 2016). Pengukuran analisis statistik
inferensi yang digunakan dalam kajian ialah nilai Korelasi Pearson untuk megenalpasti
hubungan antara dua pemboleubah kajian dan ujian-t untuk mengenalpasti pola taburan
dua pemboleubah kajian. Jadual 2 melaporkan analisis nilai min, sisihan piawai dan nilai
kebolehpercayaan setiap pemboleubah kajian.

Menurut analisis 5 sub-konstruk yang ada dalam instrumen soal-selidik untuk mengukur
objektif pencapaian objektif kajian. Setiap konstruk mempunyai nilai kebolehpercayaan
(Alfa Kroanbach) dalam lingkungan 0.70 hingga 0.93 dan nilai kebolehpercayaan bagi
keseluruhan instrumen soal-selidik ialah 0.79. Menurut aras kebolehpercayaan Croanbach
(1951) instrumen mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi dan mampu untuk menjawab
persoalan kajian. Dapatan kajian dianalisa berasakan kepada skala Likert 4 mata dan 5
mata. Kaedah analisis inferensi Korelasi Pearson digunakan untuk mengenalpasti
hubungan antara sikap pensyarah dengan sokongan pihak pentadbiran serta tahap
kemahiran pensyarah dengan kelakuan pensyarah.Skor min kekerapan penggunaan TMK
dalam PdPc matematik oleh pensyarah KV berada pada tahap yang tinggi (skor min
3.56).

95
Copyright © 2019 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 1, No. 3, 89-99, 2019
http://myjms.moe.gov.my/index.php/jdpd

Dapatan kajian juga menunjukkan tahap kemahiran TMK pensyarah menunjukkan nilai
min yang tinggi iaitu 3.14. Skor min bagi sub konstruk kelakuan pensyarah adalah pada
tahap sederhana positif iaitu 3.12. Min skor sikap pensyarah terhadap pengintegrasian
TMK dalam PdPc matematik berada pada tahap sederhana positif iaitu 2.75. Bagi sub
konstruk sokongan TMK pihak pentadbiran KV dalam membimbing peningkatan
pengintegrasian TMK dalam PdPc berada pada tahap sederhana negatif dengan skor min
2.39.

Jadual 2 : Analisis Statistik Pemboleubah Kajian


Nilai Tahap Tahap Kelakuan Sikap Sokongan
kekerapan Kemahiran pensyarah pensyarah pihak
penggunaan pentadbiran
Skor min 3.56 3.14 3.12 2.75 2.39
Sisihan Piawai 0.4357 0.3968 0.4230 0.3300 0.1798
Kebolehpercayaan 0.703 0.749 0.823 0.926 0.756
(Alfa Kroanbach)

Kaedah analisis inferensi iaitu Ujian Korelasi Pearson digunakan untuk mengenalpasti
hubungan antara sikap pensyarah dengan sokongan TMK pihak pentadbiran serta
hubungan antara tahap kemahiran pensyarah dengan kelakuan pensyarah. Jadual 3
menunjukkan nilai pekali korelasi r = 0.978. ini bermaksud terdapat nilai korelasi yang
positif antara kedua-kedua pemboleubah kajian dan tahap hubungan tersebut adalah
sangat kuat mengikut Sugiyono (2005). Aras signifikan 2-Tailed (p) yang digunakan
dalam ujian ini mencatatkan nilai yang kurang daripada 0.01(p<0.01). Menurut Bakar
(2007) dibuktikan secara saintifik bahawa wujud korelasi yang signifikan antara kelakuan
pensyarah dengan tahap kemahiran TMK oleh pensyarah KV.

Jadual 3 : Korelasi antara tahap kemahiran pensyarah dengan kelakuan pensyarah terhadap
pengintegrasian TMK.
Korelasi
Nilai Korelasi Kelakuan Kemahiran
Kelakuan Pearson Correlation 1 .978**
Sig. (2-tailed) .000
N 42 42
Kemahiran Pearson Correlation .978** 1
Sig. (2-tailed) .000
N 42 42
**. Correlation is significant at the 0.01 level (2-tailed).

Jadual 4 menunjukkan tahap korelasi antara sikap pensyarah terhadap pengintegrasian


TMK dengan sokongan pihak pentadbiran KV dalam pengintegrasian TMK di KV. Nilai
korelasi r = 0.838, dengan ini terbukti bahawa terdapat korelasi yang sangat kuat antara
kedua pemboleubah kajian (Sugiyono, 2005). Bagi tahap signifikan nilai p< 0.01. ini
menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara sikap pensyarah terhadap
pengintegrasian TMK dalam PdPc matematik serta sokongan TMK oleh pihak
pengurusan KV.

96
Copyright © 2019 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 1, No. 3, 89-99, 2019
http://myjms.moe.gov.my/index.php/jdpd

Jadual 4 : Korelasi antara sikap pensyarah terhadap pengintegrasian TMK dengan sokongan pihak
pentadbiran KV dalam pengintegrasian TMK.
Korelasi

Nilai Korelasi Sikap Sokongan


Sikap Pearson Correlation 1 .838**
Sig. (2-tailed) .000
N 42 42
Sokongan Pearson Correlation .838** 1
Sig. (2-tailed) .000
N 42 42
**. Correlation is significant at the 0.01 level (2-tailed).

4.0 Dapatan dan Perbincangan

Sebanyak 52 responden dari KV Negeri Sembilan menjawab instrument soal selidik.


instrumen soal selidik telah diedarkan secara dua fasa iaitu, pada fasa pertama seramai 10
responden menjawab soal-selidik kajian rintis. Selepas nilai kebolehpercayaan instrumen
dikenalpasti dan borang soal-selidik telah dikemaskinikan mengikut keperluan. Pada fasa
kedua instrument soal selidik yang dibaiki selepas dapatan kajian rintis telah diedarkan
kepada 45 orang sampel responden. Antaranya 42 responden memberi maklumbalas
dengan menjawabnya. Maklumat kajian yang yang dikumpulkan melalui instrumen kajian
telah diinputkan ke dalam perisian statistik SPSS. Dapatan kajian diinterpretasikan secara
kaedah analisis deskriptif dan inferensi untuk menjawab persoalan kajian serta
mengenalpasti pencapaian objektif kajian. Berpandukan kepada hasil dapatan kajian,
pensyarah KV di Negeri Sembilan mengintegrasikan TMK dalam PdPC matematik.
Mereka memahami kepentingan PdPc yang interaktif akan meningkatkan tahap
pemahaman pelajar KV. Sejajar dengan hasrat kerajaan untuk menaiktarafkan sistem
pendidikan TVET, pensyarah-pensyarah matematik KV akur dengan tanggungjawab
mereka sebagai pendukung matlamat TVET dan mempunyai peningkatan kendiri dalam
kemahiran TMK yang lebih kompeten. Mereka mengintegrasikan komponen-komponen
TMK dalam PdPc untuk menarik minat pelajar serta membimbing penggunaan TMK oleh
pelajar KV. Sebagai pengajar dan pemudahcara pensyarah KV menunjukkan kelakuan
yang positif terhadap pengintegrasian TMK. Mereka memahami kepentingan dan
signifikan pengetahuan TMK untuk mewujudkan suasana pembelajaran abad ke-21.
Pensyarah KV menjadi model kepada pelajar KV untuk meningkatkan kemahiran TMK
melalui pembelajaran kendiri supaya kompeten dan mampu meningkatkan
kebolehpasaran diri dalam pasaran kerjaya selepas graduasi.

Dari segi sikap pensyarah KV terhadap pengintegrasian TMK berada pada tahap
sederhana baik. Beberapa faktor yang menyumbang kearah sikap sederhana ini, walaupun
mereka mempunyai kemahiran TMK yang baik. Dapatan kajian menunjukkan persepsi
pensyarah terhadap kemudahan dan infrastruktur TMK yang terdapat di KV tidak
mencukupi untuk melaksanakan PdPc yang dintegrasikan dengan TMK. Faktor
kemudahan perisian pembelajaran matematik yang tidak cukup serta kekurangan
kemudahan TMK yang berkaitan dengan kurikulum matematik KV menjadi dalang dalam
pengintegrasian TMK dalam PdPc. Dari segi sokongan daripada pihak pentadbiran KV
dalam merangsang pengintegrasian TMK berada pada tahap kurang memuaskan. Menurut
pensyarah KV kekurangan infrastruktur TMK di KV menjadi penghalang dalam
pengintegrasian TMK. Kekurangan kemudahan internet, kekurangan makmal komputer,

97
Copyright © 2019 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 1, No. 3, 89-99, 2019
http://myjms.moe.gov.my/index.php/jdpd

kekurangan perkakasan TMK serta fasiliti penyelenggaraan perkakasan TMK merupakan


antara faktor-faktor menyumbang kepada persepsi pensyarah KV terhadap sokongan
pihak pentadbiran KV. Pihak pentadbiran KV perlu menyediakan latihan dalam
perkhidmatan (LDP) yang berkaitan dengan pengintegrasian TMK.

Dari segi hubungan antara kelakuan pensyarah dengan tahap kemahiran TMK pensyarah
menunjukkan hubungan positif yang signifikan. Dengan ini terbukti bahawa tahap
kemahiran TMK menyumbang kepada kelakuan pensyarah dalam pengintegrasian TMK.
Pensyarah KV bersedia untuk menaiktarafkan diri sebagai pendidik graduan KV yang
kompeten. Hubungan antara sikap pensyarah KV terhadap pengintegrasian TMK dengan
sokongan TMK oleh pihak pentadbiran KV turut mempunyai hubungan yang signifikan.
Ini menunjukkan pihak pentadbiran KV perlu memandang serius tentang penyediaan
infrastruktur TMK yang mencukupi untuk meningkatkan sikap positif pensyarah dalam
pengaplikasian komponen TMK dalam sistem pembelajaran. Selain itu, keperluan
internet di KV sangat penting bukan untuk pensyarah tetapi bagi para pelajar sekali untuk
mewujudkan suasana pembelajaran yang berteknologi dan mudah supaya dapat
meningkatkan penglibatan pelajar dalam PdPc matematik.

5.0 Kesimpulan.

Era teknologi merupakan era pembangunan. Peranan teknologi diperluaskan dalam


bidang untuk memartabatkan bidang pendidikan supaya dapat membantu dalam
merangsang pembentukkan modal insan berkualiti dan berkemahiran. Pelbagai kajian
tentang pengaplikasian TMK dalam bidang pendidikan dilaksanakan pada peringkat
antarabangsa oleh pengkaji-pengkaji ilmiah. Penggunaan TMK dalam PdPc dapat
membantu untuk memberi pengalaman pengajaran yang berguna kepada pelajar.
(Pappadakis, 2016) Penggunaan TMK dalam PdPc matematik mampu untuk
meningkatkan keberkesanan pembelajaran. Sistem KV merupakan sistem yang sedang
dibangunkan supaya dapat melaksanakan aspirasi KPM untuk melahirkan pekerja yang
mempunyai pelbagai kemahiran termasuk kemahiran TMK. Adalah wajar untuk
pensyarah matematik mengintegrasikan TMK dalam PdPc matematik untuk mewujudkan
persekitaran pembelajaran yang interaktif. (Zilinskiene & Demirbilek ,2015). Lanjutan
daripadanya, kajian ini mampu memberi maklumat berguna yang dapat menjawab
persoalan kajian tentang pengintegrasian TMK dalam PdPc matematik oleh pensyarah
matematik KV di Negeri Sembilan. Kajian ini juga akan memberi manfaat kepada
pensyarah-pensyarah matematik KV, pengubal silibus matematik KV serta penggubal
Kurikulum Standart Kolej Vokasional (KSKV) bagi subjek matematik.

Rujukan

Agyei, D. D., & Voogt, J. M. (2016). Pre-service mathematics teachers’ learning and
teaching of activity-based lessons supported with spreadsheets. Technology,
pedagogy and education, 25(1), 39-59.
Bakar, B. A. (2007). Kaedah analisis data penyelidikan ilmiah. Utusan Publications.
Bunimin, J. (2016). Model konsep pembangunan profesionalisme tenaga pengajar kolej
vokasional Malaysia (Doctoral dissertation, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia).
Bunyamin, Muhammad Abd Hadi. (2015). Pendidikan STEM Bersepadu: Perspektif Global,
Perkembangan Semasa di Malaysia, dan Langkah Kehadapan. Buletin Persatuan
Pendidikan Sains dan Matematik Johor. 25. 1-6.

98
Copyright © 2019 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved
Jurnal Dunia Pendidikan
e-ISSN: 2682-826X | Vol. 1, No. 3, 89-99, 2019
http://myjms.moe.gov.my/index.php/jdpd

Creswell, J. W. (2011). Controversies in mixed methods research. The Sage handbook of


qualitative research, 4, 269-284.
Chua, J. H., & Jamil, H. (2014). The Effect of Field Specialization Variation on
Technological Pedagogical Content Knowledge (TPACK) among Malaysian TVET
Instructors. Malaysian Online Journal of Educational Technology, 2(1), 36-44.
Gravetter, F. J., & Wallnau, L. B. (2016). Statistics for the behavioral sciences. Cengage
Learning.
Krejcie, R.V. dan Morgan, D.W. (1970). Education and Psychological Measurement:
Determining Sample Size for Research Activities. November, 2014. Retrieve
http://opa.uprrp.edu/InvInsDocs/KrejcieandMorgan.pdf
Mohamad, A. M., & Skudai, J. (2008). Kelemahan penguasaan kemahiran di kalangan
pelajar: pedagogi dan teknologi sebagai pendekatan penyelesaian. In Seminar
Penyelidikan Pendidikan Pasca Ijazah (pp. 25-27).
Morgan, D. W., & Krejcie, R. V. (1970). Determining sample size for research
activities. Educational and psychological measurement, 30(3), 607-10.
Nasir, A. N. M., Ahmad, A., Udin, A., Wahid, N. H. A., & Noordin, M. K. (2018).
Competency Level of Technical Knowledge for Electronic Lecturers in Vocational
College, Malaysia. Advanced Science Letters, 24(4), 2796-2798.
Papadakis, S., Kalogiannakis, M., & Zaranis, N. (2016). Comparing tablets and PCs in
teaching mathematics: An attempt to improve mathematics competence in early
childhood education. Preschool and Primary Education, 4(2), 241-253.
Sugiyono, Y. (2005). Analisis Statistika-Korelasi Linier Sederhana.
Supramaniyam, V. (2015). Penggunaan Teknologi Maklumat Dan Komunikasi (TMK)
Dalam Kalangan Guru-Guru Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Di Sekolah Rendah
Luar Bandar Negeri Johor (Doctoral dissertation, Universiti Tun Hussein Onn
Malaysia).
Tasir, Z., & Lim, B. Y. (2010). Tahap Pengetahuan, Sikap Dan Masalah Penggunaan
Komputer Di Kalangan Guru Di Sekolah Menengah Daerah Alor Gajah. Tahap
Pengetahuan, Sikap Dan Masalah Penggunaan Komputer Di Kalangan Guru Di
Sekolah Menengah Daerah Alor Gajah., 1-10.
Thabane, L., Ma, J., Chu, R., Cheng, J., Ismaila, A., Rios, L. P., ... & Goldsmith, C. H.
(2010). A tutorial on pilot studies: the what, why and how. BMC medical research
methodology, 10(1), 1.
Utara, S. (2012). Pedoman Penulisan Skripsi.
Yassin, M. (2011). Mesyuarat Ketiga Menteri-Menteri Pelajaran Asia Eropah (ASEMME3)
di Axelborg Hall. Dicapai pada November 30, 2013 dari
http://pspbtp.wordpress.com/tag/vokasional/
Zilinskiene, I., & Demirbilek, M. (2015). Use of GeoGebra in Primary Math Education in
Lithuania: An Exploratory Study from Teachers' Perspective. Informatics in
Education, 14(1), 127-142.

99
Copyright © 2019 ASIAN SCHOLARS NETWORK - All rights reserved

Anda mungkin juga menyukai